Ahad

Pokok Rerama Hijau Sebagai Alternatif Terbaik Kesihatan





Pokok rerama hijau atau nama saintifiknya dikenali sebagai Mariposa Christia Vespertillonis ialah jenis pokok renek, berbatang lembut berwarna hijau muda, pokok jenis bercabang dan mempunyai daun  seakan-akan rama-rama dengan kedudukan selari setiap tangkai daun. Daunnya berwarna hijau dengan garisan atau warna putih cair pada setiap daun. Pokok mempunyai ranting kecil, bercabang dan boleh mencecah 3 meter tinggi. Pokok berbunga dan menghasilkan benih yang boleh disemai semula untuk pokok baharu. Kadang-kadang boleh dibiakkan menggunakan keratan batang. Pokok ini menyukai separa panas di mana harus diletakkan di kawasan yang menerima 60% cahaya matahari. Di negara kita gunalah jaring hitam untuk perlindungan 60% telus cahaya.

Pokok rerama mempunyai pelbagai warna seperti pokok rerama hijau, pokok rerama merah, pokok rerama hijau berbelang merah dan sebagainya. Pokok rerama adalah pokok ialah pokok asli yang berasal dari negara-negara Malaysia, Cambodia, Thailand, Vietnam, China, Indonesia dan Myanmar.


Viral pokok herba ini apabila info pokok rerama disiarkan di surat khabar tahun lepas yang mana permintaan terhadap benih, anak pokok dan daun kering sangat tinggi di pasaran. Kononnya berkesan membantutkan pertumbuhan kanser dalam badan. Tanomkinotuan juga tidak terlepas untuk mencuba memiliki pokok ini. Mencari siapa ada menjual anak pokok atau benih.

Oleh kerana tanomkinotuan meminati pokok-pokok herba maka pokok rerama tidak ketinggalan dalam senarai untuk dimiliki. Tahun lepas tanomkinotuan datang ke Gaya Streets Sunday Market di Kota Kinabalu semata-mata mencari pokok rerama tetapi bukan rezeki tanomkinotuan. Lain yang diangan-angankan lain pula yang dibeli. Nasib badan.

Tanomkinotuan berhubung dengan seorang kawan di Thailand bertanyakan pokok rerama hijau. Tanomkinotuan mendapat greenlight bahawa benih rerama ada stok katanya, cuma masalah sekarang ialah pos kos untuk pengiriman ke Sabah. Agak mahal jugalah namun disebabkan keinginan yang kuat terhadap benih ini maka tanomkinotuan tutup mata sahaja untuk membeli. Huhu. Tanomkinotuan kalau jumpa benih yang diinginkan sudah tidak ingat dunia seperti kata pepatah pontianak lalu depan mata pun tak perasaan, patutkah?? hehe

Selesai proses pembayaran, dua minggu kemudian tibalah benih rerama tersebut dan bermulalah episod tanomkinotuan menyibukkan diri menyediakan media dan bekas semaian bagi benih rerama yang datang dari Thailand tersebut. Bukan dekat sebenarnya, benih rerama ini terpaksa menyeberangi Laut Cina Selatan untuk sampai ke Sabah. Oleh yang demikian, haruslah tanomkinotuan memberikan kasih sayang sepenuhnya. maharnya bukan murah so wajiblah dijaga betul-betul.

Tanomkinotuan menggunakan media campuran yang dibuat sendiri iaitu 2 bahagian cocopeat (sabut kelapa hancur), 1 bahagian kompos (kompos tumbuhan lebih elok) dan 1 bahagian pasir atau perlite. Gaul semua bahan tersebut dan masukkan dalam tray semaian. Memang tray semaian telah tersedia dan bila-bila masa sahaja boleh digunakan. Tray semaian tersebut telah dibeli tahun lepas dan jika tanomkinotuan hendak menyemai apa-apa benih tanomkinotuan menggunakan bekas semaian ini. Sudah banyak anak-anak pokok singgah ke bekas semaian ini seperti jagung, sawi, asparagus, pelbagai herba dan sebagainya. Jadi mahu tidak mahu kenalah guna tray semaian yang sedia ada.

Tanomkinotuan menyukai menggunakan media campuran atau potting soil buatan sendiri. Ia boleh diubah, ditambah dan diolah bahan-bahannya mengikut cita rasa kita. Tidak perlu membeli di kedai-kedai pertanian. Jimat dan puas hati. Dua perkara ini yang sangat penting. Setelah digaul sebati tanomkinotuan masukkan media ke dalam tray semaian hingga penuh dan menghentak-hentakkan sedikit tray semaian tersebut agar ruang-ruang udara dalam media dapat dikurangkan seterusnya media menyusut ke bawah dan bolehlah ditambah semula media ke dalam lubang-lubang tray semaian jika perlu. Menggunakan media campuran sebenarnya banyak kebaikan pertama tanah lebih poros dan berderai ini memudahkan air menyerap langsung ke dalam dan juga air tidak bertakung lama. Kedua, pengudaraan dalam media sangat baik untuk kebaikan akar-akar pokok muda bergerak didalamnya. Ketiga kandungan nutrient pada bahan-bahan tersebut membolehkan pokok hidup subur. Tanomkinotuan jarang menggunakan tanah yang tidak dicampurkan dengan apa-apa campuran lain kerana ia boleh mengakibatkan cepat kering juga dikhuatiri dicemari oleh pathogen-pathogen berbahaya.

Setelah selesai memasukkan media campuran ke dalam tray semaian, tanomkinotuan membuat 1/2 inci lubang ditengah setiap cup tray semaian tersebut dengan menggunakan sebatang pensil terbuang. 1/2 inci (setengah inci) sudah memadai, lubang yang dibuat jangan terlalu dalam dan jangan pula terlalu ke permukaan media. Makluman bahawa benih rerama sangat kecil saiznya jadi memadai ditanam/disemai pada kedalaman lubang 1/2 inci sahaja. Jika dipermukaan media pula takut terkeluar entah kemana apabila kita hendak menyiramnya. Apabila benih sudah bercampur dengan media ianya sudah tidak boleh dilihat atau dikenali. Selesai membuat lubang pada cup tray semaian. Tanomkinotuan dengan penuh kesabaran memasukkan benih-benih rerama pada setiap lubang, ini memerlukan tumpuan dan ketelitian yang tinggi. Lalu tanomkinotuan timbus semula lubang-lubang tersebut dan menyiram dengan menggunakan siraman air yang halus agar benih tidak terkeluar dari cup tray semaian.

Mengikut pemerhatian tanomkinotuan percambahan benih pokok rerama hijau mengambil masa 2 minggu atau kurang dari itu jika kelembapan dan suhu sekitarnya sesuai. Benih rerama tanomkinotuan mula bercambah selepas 14 hari disemai. Barulah kelihatan kotolidonnya naik ke permukaan. kotolidon benih rerama agak bujur sedikit. Selepas bercambah ia mengambil masa 2 minggu yang berikutnya untuk menghasilkan daun sebenar. Dan setelah itu anak pokok rerama tersebut menampakkan pertumbuhan yang cukup memberansangkan dan cepat. Seminggu kita boleh lihat perbezaannya.

Namun hati tanomkinotuan remuk dan amat kecewa setelah kembali ke rumah pada hujung minggu. Bayangkan minggu lepas hati gembira melihat anak pokok rerama sudah menampakkan diri tetapi kini anak pokok rerama semuanya togel daunnya serta banyak anak pokok yang tercabut. Inilah kerja sang ayam peliharaan ayah tanomkinotuan. Ayam-ayam tersebut telah telah merosakkan semuanya yang diusahakan selama ini. Tanomkinotuan terpaksa bermula dari bawah dengan menanam semula benih yang tinggal sedikit. Redha sahaja apa yang berlaku.

Semaian kedua benih rerama menampakkan hasil. Semuanya berjalan lancar seperti di rancang setelah anak pokok menghasilkan daun sebenar kira-kira 4 helai maka tanomkinotuan alihkan anak-anak pokok rerama ke pasu atau bekas tanaman yang lain bagi memudahkan ia tumbuh dengan sebaiknya. Tanomkinotuan meletakkan di tempat yang tidak terkena cahaya terik. Apabila diletakkan ditempat panas daun pokok rerama akan menjadi kuning dan gugur serta mati.

Sepokok anak pokok rerama sudah dipindahkan ke pasu bersaiz besar. Pasu ini bersaiz 24' inci ukur lilit dan tanomkinotuan percaya bahawa ia cukup menampung tumbuhbesaran pokok rerama hijau yang amat diberi kasih sayang sepenuhnya. Menanam dalam pasu sangat praktikal, tidak perlu merumput hanya melakukan rutin menyiram dan membaja 2 minggu sekali sudah memadai. Jika cuaca panas dan kelihatan media agak kering bolehlah disiram. Kata orang pokok rerama mengukai banyak air tetapi tidak menyukai sinaran matahari langsung kepada pokok. Mungkin ada kebenarannya kerana media dalam pasu yang ditanam oleh tanomkinotuan sangat-sangat lembab disebabkan disiram tiap-tiap hari malah pokok cepat membesar dan daun yang menghijau tersangatlah cantik. Harap ia berpanjangan sebegitu, bukan omong-omong penampakan kepada tuannya. hihi

Cuma setakat ini ada dua pasu kecil lagi yang belum dipindahkan ke pasu besar disebabkan kekangan masa yang melampau-lampau. Maklum hujung tahun banyak perkara yang dibereskan terlebih dahulu. Masa cuti sekolah akan datang tanomkinotuan ingin menyemai semula benih pokok rerama. Mahu tanam banyak pokok kerana khasiat yang sangat bagus. Emak tanomkinotuan juga meminum teh rerama ini dan katanya badan serasi dan kepala jadi ringan. Emak tanomkinotuan tempoh hari merayu-rayu mengorder daun kering rerama untuk diminum tiap hari mengikut sukatan. Tanomkinotuan sudah pun order daun kering tersebut tunggu masa ia sampai sahaja. 

Pokok rerama digelar pokok daun ajaib dalam Harian Metro keluaran 4 Februari 2015 yang banyak membincangkan khasiat keseluruhan pokok rerama dari daun, dahan dan batangnya. Berikut adalah khasiat pokok rerama berdasarkan pembacaan tanomkinotuan dari google:
  • Anti kanser
  • anti keradangan
  • menguatkan imunisasi badan
  • Mampu merawat masalah sel darah merah
  • SLE
  • tiroid
  • darah tinggi
  • kencing manis
  • strok
  • sengugut
  • asma
  • migrain
  • demam campak
  • resdung
  • dll
Cara penyediaannya ialah rebus 5 helai daun bersamaan dengan 2 segelas air. Sejukkan dan bolehlah minum sekali dalam sehari sebelum atau selepas makan.

Jika anda berminat menanam benih pokok rerama sebagai koleksi herba di laman rumah anda, tanomkinotuan ada menjualnya dengan rm10 (15 biji) sepeket. Postage/kos pos cuma rm4 sahaja. Berminat emailkan ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp ke 019-5320756 (jus) untuk proses pembayaran. Terima kasih...



PERHATIAN
: Blog tanomkinotuan hanya sebagai blog perkongsian maklumat dan tidak ada kena mengena dengan mengalakkan penggunaan ubat-ubatan tanpa kebenaran dari doktor.


Sila baca bahagian blog 'Penafian' di atas dan meminta khidmat nasihat dari doktor yang bertauliah sebelum mengambil keputusan sendiri. Tanomkinotuan (penulis) tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku ke atas diri sendiri atau dengan orang lain.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

4 komen

Terima kasih bnyk2 utk info ni Carlz, saya sdh 2X cuba utk tanam keratan rama2 ni, tapi asyik fail saja,Last2 saya beli pokoknya di tamu, puas hati hihi...

saya tinggal di sg buloh, selangor, iaitu antara tempat yg popular sbg nursery. tp saya kebetulan tahu pasal pokok rerama ni sbb merayau2 dlm blog tuan cari info pasal tanaman. tak sangka pulak sy terjumpa pokoknya dijual di pontian, johor. tu pun tak sengaja, jalan2 nursery kawan lama. lpas tu bila marayau kt nursery2 sekitar rumah cr pokok sayur, jumpa lg. banyak pulak tu. alang2 beli juga sepasu.

Salam saya ada jual benih, pokok, daun yg sudah kering, dan teh rerama hijau Hubungi/ whatsapp 
013 3525815. Tqvm


EmoticonEmoticon