Sabtu

Panduan Mencambahkan Benih Edamame Dalam Cup

Tags


Bertemu kembali pada entry kali ini. pejam celik, pejam celik sudah penghujung tahun 2016, beberapa minggu lagi menjelang tahun baru 2017. Berhubung dengan azam ni, banyak azam tanomkinotuan tidak dapat direalisasikan, azam tersebut dibawa ke tahun hadapan, moga semuanya berjalan lancar.

Hari ini tanomkinotuan berkongsi cara menanam benih edamame. Tanomkinotuan sudah pun membuat entry menyemai benih edamame yang lepas yakni teknik menyemai secara rawak. Hari ini pula teknik semai dalam cup plastik pula. Lihat panduan di bawah dengan teliti.

Bahan-bahan yang diperlukan:


Cup plastik

Cup plastik yang telah ditebuk bahagian bawah. bersihkan dengan air dan keringkan.


Peatmoss lembab

Bahan kedua pula ialah peatmoss, media untuk menyemai benih edamame. Anda boleh sahaja menggunakan cocopeat atau media campuran (potting soil). 


Benih edamame

Dan semestinya benih edamame. Tanomkinotuan menggunakan edamame variati Midori. Anda boleh saja menggunakan jenis edamame yg dijual di pasaran.


Cara-Cara Menyemai Benih Edamame:



Masukkan peatmoss ke dalam cup hingga hampir penuh. Atau anda boleh guna cocopeat dan juga media campuran. Perlu diingat bahawa guna media yang memang lembab dalam bekasnya. Anda sudah tidak perlu menyiram media tersebut. Benih edamame alah dengan media terlalu basah. Ia akan membusuk.




Buat lubang sedalam 1 inci dan masukkan benih edamame ke dalamnya. Benih tak perlu rendam dengan air. Kelembapan media sudah cukup untuk benih bercambah dengan baik. Timbus benih dan tidak perlu siram jika media lembab.




Tutup cup plastik tersebut dengan plastik lutsinar atau apa-apa bahan penutup yang sesuai. Ini sebagai mini rumah hijau untuk memerangkap haba. Haba yang cukup perlu untuk pertumbuhan benih edamame dengan baik. Sentiasa periksa kelembapan media, dalam proses  semaian pada gambar di atas media cepat kering disebabkan proses pemeluapan. Spray sedikit air jika media telah kering tapi jangan terlebih pula. 

Juga tujuan untuk sentiasa memeriksa cup plastik tersebut ialah melihat sama ada benih edamame sudah keluar dari permukaan tanah atau tidak. Jika benih sudah bercambah, buka penutup plastik tersebut.




Setelah 7 hari benih edamame sudah keluar dari permukaan dengan meganya. Masa ini dikotolidon masih hijau dan daun sebenar belum keluar lagi. Jika anda menggunakan teknik semaian ini, tunggu pokok edamame berdaun kira-kira 4 helai daun barulah pindahkan ke pasu, polibag atau atas batas. Masa ini anda sudah boleh menyiramnya dengan air. Anak pokok edamame setelah bercambah perlukan siraman apabila media sudah jadi kering. 

Setelah dipindahkan ke pasu besar atau polibag letak ditempat teduh terlebih dahulu selama tiga hari barulah diletakkan ditempat panas. Bagi mengalihkan anak pokok edamame ke batas, pasang jaring net hitam selama 4 hari bagi mengurangkan risiko kematian anak pokok. Pada masa ini anak pokok edamame boleh disiram dengan banyak air atau terkena hujan pun tidak mengapa.

Jagalah pokok edamame seperti mana menjaga pokok sayuran lain.

Benih edamame ada stok  Jika anda ingin mencuba menanamnya. Email ke borosmomogun@gmail com atau whatsapp ke 019-5320756 (jus), harga kasih sayang rm2 (8 biji).

Selamat bertani dan menuai hasil 

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.


EmoticonEmoticon