Sabtu

PANDUAN MENANAM POKOK HERBA DILL DALAM POLIBAG

Tags


Pokok dill dalam polibag



Satu lagi herba yang anda perlu untuk mencuba menanamnya ialah pokok herba dill atau Bonquet dill herbs. Pokok dill yang dikenali sebagai nama botaninya Anethum graveolens ini juga mempunyai pelbagai jenis dan variati dan sangat aromatik. Pokok dill sekeluarga dengan pokok fennel / pokok adas. Tanomkinotuan mendapat benih herba dill melalui pembelian online tempoh hari. Dan menanamnya dalam polibag. Hingga kini pokok dill sihat membesar dan semasa entry pos ini ditulis pokok dill tanomkinotuan sudahpun mula menghasilkan kudup bunga secara bulatan yang cantik sebab itu herba ini dipanggil Bonquet dill herb.

Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi cara menanam pokok herba dill dalam polibag atau pasu. Untuk pengetahuan semua bahawa pokok dill adalah tumbuahan asal luar negara yang tidak memerlukan air yang banyak dalam pertumbuhannya. Di negara-negara Barat yang mengalami iklim 4 musim, pokok dill biasanya ditanam pada akhir musim panas di mana suhu tanah mencecah 70 Fahrenheit. Sebelum dipindahkan pokok herba dill ke polibag tanomkinotuan jelaskan dahulu cara menyemai benih dill secara ringkas. Akan datang tanomkinotuan akan menyinggung entry mengenai panduan menyemai pokok herba dill secara tereprinci akan datang. Jadi apa yang kita perlukan ialah:

1. Beberapa benih herba dill
2.
Tray semaian atau cup plastik
3. 
Media campuran/potting soil
4. 
Air untuk menyiram


Sediakan tray semaian pastikan tray semaian dalam keadaan bersih. Jika tray semaian anda pernah digunakan bersihkan dahulu dengan air dan keringkan. Masukkan media campuran ke dalam lubang cup tray semaian hingga penuh. Buat lubang kira-kira 1/2 inci dalam dan masukkan sebiji benih dill pada lubang tersebut dan timbus dengan media ditepinya. Jangan lupa siram dengan air secukupnya. Kelembapan media wajib untuk pertumbuhan benih dill dengan sempurna.

Percambahan benih dill mengambil masa kira-kira 7 hingga 14 hari. Anda harus sabar apabila menanam herba-herba luar negara ini. Setelah Pokok sudah mebgeluarkan 3 atau 4 helai daun sebenar maka anda sudah boleh memindahkan anak pokok dill ke polibag atau pasu yang sesuai.

Untuk pemindahkan anak pokok dill ke polibag atau pasu, anda memerlukan media campuran yang berkualiti sama ada menggunakan media campuran yang dijual di nusery, tanah sawit yang banayk dijual atau anda juga boleh membuat sendiri media campuran yang asas iaitu 2 bahagian cocopeat atau peatmoss, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian perlite atau pasir sungai. Sebatikan bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam polibag atau pasu. Tanomkinotuan menggunakan polibag kerana polibag saiz besar di rumah sangat banyak, agak sayang jika tidak digunakan.

Penuhkan polibag dengan tanah/media campuran. Hentak-hentakkan sedikit bagi media tersebut mendap bagi mengurangkan ruang-ruang udara di dalamnya. Tambah semula media jika perlu. Buat lubang ditengahnya kira-kira 3 inci atau mengikut saiz, bentuk dan panjang tanah dalam tray semaian. Tabur baja butir organik untuk subur ke dalam lubang tersebut kira-kira dua sudu makan dan lapisi dengans sedikit tanah. Ini bagi nutrient anak pokok dill dalam tempoh awal pemindahan.

Dengan berhati-hati, keluarkan anak pokok dill bersama media sekali dari tray semaian. Kemudian tanam anak pokok dill ke dalam lubang yang telah disediakan pada polibag atau pasu anda. Timbus lubang dengan tanah lalu disiram dengan air. Letak anak pokok dill ditempat teduh terlebih dahulu untuk proses pertumbuhan dengan baik. Apabila pokok dill sudah mula kuat dan tumbuh subur barulah anak pokok dill diletakkan di tempat seperti terkena cahaya pada waktu pagi sahaja atau waktu petang sahaja. Untuk makluman pokok dill tidak menyukai cuaca terlalu terik dan juga terlalu sejuk. Anda juga boleh membuat teduhan menggunakan jaring net hitam bagi mengurangkan kepanasan melampau kepada pokok dill anda.





Pokok dill tanomkinotuan hanya diletakkan ditempat terkena cahaya waktu pagi hingga jam 11.00 pagi, waktu petang hanya terkena haba tetapi bukan cahaya terik. Maka ia boleh hidup subur seperti di dalam gambar. Anda juga boleh menanam pokok dill di kebun anda (batas sayuran) bersama tanaman lain bagi tujuan menghalau beberapa jenis serangga yang merosakkan atau memakan daun sayur-mayur anda seperti kobis atau bebawang tetapi elak menanam pokok dill bersama lobak merah. Kedua-dua tumbuhan ini tidak serasi duduk bersama. Juga jauhkan pokok dill dengan pokok fennel kerana keduanya boleh melakukan pendebungaan silang, jika anda mahu spesis baharu dari pokok-pokok tersebut rasanya tidak ada masalah bagi saya. hehe....

Bagi masakan dan resepi Barat banyak menggunakan daun dill yang halus sebagai penambah aroma yang segar dan versatile. Ia boleh dicampurkan di dalam masakan berasaskan sup, memanggang ayam, ikan dan daging, sebagai hiasan salad, roti hiris dan ditambah dalam apa-apa proses menjeruk. Terfikir tanomkinotuan untuk menambah bahan daun dill dalam resepi soto ayam atau daging tentu enak dan beraroma sedap berbeza dengan aroma tipikal soto yang biasa. hihi....

Pokok dill akan menghasilkan bunga yang cantik secara bulatan berwarna kuning. Bunga-bunga ini juga beraroma enak dan sangat disukai serangga seperti kelulut, lebah dan rama-rama. Tapi awas apabila anda melihat rama-rama menghinggapi pokok dill anda ini menandakan malapetaka akan berlaku. Rama-rama suka bertelur pada pokok dill dan telur-telurnya akan menetas dan membaham daun-daun dill. Kata pekebun-pekebun di Barat biarkan ulat rama-rama tersebut hidup pada pokok dill kerana pokok dill hanya digunakan dalam kuantiti yang sedikit, berilah peluang beluncas rama-rama tersebut memakan dengan penuh gembira. Inilah keindahan alam. Para pembaca setuju ke dengan kenyataan mereka ini?

Adakah anda berminat menanam pokok dill di laman rumah atau ingin menambah koleksi herba-herba sedia ada? Jadi apa tunggu lagi, dapatkan benih pokok dill daripada tanomkinotuan.blogspot.com dengan harga kasih sayang rm2.00 sepeket (anggaran benih 25 biji). Postage rm4 atau pos laju rm10. Berminat emailkan ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke 019-5320756 (jus) untuk info selanjutnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

5 komen

En.Carlz..Pokok Dill ni kalo tanam dr anak pokok yg dijual dipasaraya bolej hidup ke agaknya ya?

klo anak pokok boleh je kot... Klo batang jer x de akar rasanya tak tumbuh.

saya ingin bertanya, sekiranya tanaman dari tanomkinotuan dia tanam di semenanjung boleh hidup subur tak...terutama tanaman yang selalu diguna dalam masakan di eropah

saya ingin bertanya, sekiranya tanaman dari tanomkinotuan dia tanam di semenanjung boleh hidup subur tak...terutama tanaman yang selalu diguna dalam masakan di eropah

Boleh cuba kawal siraman dan hujan. Sebahagian tnmn luar negara tak suka air yg bnyk terutama hujan. So better letak kat rumah hijau atau teduhan. Moga bermanfaat


EmoticonEmoticon