Ahad

PANDUAN MENANAM KERATAN BATANG ROSEMARRY

Tags


Sekiranya rendaman keratan batang pokok rosemarry telah mengeluarkan akan maka bolehlah ditanam dalam polibag atau cup plastik. Ikuti langkah demi langkah dibawah untuk maklumat lanjut. Sila cari panduan bagaimana untuk mengakarkan keratan batang pada pos-pos lepas. 



Berikut adalah bahan dan alatan yang diperlukan untuk menanam keratan batang pokok rosemarry yang telah mengeluarkan akar yang direndam dalam air selama 2 hingga 3 minggu. Antara bahan dan atan yang diperlukan ialah media campuran, keratan batang rosemarry yang telah berakar, air untuk menyiram dan cup plastik.

Anda boleh membuat sendiri media campuran dengan mencampurkan cocopeat 2 bahagian, vermiculite 1 bahagian dan kompos 1 bahagian. Gaul kesemua bahan tersebut hingga sebati. Anda juga boleh membeli media campuran di kedai-kedai nusery berhampiran. Sila guna media yang poros dan tidak menakung/menyerap air dengan banyak. Pokok rosemarry tidak memerlukan kandungan air yang banyak dalam media.



Tebuk cup plastik dengan memanaskan alat logam dengan api dan cucuk 2 ke 3 lubang pada bawahnya. Lubang tersebut memudahkan lebihan air mengalir keluar semasa proses penyiraman. Juga cup plastik haruslah bersih dari pencemaran.




Media campuran tadi dimasukkan ke dalam cup plastik hingga penuh. Hentak-hentakkan cup plastik agar dapat mengurangkan ruang-ruang udara dalam media. Tambah media jika perlu hingga sedikit penuh.




Buat lubang ditengah cup plastik dengan menggunakan alatan sesuai atau boleh juga menggunakan jari telunjuk anda kira-kira 3 inci dalam. 




Tanam keratan batang pokok rosemarry secara berhati-hati agar akar pokok tidak cedera atau rosak. Lebih baik buat lubang tersebut bersaiz besar agar mudah memasukkan keratan batang pokok rosemarry tersebut.




Timbus semula lubang tersebut dengan menggunakan media di sekeliling dan tekan media secara perlahan-lahan. Jika perlu tambah media lagi. Siram dengan air secukupnya.




Simpan cup plastik dikawasan teduh dan terbuka. Jangan terkena sinaran matahari terik selama 2 minggu atau sebelum pokok benar-benar kuat. Apabila pokok sudah mula tumbuh dengan baik bolehlah diletakkan ditempat panas secara berperingkat-peringkat bagi membiasakan pokok menerima cahaya matahari secara langsung. 

Jangan terkena hujan dalam tempoh pertumbuhan awal. Ini kerana akar masih dalam peringkat perkembangan dan pertumbuhan. Jika tidak pokok anda akan mati. Selepas sebulan setengah, bubuh setengah sudu teh baja organik di sekeliling cup plastik untuk makanan cukup untuk pokok. Jagalah pokok rosemarry seperti mana menjaga pokok-pokok atau tanaman yang lain. 

Anda boleh meletakkan pokok rosemarry ditempat teduh tetapi masih terkena suhu panas matahari. Elakkan terkena hujan dan siraman yang banyak air. Aroma pokok rosemarry memang mengujakan, tanamlah sepokok rosemarry dilaman rumah anda. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

2 komen

betul ke pokok rosemary amat lambat membesar? dan perlukan tanah pasir seperti kaktus? pokok rosemary saya di serang sesuatu,daun menjadi putih. mohon tunjuk ajar

Mmg lmbt sikit tp pkk tu mmg mcm tu. Klo cukup nutrient cepat sikit mmbesar.

Spray racun serangga dulu tengok mcm mn.


EmoticonEmoticon