Rabu

CARA DAN PANDUAN MENYEMAI BENIH BUNGA MATAHARI

Tags


Anak pokok bunga matahari monggolia gergasi

Ramai menyukai dengan pokok bunga matahari apatah lagi ianya ditanam dilaman rumah yang menghasilkan bunga mekar yang cantik dan menawan. Kata orang bunga tersebut boleh menjadi satu terapi indah untuk hati dan fikiran. Ia mampu memulihkan emosi yang gelisah, amarah dan tidak keruan.

Pelbagai jenis bunga matahari yang boleh kita lihat dari jenis pokok bersaiz besar, sederhana dan jenis kecil. Dari saiz bunganya sebesar dulang hingga sekecil bunga dahlia. Dari bijinya bersaiz besar dan boleh dimakan sebagai kuaci kepada saiz kecil. Antara bunga matahari yang anda boleh mencuba menanamnya ialah Monggolian Gaint Sunflower, Lemon queen Sunflower, Green heart Sunflower, Teddy Bear Sunflower, Mammoth Gaint Sunflower dan banyak lagi. Ada biji pokok bunga matahari yang boleh dimakan dan ada yang tidak. Tentu ramai pembaca berminat menanam bunga matahari dan berikut tanomkinotuan kongsikan cara menyemai dan menanam bunga matahari cara mudah dan praktikal.

Dapatkan benih bunga matahari yang dijual di pasaran. Pilih benih yang segar dan baharu. Pastikan anda membaca tarikh luput pada pembungkus benih sebelum membeli. Ini agar anda tidak mengalami kerugian wang disebabkan kegagalan anda mengetahui tarikh luput setiap pembungkus benih.

Benih yang sudah sampai tarikh luput keberangkalian percambahan 98% tidak akan bercambah. Anda boleh dapatkan benih di kedai-kedai pertanian yang ada menjualnya. Jika anda mahukan jenis bunga matahari jenis gergasi boleh mencuba menanam benih bunga matahari variati Monggolian Gaint Sunflower atau Teddy Bear Sunflower jika mahu jenis yang kecil. Pilihan ada ditangan anda.

Terdapat beberapa kaedah menyemai bunga matahari, tanomkinotuan kongsikan beberapa cara untuk pembaca, terpulang pilihan yang mana sesuai diikuti. Pertama anda boleh menanam secara terus benih bunga matahari di tanah atau pasu. Cara ini cara konvensional atau kaedah biasa/tradisi. Lazimnya bagi benih-benih bunga matahari yang bersaiz kecil.

Masukkan media ke dalam pasu atau anda membuat batas yang telah ditabur kompos, baja npk organik dan kapur pertanian. Buat lubang ditengah pasu atau buat lubang ditengah batas kira-kira 1/2 inci. Masukkan benih bunga matahari, timbus lubang tersebut dan siram menggunakan air secukupnya. Pastikan media senantiasa lembab dan bagi menanam dalam pasu letak pasu ditempat terkena haba untuk proses percambahan yang sebaiknya.

Satu lagi kaedah menyemai bunga matahari ialah rendam bunga matahari pada air selama 1 jam hingga dua jam. kemudian kopek kulitnya dengan berhati-hati, jaga bijinya rosak atau terjejas. Sediakan kontena/tupperware yang dilapisi beberapa helai tisu di bawahnya. Letakkan biji bunga matahari yang sudah dikopek di dalam tupperware tersebut dan spray dengan air untuk melembabkannya. lapisi lagi sehelai tisu dan spray lagi bagi lembab. Tutup tupperware dan letakkan tupperware ditempat terkena haba untuk membantu proses percambahan. Setiap hari
periksa kelembapan tisu, jika didapati kering perlulah di spray semula.

Sesetengah benih sudah mula bercambah


Tunggu benih bercambah dengan akar putih keluar terlebih dahulu. Apabila akar sudah keluar kira-kira setengah inci ke 1 inci maka bolehlah benih tersebut dipindahkan ke pasu atau polibag kecil. isikan media yang berkualiti dan buat lubang kira-kira 1/2 inci kemudian tanam separuh benih bunga matahari yang sudah mula bercambah secara menegak dengan menanam akarnya ke tanah. Jangan benamkan benih tersebut secara keseluruhan dalam tanah, cukup sekadar setengah daripada benih itu masuk dalam tanah dan sebahagian lahih benih di atas permukaan media. Siram media bagi basah dan letak ditempat terkena cahaya matahari terik pada waktu pagi atau petang. Tunggu benih tersebut bercambah menjadi anak pokok. Pastikan media lembab dan tidak kering.

Apabila anak pokok bunga matahari sudah mengeluarkan daun sebenar bolehlah dipindahkan ke pasu besar atau di atas batas yang disediakan. Selepas 2 minggu dipindahkan di dalam pasu atau batas, bubuh baja npk organik (subur) di sekeliling pokok dengan membuat sedikit pengemburan dan tabur baja kemudian siranm dengan air bagi baja mudah bebas dalam tanah dan memudahkan akar pokok menyerap nutrient.

Pastikan anda memberi perhatian anak pokok bunga matahari ini sewaktu tempoh pembesaran kerana waktu ini sangat genting kepada anak pokok bunga matahari. Segala jenis siput babi, lintah bulan dan belalang menyukai memakan daun anak pokok bunga matahari masa ini oleh itu pastikan anda membuat hadangan menggunakan jaring kelambu bagi tujuan di atas. Anda juga boleh menyembur anak pokok bunga matahari dengan racun serangga untuk mengelak daun anak pokok dimakan oleh serangga pemakan daun.

Jaga pokok anda seperti mana menjaga tanaman yang lain. Sebulan lebih hingga 2 bulan pokok bunga matahari anda sudah menghasilkan bunga yang cantik dan menawan.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

3 komen

Terima kasih tips yang diberi.....kebetulan saya baru bercadang nak menanam bunga matahari..Terima kasih bnyak sekali lagi.

Terima kasih kerana singgah di blog ini. Sama2 tuan. Moga menperolehi menfaatnya.

sama2. Insya Allah banyak info yg bermanfaat di sini


EmoticonEmoticon