Selasa

SAYURAN DI KBR BULAN OGOS

Tags


Berikut dikongsikan beberapa sayuran yang masih gah ditanam di KBR. Tanaman untuk bulan ini bagi bekalan sayuran akan datang. Tidak lupa juga dengan beberapa pokok herba yang diselitkan bersama. Bulan ini adalah bulan menyemai benih kerana kelembapan tidak terlalu panas tidak juga terlalu sejuk sesuai pertumbuhan pokok yang ingin ditanam.

Berikut adalah tanaman yang sempat diambil gambarnya:



Gambar pertama adalah anak pokok jagung manis hitam korea. Benihnya dapat dari seorang kawan. Ini adalah anak pokok tanaman kedua dari benih yang dimatangkan tempoh hari. Tanomkinotuan tanam pada batas berpagar kerana takut dicakar oleh sabg ayam yang tidak makan saman.

Jagung hitam korea ini hanya mengambil masa 3 bulan lebih untuk tuaian.




Pokok asparagus variati pasific purple ini baru sahaja dipindahkan ke polibag saiz besar 16 x 18'. Sebelum ini menggunakan polibag sederhana untuk pokok asparagus variati marry washington. 




Percubaan menyemai pokok herba rerama yang terkenal dapat mengubati kanser ini hanya 3 pokok yang berjaya tumbuh subur daripada 15 biji yang disemai. Mungkin tanomkinotuan silap teknik semaian menyebabkan benih tidak bercambah.

Pokok rerama tidak menyukai cuaca panas dan hujan lebat. Elok disimpan di kawasan teduh selamanya. Adapun bagi mereka yang menanam pokok rerama dan hidup subur di tempat terbuka yakni selamat terkena hujan dan panas mungkin media jenis poros dan tidak menakung air dalam tempoh yang lama. 




Pokok rosmarry yang direndam selama 3 minggu hingga meneluarkan akar kini telah ditanam dalam pasu dan cup plastik. Moga hidup dengan baik. Percubaan kali pertama untuk merendamnya dalam air membuahkan hasil. Harap berjaya tumbuh dengan baik.




Ini kali keempat tanomkinotuan menanam bunga kobis di halaman rumah. Hari ini tanomkinotuan mencuba menanam variati kobis bunga dari jenis heirloom pula. Kata orang menanam benih jenis heirloom terutamanya kobis bunga memang kena sabar kerana pokok memang lama hendak berbunga. tetapi sekali pokok-pokok yang ditanam mengeluarkan bunga memang seronok dan mengujakan. 



Mungkin pembaca sudah pernah nampak lobak putih yang banyak dijual di kedai, open-market atau pasaraya? salah satu bahan yang cukup bagus dalam masakan berasaskan sup. Tetapi gambar di atas adalah jenis lobak putih sakurajima atau Sakurajima Radish berasal dari Pulau Sakurajima di Jepun. Lobaknya memang bersaiz besar dan mampu membesar lebih besar dari budak usia 2 tahun atau lebih. Agak keras sedikit lobaknya berbanding lobak putih yang biasa. Tetapi bagus dicampurkan di dalam sup ayam atau daging. sedapp...



Pokok kacang panjang renek juga tunggu masa hendak tuai. Pokok kacang renek telah menghasilkan buahnya yang banyak disambil bung-bunga yang kembang cantik.




Pokok tomato yang ditanam di laman rumah juga berbunga lebat. Tomato ikut pemerhatian tanomkinotuan sangat bagus ditanam semasa musim kemarau berbanding hujan kecuali pokok tomato anda ditanam di kawasan teduh (plastik lutsinar) atau pun di akwasan tanah tinggi. Kalau tidak hujan akan melemaskan akar pokok dan akan layu lalu mati.




Kobis drumstick tanomkinotuan sudah hasilkan heading yang cantik. Pokok kobis jika dijaga dengan betul sangat mudah tumbuh subur yakni jaga pembajaan, kelembapan dan cahaya matahari. Namun banyak pokok kobis tanomkinotuan diserang oleh ulat pemakan daun. lihat sahaja pada gambar, pelbagai peta terhasil oleh ulat-ulat tersebut tetapi ia tidaklah menjejaskan penghasilan heading kobis.. hehe

Begitulah cerita dan gambaran sayuran tanomkinotuan yang kini tumbuh sihat dan selamat di KBR. Tanomkinotuan hanya turun di laman dan memetik sayuran yang diingini dan masak hehe. Jom menanam sayur di laman rumah. Tanam dalam pasu pun boleh...

Selamat bertani dan menuai hasil...

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon