Sabtu

TUAIAN SAYURAN DI KBR DAN KEBUN JALAN KIMANIS

Tags


Salam awal muharam kepada pembaca Muslim sekalian. Moga tahun baru dalam kalendar Islam kita dapat menggenapi azam dan iltizam yang dirancang dan telah berjaya dilaksanakan. Begitu juga saya doakan agar segala azam, impian dan perancangan tahun baru ini mendapat kejayaan terutamanya usaha kita untuk mendalami anjaran Islam dan memahani serta mengamalkannya dengan tawaduk.

Bagi tanomkinotuan azam tahun baru awal muharam ini ialah cuba memperbaiki kefahaman agama ke tahap yang lebih baik. Kemudian mudah-mudahan tahun baru awal muharam ini dapat tanomkinotuan tingkatkan jumlah dan perbanyakkan entry post mengenai pertanian dalam blog ini. 

Hari ini tanomkinotuan berkongsi hasil tuaian pula. Tuaian di KBR dan tuaian di kebun abang di jalan Kimanis-KK. Tanaman sayuran baru sahaja tamat penuaian seperti sawi kerinting, sawi putih taiwan dan sawi putih. Pkk asparagus baru sahaja dicantas petang tadi untuk bagi memaksa penghasilan tunas/tombak baru. Sayur kailan dan sawi pahit masih hidup subur dibatas dan sudah sesuai untuk dituai. Tunggu masa sahaja. 

Kini batas kosong digembur dan ditanam pula dengan timun marketmore, buncis ungu, jagung hitam, kacang pea yang tak berapa subur dan tahun ini mencuba menanam zucchini hijau. Pokok zucchini hijau tunggu hasilkan bunga sahaja lagi. 

Berikut tuaian sayuran yang sempat diambil gambar oleh tanomkinotuan:



Petang tadi tengah mencantas pokok-pokok asparagus biar gondol bagi menggalakkan menghasilan tombak, tanomkinotuan sempat menuai beberapa tombak asparagus muda untuk dibuat sayur nanti. Kini tombaknya bersaiz besar sama seperti yang dijual di Kundasang. 

Pokok asparagus elok ditanam di atas batas sahaja bagi hasil yang baik. 




Kacang tanah 3 variati yang ditanam pertengahan tahun ini sudah menampakkan hasil. Jenis kacang merah biasa (yang bnyk dijual di kedai), kacang tanah batik dan kacang tanah hitam dituai tadi petang. Tanomkinotuan rebus dan makan bersama keluarga sambil menonton drama Korea. Hihi




Ini pula ialah umbisi halia hitam. Selalunya kita hanya tahu halia biasa untuk masakan dan halia bara. Tahukah anda, satu lagi jenis halia yang rare dan sangat bermanfaat kepada kesihatan manusia ialah halia hitam. 

Tanomkinotuan tuai umbisinya untuk dicampurkan dalam mandian. Biar segar badan hingga ke pagi. Ramai yang mengatakan bahawa halia hitam ialah pokok lempoyang (sebutan di semenanjung) tetapi bila saya mencuba mencari info pokok lempuyang di google didapati bahawa umbisi pokok lempoyang berwarna kuning tua. Berapakah jenis pokok lempoyang yang sebenarnya?




Jagung pulut hitam korea yang ditanam di laman rumah sudah dituai dan direbus. Struktur rasa seperti pulut, meleket sedikit bila dikunyah dan sedikit manis, manisnya kurang berbanding dengan jagung manis yang popular di pasaran. 

Tanomkinotuan menyukai jagung ini kerana rasa unik dan sangat sedap.




Ini ialah hasil tuaian di kebun abang. Abang menanam dikebunnya di jalan Kimanis - KK. Agak subur dan kurang serangan penyakit. Sayur kobis cina bulat (pichai) ini ditanam secara organik tanpa racun serangga.

Salam awal muharam kepada pembaca Muslim sekalian. Moga tahun baru dalam kalendar Islam kita dapat menggenapi azam dan iltizam yang dirancang dan telah berjaya dilaksanakan. Begitu juga saya doakan agar segala azam, impian dan perancangan tahun baru ini mendapat kejayaan terutamanya usaha kita untuk mendalami anjaran Islam dan memahani serta mengamalkannya dengan tawaduk.

Bagi tanomkinotuan azam tahun baru awal muharam ini ialah cuba memperbaiki kefahaman agama ke tahap yang lebih baik. Kemudian mudah-mudahan tahun baru awal muharam ini dapat tanomkinotuan tingkatkan jumlah dan perbanyakkan entry post mengenai pertanian dalam blog ini. 




Kobis ini juga dituai di kebun abang. Cukup besar saiz dan berat. Semuanya organik. Rasa kobis sangat ranggup dan manis. 



Ini pula ialah bunga kobis ungu. Ditanam di KBR. Bunga kobis ini sebenarnya sudah lama dituai tetapi baru hari ini berkesempatan untuk dikongsikan gambarnya. Ia agak lewat hasilkan bunga kira-kira 4 bulan lebih. 

Tetapi bila sudah berbunga teruja tanomkinotuan. Memang cantik kejadian bunganya.

Inilah gambar yang sempat tanomkinotuan kongsikan kepada pembaca. Bermula bulan ini tanomkinotuan mula bertani di kebun abang di jalan Kimanis. Mencuba nasib pula di sana. Tanomkinotuan sudah pun menyemai beberapa benih di sana. Akan datang tanomkinotuan akan update perkembangan sayuran di kebun abang pula.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon