Ahad

Tips dan Panduan Menanam Keratan Bawang Leek

Tags


Hari ini tanomkinotuan ingin bercerita mengenai cara menanam bebawang dari variati leek. Semestinya anda teruja membeli bawang leek kat pasar atau pasaraya dan ingin menanamnya dalam pasu di laman rumah agar tidak perlu lagi membeli bawang leek. Keluar sahaja ke laman dan potong daun bawang leek untuk dimasak.

Namun ramai diluar sana menyatakan menanam bawang leek yang dibeli dipasar atau pasaraya tidak akan tumbuh apabila ditanam semula. Ramai yang kecewa dan putus harapan. Mengapakah hal ini berlaku?

Untuk pengetahuan semua, entry ini menjurus kepada menanam bawang leek yang dibeli kat pasar atau pasaraya. Jika anda memperolehi keratan akar bawang leek dari kawan yang belum dimasukkan ke dalam peti sejuk anda boleh sahaja menanam terus tanpa mengikuti kaedah ini.

Bebawang yang dibeli khususnya di pasaraya-pasaraya berhampiran telah diletakkan tempat dingin bagi memelihara kesegaran bawang leek tersebut. Oleh itu kelembapan bawang leek sangat tinggi dan ini menyebabkan bawang leek akan rosak/membusuk bermula pada akarnya dan daunnya. Apabila ditanam keratan pokok bawang leek maka ianya tidak sempat berakar pokok tersebut sudah membusuk. Inilah sebabnya bawang leek tersebut tidak tumbuh dengan baik. Bawang leek harus berada dalam keadaan kering dan kelembapan dalam keadaan sederhana agar ia mudah tumbuh bila ditanam.

Ikuti tips tanomkinotuan dibawah cara menanam bawang leek di bawah. Amaran keras: kaedah ini adalah kaedah mengikut pengalaman dan bukannya berdasarkan kajian terperinci. Tanomkinotuan tidak mengatakan menanam langsung keratan akar bawang leek yang dibeli dipasaraya tidak akan tumbuh, mereka diluar sana ada yang berjaya menanam bawang leek walaupun tidak mengikuti kaedah di bawah. 




Beli bawang leek kat pasaraya dengan mengambil kriteria-kriteria berikut. Bawang leek yang sihat, bersaiz besar, akarnya belum memburuk dan pokok masih segar. Belilah banyak sikit untuk ditanam dan selebihnya masak ikut resepi kegemaran anda.

Sampai di rumah layerkan di atau talam atau nyiru dan keringkan di bawah cahaya matahari terik lebih kurang 2 jam bagi mengurangkan kelembapan pada pokok leek tersebut. Jangan bimbang bahawa bawang leek tidak akan kering jika dijemur hanya sekali.

Gambar di atas tidak dilayerkan di atas bekas. Tanomkinotuan main letak macam tu sahaja. Kerja malas hehe.




Kemudian letaklah bawang leek anda ditempat teduh seperti beranda untuk pengeringan secara perlahan-lahan dengan kawasan sekeliling masih terkena bahang atau haba. 

Pada masa ini jangan terkena cahaya matahari secara langsung. Keesokan harinya potong lebihan daun seperti gambar di atas. Jangan potong terlalu pendek pula. Lakukan proses pengeringan secara perlahan-lahan ini selama 5 hari ke 7 hari. Sekali lagi pokok leek tidak akan kering kejung walaupun dibiarkan ditempat teduh selama 7 hari.




Selepas 7 hari anda akan dapati keratan bawang leek anda sudah kering dan terdapat mata akar kelihatan di bahagian akarnya. Maka dengan itu, sediakan pasu dan media dan tanamlah keratan akar bawang leek anda dengan kadar segera. Siram dengan air secukupnya. Letak secara langsung di bawah cahaya matahari pun boleh, tidak ada masalah.

Bawang leek suka dengan cahaya matahari langsung. Oleh itu disarankan meletakkan pasu-pasu anda di bawah terik matahari dari pagi ke petang. Selepas 5 hari ditanam lapisan luar keratan akar bawang leek anda akan buruk dan daun baharu akan muncul. Ini menandakan pokok bawang leek anda berjaya tumbuh dengan baik.

Baja dua minggu sekali dengan setengah sudu makan ditanam dalam tanah, paling bagus guna baja npk organik. Harus diingat membaja berlebihan pada bawang leek akan menyebabkan bawang leek anda akan mati/batang menjadi buruk. Jadi membajalah ikut aturan yang betul. Siram dua kali sehari pada musim kemarau dan tidak perlu ketika hujan. Sekali sekala buat proses pengemburan tanah disekeliling pokok dengan berhati-hati.

Tips ini juga teraplikasi kepada semua jenis bawang seperti kucai, lokio, bawang sup dan bawang sup gergasi yang dibeli di pasaraya sahaja. Selamat mencuba...

Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

2 komen

ooo..patutlah selalu x jadi di tanam...terima kasih infonya tuan..


EmoticonEmoticon