Sabtu

TOOTACHE PLANT (POKOK HERBA PENCUCI MULUT) YANG SANGAT BERKHASIAT

Tags


Spilanthes ecmella

Selain menanam sayuran daun dan buah tanomkinotuan juga meminati menanam pelbagai herba di laman rumah sebagai persediaan kecemasan sekiranya ada apa-apa ketidaktentuan berlaku secara tidak senggaja. Bolehlah menggunakan herba-herba ini sementara ke hospital atau klinik berhampiran. Pentingnya pokok herba sebagai penawar masalah ringgan kepada manusia. Antara pokok herba yang ada ditanam ialah pokok herba pecah beling, kecur hijau, kecur daun pelangi, kecur daun hitam, kunyit, kunyit hitam dan sebagainya.

Kini tanomkinotuan berminat menanam pokok herba dari luar negara. Tanomkinotuan perkenalkan kepada para pembaca satu pokok herba luar negara yang tidak kurang hebatnya dalam menawar sakit-sakit ringan kepada mangsa. pokok herba ini dikenali sebagai tootache plant. Juga dikenali dengan pelbagai nama seperti electric daisy, paracress, Szechuan buttons, tongue tickler, jambu dan sebagainya ini merupakan tumbuhan yang tumbuh subur di Brasil, Eropah, USA, China dan lain-lain. Pokok yang tumbuh secara liar dan banyak manfaat dalam kehidupan manusia zaman dahulu.

Tootache plant atau nama saintifiknya ialah Spilanthes acmella ini merupakan tumbuhan renek berbatang lembut, berdaun hijau dan bercabang ini menghasilkan bunga cantik dengan warna kuning berhampiran kelopak dan warna merah di bahagian tipnya (hujung bunga). Sesuai hidup di kawasan beriklim panas dan tanah yang kaya dengan nutrient tetapi tidak suka tanah yang menakung air. Pokok, batang, daun dan bunga jika dimakan akan mengeluarkan rasa pedas (tetapi pedas tidak sama dengan cili) dan mengakibatkan mulut hasilkan air liur yang banyak dalam beberapa minit. terdapat beberapa jenis pokok herba ini iaitu jenis berbunga kuning sepenuhnya dan jenis berbunga kuning-merah. Jenis yang ditanam oleh tanomkinotuan ialah jenis berbunga kuning-merah. Pada masa akan datang tanomkinotuan ingin dapatkan pula benih tootache plant jenis berbunga kuning. Jenis ini banyak tumbuh di negara China, kadang-kadang disebut Szechuan buttons plant. Antara spesis pokok tootache plant adalah seperti berikut mengikut nama saintifiknya:
  • Spilanthes acmella
  • Spilanthes Americana
  • Spilanthes calva
  • Spilanthes paniculata
  • Spilanthes mauritiana
  • Spilanthes ciliata



Setiap pokok ini mempunyai fungsi dalam perubatan tertentu kerana kandungan bahan kimia yang berbeza-beza. Faktor tanomkinotuan berminat menanam pokok herba jenis ini ialah kerana salah satu ramuan untuk membuat racun serangga organik menghalau serangga yang menghampiri tanaman kita. Ia dicampurkan dengan beberapa bahan lain dan disembur ke tanaman. Racun serangga mesra alam dan organik. pada masa akan datang tanomkinotuan akan kongsikan cara membuat racun serangga organik menggunakan bahan pokok herba ini. Pokok herba ini bermanfaat sebagai penyembuh dan penawar mengikut tootache plant atau Spilanthes acmella seperti berikut:
  • anti-septik
  • anti-biotik
  • anti-malarial
  • anti-nociception
  • anti-oksidan
  • anti-hepactoxic 
  • anti-inflammatory
  • anti-pyretic
  • anti-fungal
  • anti-parasitic
  • Pancreatic lipase-inhibitory
  • Insecticidal
Spilanthol adalah kimia yang terkandung di dalam pokok ini. Apabila memakan bunga dan daunnya kita merasakan lidah kebas, mulut mengeluarkan air liur yang banyak dalam beberapa minit. Bahan kimia ini juga sesuai untuk meredahkan ulser dalam mulut. Tanomkinotuan sudah mempunyai pengalaman mencuba memakan daunnya. Tanomkinotuan ambil sehelai dan cuci lalu memakannya. dalam dua saat mulut menjadi lidas dan sedikit kebas seperti dibius lalu air liur dari kelanjar keluar dengan banyak. Kebas yang berlaku tidak lama sekejap sahaja. terbaca dalam blog tempoh hari ia juga baik untuk meredahkan sakit gusi dan membersihkan mulut dari bakteria yang ada di dalamnya. Berikut kandungan kimia lain dalam pokok ini:



Selain itu, daun segarnya boleh dicampurkan ke dalam salad untuk memperolehi rasa salad yang enak dan unik. Ia bukan sahaja menambah rasa yang unik tetapi sangat baik untuk perut dan kesihatan kita. Bunganya boleh dijadikan tea dan diminum pada waktu pagi sebagai minuman kesihatan yang umum. Dan makluman secara jelas bahawa pokok herba ini mampu meningkatkan hormon testosterone bagi kaum lelaki. Maklumat lanjut klik SINI.

Menanam pokok ini tidaklah cerewet, disebabkan pokok ini sesuai tumbuh dinegara panas seperti negara kita. Tanomkinotuan tidak mempunyai masalah menjaganya. Benih tootache ini disemai dalam tray semaian. Selepas 7 hari kelihatan anak pokok sudah keluar dari permukaan media. Tanomkinotuan tunggu lagi dua minggu untuk anak pokok mengeluarkan daun sebenar barulah dialihkan ke polibag. Dalam polibag tanomkinotuan tunggu sehingga pokok membesar sedikit dan alihkan ke pasu bersaiz besar. Kini pokok pertama sudah menghasilkan beberapa bunga yang akan dimatangkan untuk mendapatkan benih. Tanomkinotuan akan menyemai benih seberapa banyak yang boleh dilaman rumah kerana kebaikan pokok ini sangat bagus.

Tanomkinotuan hanya baja 2 minggu sekali dan menyiram 2 kali sehari dan tidak perlu ketika musim hujan. Oleh kerana media yang digunakan sangat poros maka air tidak lama bertakung di dalam pasu. Oleh itu pokok hidup dengan baik. Aktiviti merumput tidaklah dapat dilakukan kerana di dalam pasu rumput tidak ada yang tumbuh jadi ia memudahkan tanomkinotuan untuk menjaganya. Bagi peminat pokok herba diluar sana tanamlah pokok herba tootache ini di laman anda sebagai herba berkualiti dibuka bumi dan juga sebagai dekorasi laman rumah yang cantik kerana bunganya sangat-sangat memukau dilihat.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon