Sabtu

PANDUAN MENGALIHKAN KERATAN BATANG CINCAU HITAM

Tags



Tanomkinotuan hanya tahu makan atau minum air berasaskan cincau hitam. Ingatkan cincau hitam ni diperbuat daripada agar-agar dari rumpai laut. Selama ini tanomkinotuan tersilap. Cincau hitam sebenarnya diperbuat dari tumbuhan ini iaitu cincau hitam vietnam.

Cincau hitam vietnam atau nama saintifiknya ialah Mesona procumbens adalah salah satu tumbuhan yang boleh dibuat agar-agar cincau hitam. 

Tanomkinotuan tidak bercakap panjang cara-cara membuat cincau tetapi berkongsi panduan untuk mengalihkan keratan batang pokok cincau yang sudah diakarkan selama 2 minggu. Secara ringkasnya, cara untuk mengakarkan keratan pokok cincau ialah sediakan box plastik bertutup, masukkan cocopeat setengah penuh. Potong batang mudah pokok cincau dan cucuk ke dalam cocopeat kira-kira 3 inci. Siram agar cocopeat menjadi lembab dan sedikit basah. Kemudian tutup box tersebut. Tunggu sehingga 2 minggu untuk keratan batang pokok cincau berakar. Dalam tempoh 2 minggu jangan mengerakkan box tersebut agar pengakaran tidak terganggu. Letakkan dikawasan teduh tetapi masih terkena cahaya matahari pada waktu pagi. 

Setelah 2 minggu bolehlah ke langkah seterusnya iaitu mengalihkan anak pokok ke polibag atau bekas tanaman.



Beginilah keratan batang pokok cincau hitam yang diakarkan di dalam box selama 2 minggu. Kelembapan sederhana dan haba matahari pada waktu pagi diperlukan untuk proses pengakaran yang sempurna.

Jika media/cocopeat agak kering atau terlalu basah keratan batang pokok cincau hitam tidak mampu untuk berakar dengan baik dan mati. 




Pengakaran berjaya bagi keratan pokok cincau hitam. Ia sesuai dialihkan ke pasu atau polibag.




Pertama sekali guna polibag atau pasu yang baharu dan bebas pencemaran. Isikan media potting soil atau media campuran. Media campuran boleh dibeli di kedai-kedai pertanian berhampiran rumah anda.

Guna media poros atau media tidak menyerap air dengan banyak dan lama. Takut akar lemas dan pokok akan mati.




Buat lubang sedalam 2 inci ditengah polibag bagi keratan batang pokok cincau hitam ditanam. 




Masukkan anak pokok cincau ke dalam lubang yang telah dibuat. Tegakkan pokok.




Timbus semula lubang tersebut dan tekan media ke bawah secara perlahan-lahan. Tambah media jika perlu. Kemudian siram anak pokok dengan air secukupnya.




Simpan anak pokok ditempat teduh selama 1 hingga 2 munggu. Siram jika media didapati kering. Setelah pokok mula membesar dan akar sudah kuat. Bolehlah letak ditempat panas untuk pertumbuhan maksimum. Baja pokok cincau anda 1 kali dalam 2 minggu menggunakan baja subur organik. 

Anda boleh memindahkan langsung ke pasu besar untuk jimat kerja-kerja pemindahan. Sekiranya pokok sudah matang (sebelum berbunga) bolehlah tuai dan keringkan. Bolehlah membuat agar-agar cincau hitam di rumah. Sila rujuk di google untuk membuat agar-agar cincau di google. Berminat menanam pokok cincau hitam? Jom menanam cincau hitam di laman rumah.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

8 komen

mau tanya.... ni pokok cincau ni... dengan pokok yang kita panggil bawing / bowing tu sama ka?

hi admin... mahu Tanya.dimana ada bibit pokok cincau ni didapati / dijual. sy dari k.marudu, Sabah.

014-5515485

hai juga. Saya ada menjual anak pkk cincau hitam variati vietnam.

Tidak sama sis, pokok cincau masuk dalam keluarga Pudina tetapi tidak beraroma seperti pudina. Bawing klo tak silap maksudnya adalah kemangi/siwot/basil kan?

Adakah kotak ditutup sepenuhnya ,sesekali dibuka?

Ditutup sepenuhnya selama 2 minggu. Selang 3 hari periksa kondisi media. Jika kering siram bagi lembab n tutup semula hingga lembab.

**tutup semula dan biarkan hingga bertunas.

**tutup semula dan biarkan hingga bertunas.


EmoticonEmoticon