Sabtu

Panduan Membuat Cincau Hijau

Tags







Salam sabtu kepada semua pembaca. Hari ni berkongsi cara dan panduan membuat cincau hijau di rumah dari pokok cincau hijau jenis perdu. Tahun lepas tanomkinotuan telah mencuba membuat cincau hitam dari pokok cincau hitan vietnam. Sedap dicampurkan dengan air bandung buatan sendiri. Kena lagi musim panas dengan air bandung sejuk..... pehhhhhhhh... mengujakan.






Kejayaan membuat cincau hitam tanomkinotuan lebarkan sayap pula mencari jenis-jenis cincau yang berlegar-legar di social media seperti di facebook dan google. Puas membuat rujukan serta maklumat pokok cincau hijau jenis perdu (Cyclea Barbata Miers), tanomkinotuan beli secara online. Kini pokok cincau hijau sudah pun setinggi semeter, hidup subur dan berdaun lebar.





Maka dengan itu tanomkinotuan berkongsi cara dan panduan membuat cincau hijau kepada pembaca. Moga bermanfaat. Cara-caranya sila lihat gambar langkah demi langkah:

















Inilah dia pokok cincau hijau jenis perdu atau nama saintifiknya Cyclea Barbata Meirs. Jenis pokok berbatang dan daun agak lebar dan bersaiz besar. Daunnya kaya dengan kaborhidrat yang sesuai dijadikan cincau likat yang enak.
















Sediakan 30 helai daun cincau yang dicuci bersih dan ditoskan. Tujuan untuk dibersihkan ialah agar bendasing yang terlekat pada daun dapat dibuang.






Pilih daun yang sihat, bersaiz besar. Tidak kesah jika daun tua atau muda. Elok tuai daun dari bawah pokok jika saiz pokok cincau hijau anda masih bersaiz kecil.
















Carik-carikkan daun tersebut menjadi serpihan kecil menggunakan tangan atau pisau. Tujuan mencarikkan daun tersebut agar mudah diramas kemudian.
















Tuang kira-kira 50 ml air yang telah dimasak ke dalam besen. Dan mula meramas daun-daun tersebut hingga keluar patinya.
















Beginilah rupa daun cincau tersebut setelah diramas kali pertama. Cecair tersebut agak likat dan berwarna hijau.
















Inilah cecair yang kita ambil dan menjadi cincau yang enak.
















Tapis cecair cincau dengan menggunakan penapis. Masukkan segala daun tersebut ke dalam penapis dan ramas serta tekan untuk memaksa pati keluar dari sisa daun.






Ulang proses ini sehingga 3 atau 4 kali seperti di atas untuk mengeluarkan pati dari daun-daun tersebut.
















Proses kedua akhir ialah membuang buih pada cairan cincau hijau jika terlalu banyak. Dengan menggunakan sudu kuis buih-buih tersebut dua tiga kali.

















Selepas proses menapis dan membuang buih di permukaannya Inilah hasil cairan likat cincau hijau. Akhir sekali anda bolehlah biarkan seketika untuk pemejalan cincau tersebut.













Setelah menunggu seketika cincau hijau buatan sendiri kini sedia untuk dihidangkan. Buatlah resepi kesukaan anda. Tanomkinotuan hanya membuat menu ringkas berdasarkan cincau hijau ini. Cincau hijau yang ditambah dengan susu cair, gula, sedikit perahan lemon dan coklat sebagai tambahan perisa. Keenakannya terserlah.


Lebihan cincau tersebut bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Bila ingin menggunakannya ambil sedikit dan buatlah ikut menu yang diinginkan.


Selamat mencuba.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon