Halaman

    Social Items

Visit Namina Blog

Bertani dilaman rumah memang memberikan terapi minda yang segar dan sempurna. Bilamana tanaman berhasil rasa puas yang tidak terhingga. Begitulah perasaan tanomkinotuan apabila tanaman yang kita tanam membuahkan hasil. Malah bukan sahaja hati gembira malah dapat bekalkan sayuran untuk dapur kita. Jimaat dan organik. 

Hari ini tanomkinotuan berkongsi dengan pembaca satu variati kacang botor yang jarang ditanam di negara kita. Lazimnya kacang botor yang ditanam adalah jenis kacang botor hijau pendek. Untuk makluman, terdapat beberapa variati kacang botor iaitu kacang botor hijau pendek, kacang botor hijau panjang dan kacang botor merah dan ianya termasuk dalam saiz yang panjang.

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi merujuk tumbuhan ini. Umumnya ia disebut seperti kacang botor, kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek atau kalkang. Dalam bahasa Inggerisnya pula ialah winged bean atau Goa bean. Sangat sesuai ditanam pada iklim tropika.  

Dua tahun lepas tanomkinotuan telah menanam kacang botor hijau pendek. Pokok sangat merimbun dan menghasilkan buah yang banyak. Memang buahnya senantiasa bekalkan kepada dapur tanomkinotuan. Tidak habis dimakan sebahagiannya disedekahkan kepada jiran. Kemudian tahun lepas tanonkinotuan telah menanam kacang botor hijau panjang. Juga pokok jenis merimbun dan buah yang banyak. 

Hati teruja apabila terlihat satu jenis kacang botor yang berwarna ungu dalam internet. Dan tertanya-tanya adakah kacang botor merah ini sememangnya wujud? Atau hanya edit?

Dengan perasaan ingin tahu yang kuat, tanomkinotuan cari info tambahan di internet dan beberapa website yang telah dibaca memang benar bahawa kacang botor merah wujud. 

Membuak-buaklah keinginan tanomkinotuan mendapatkan benihnya untuk menambah koleksi benih kacang botor. Ia banyak ditanam di negara Thailand. Tanonkinotuan dapatkan benih di internet dan selesai proses pembelian. Dua minggu kemudian benih telah tiba dan keterujaan tanomkinotuan bertambah-tambah.. Hihi

Cara tanam bagi benih kacang botor merah ini tidaklah serumit menyemainya. Tanomkinotuan rendam semalaman dan semai dulu dalam polibag kecil. Tanomkinotuan menggunakan polibag kerana mudah dikoyakkan setelah dialihkan ke tanah atau pasu. Tanomkinotuan tanam atas tanah sahaja. 

3 bulan menunggu hasilnya pokok kacang botor ini hasilkan bunga berwarna ungu cair yang cantik. Dua minggu kemudian terlihatlah buah-buah bergayutan di bawah celah-celah daun. Senyum tanomkinotuan boleh sampai ke telingga. 

Oleh kerana hanya sepokok yang berjaya harungi cabaran daripada 10 benih yang disemai maka buah ini akan dibiarkan sebagai benih akan datang. Belum lagi dituai dan jangan bertanya apa rasa kerana tanomkinotuan belum pernah makan lagi. In sha Allah tanaman seterusnya tanimkinotuan akan tanam banyak-banyak untuk dijadikan sayur atau makan cicah sambal belacan. Fuhhhhh... Pasti mengujakan.

Benih belum ada untuk dijual. Tunggu benih tersebut kering dahulu. Gambar tersebut adalah gambar terkini kacang botor merah. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Kacang Botol Merah Berbuah Saiz Besar

2 ulasan: