Rabu

Panduan Membuat Insect Repellent Organik

Tags







Sekali lagi tanomkinotuan berkongsi kepada pembaca cara dan panduan membuat racun serangga organik atau Organic Insect Repellent yang tidak membahayakan kepada serangga tetapi berkesan menghalau serangga daripada menghampiri sayuran anda. Banyak panduan diluar saya cara membuat racun serangga yang anda boleh ikuti dan gunakan untuk kebun anda. Salah satunya adalah seperti berikut.






Tanomkinotuan suka mencuba idea-idea racun serangga yang berbeza digunakan oleh orang lain. Satu kepuasan yang tidak terhingga.






Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan secara bergambar iaitu:
















1. Satu mangkuk kecil bunga pokok herba tootache plant di mana tumbuhan yang tumbuh di negara-negara 4 musim. Bersifat anti-septik, anti-biotik dan anti-radang.
















2. Beberapa kulit limau atau lemon. Pati minyak lemon boleh menhalau beberapa serangga.
















3. Secekak keratan batang rosemarry.


















4. Secekak keratan pokok herba Cuban Oregano atau Bangun-bangun. Bau yang terhasil dari pokok ini mampu menjauhkan beberapa jenis serangga ke batas anda.
















5. Minyak neem atau pokok neem sekiranya anda ada menanamnya. Sangat berkesan untuk tujuan menghalang serangga mengganggu tanaman anda.










Sekarang kita lanjutkan dalam proses membuat racun serangga organik secara bergambar.


















Supaya pati-pati bahan di atas seperti bunga tootache plant, kulit lemon, rosemarry, oregano mudah keluar harus dihiris atau dipotong halus-halus. Lebih halus lagi bagus.


















Selepas selesai menghiris bahan-bahan tadi dan disatukan ditempat bekas yang sama. Kemudian tuang air panas yang baru mendidih kira-kira 400 ml dan kacau bahan-bahan tersebut hingga sebati Jika rajin anda tekan-tekankan hirisan tersebut agar pati-patinya cepat keluar.






Tunggu hingga sejuk pada suhu bilik. Apabila sudah sejuk, tapis airnya dan masukkan ke dalam botol spray.


















Proses akhir ialah masukkan 1 sudu teh minyak neem ke dalam botol spray dan tutup. Goncang botol tersebut sehingga minyak neem sebati dengan pati air tersebut. Sedia untuk digunakan.






Cara menggunakannya, sembur pada sayuran anda secara keseluruhan. Untuk keselamatan sembur untuk satu dua pokok dulu, lihat ada tidak masalah berlaku seperti daun terbakar atau melecur Jika ada tambah air non-klorin untuk mengurangkan kepekatan racun serangga anda. Jika tidak ada teruskan semburan pada sayur hingga selesai.






Racun serangga organik ini tidak membunuh serangga perosak, ia hanya mampu menjauhkan serangga perosak dari menghampiri sayuran anda. Insect repellent ini hanya mampu menghalang beberapa jenis serangga perosak tanaman dan terdapat serangga perosak yang tidak terkesan kepada racun organik ini. Racun serangga organik ini hanya diguna terus hingga habis dan tidak boleh disimpan untuk digunakan keesokkan harinya.






Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

1 komen so far

Assalammualaikum tuan,bagaimana cara menhalau gongok kecil ygbada d pasu bunga? Biasanya gongok kecil dan parasit yg sama waktudgnnya memakan akar2 muda,menyebapkn pokok2 bunga2 nampak tidak sihat. Ada cara tak menghindarkan gongok trsebut atau ada tk racun organik yg brkesan utk perasit ini?


EmoticonEmoticon