Ahad

Panduan Dan Tips Menuai Bunga Matahari

Tags


Menanam bunga matahari di halaman rumah memberi impak dekorasi laman yang memukau mata memandang. Siapa tidak teruja melihat bunga matahari mekar kembang cantik. Hari-hari memandang pun tidak jemu.

Pokok bunga matahari ini banyak jenis seperti Monggolian Gaint Sunflower, Greece Gaint Sunflower, Tarahumara White Sunflower, Lemon queen Sunflower, Green Heart Sunflower, Russian Gaint Sunflower dan sebagainya. Lagi mengujakan jika menanam pokok bunga matahari yang bijinya saiz besar. Boleh dibuat kuaci di rumah. Namun kadang-kadang kita teragak-agak nak tuai sebab kurang tahu.

Setiap variati berbeza tempoh tuaian tetapi ciri-ciri bunga matang adalah hampir sama. Oleh itu, tanomkinotuan ingin berkongsi pula cara menuai bunga matahari yang betul, berikut adalah tips menuai bunga matahari.

Pastikan 5 kriteria di bawah ini harus sudah berlaku ke atas bunga matahari anda barulah dituai.




1. Disekeliling belakang bunga matahari bertukar menjadi kuning secara keseluruhannya. Ini menandakan bunga matahari sudah boleh dituai.




2. Kelopak bunga disekeliling bijinya sudah kering dan gugur. Tunggu kelopak bunga gugur barulah boleh dituai namun sila lihat kematangan benih terlebih dahulu.




3. Kelopak luaran bunga matahari yang bersambung pada pemegang tangkainya mula mengering.




4. Benih sudah menjadi matang sepenuhnya . Lihat jenis variati bunga matahari, setiap variati berbeza warna benih. Berdasarkan gambar, ini ialah bunga matahari Greece Gaint Sunflower, benih hitam keseluruhan pada kulit dan bersaiz besar. Jika sudah berwarna hitam maka bunga tersebut sesuai dituai.






5. Tangkai filamen pada biji bunga matahari mudah dileraikan. Inilah bunga filamem yang wajib didebungakan oleh pendebunga semasa bunga-bunga ini masih muda. Apabila filamen sudah kering ia meninggalkan tangkai filamen yang melekat pada setiap biji bunga matahari. Ia boleh dileraikan dengan menguis menggunakan jari anda. Itu tandanya biji bunga matahari sudah matang dan boleh dituai.

5 kriteria ini harus ada pada setiap pokok bunga matahari untuk rujukan tuaian. Jika kelopak bunganya sudah kering tetapi benih masih dalam keadaan muda maka bunga tersebut belum bersedia untuk dituai. Tuailah bunga matahari anda setelah cukup 5 kriteria di atas.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

1 komen so far

F4ns Bett1ng agent bola terpercaya di Indonesia
buruan daftar 5ee80afe


EmoticonEmoticon