Halaman

    Social Items

Visit Namina Blog

Bila kita berjlan-jalan sekitar pasar terbuka atau supermarket wajib terjumpa sayur buncis. Buncis adalah salah satu tanaman yang tidak dilepaskan oleh para pekebun kerana hasil pulangan dan permintaan di pasaran sangat tinggi. Tidak hairanlah buncis banyak dijual di mana-mana.

Semasa tanomkinotuan masih kecil terdapat tiga jenis buncis yang ada dipasaran dan jenis buncis bulat mendominasi pasaran. Buncis bulat hijau ini juga orang kampung panggil buncis pertanian. Satu jenis lagi ialah buncis leper hijau, buncis hijau leper ini hanya ditanam oleh orang kampung dan dijual di tamu/open market. Rasa dan struktur buah lebih kurang sama tetapi tanomkinotuan lebih menyukai buncis yang leper. Kini buncis leper sudah jarang-jarang kelihatan kerana orang kampung sudah beralih kepada buncis bulat hijau. Buncis jenis ini sangat lebat buahnya dan sangat tahan penyakit. Jenis yang ketiga ialah buncis kundasang, buncis ini buahnya agak panjang dan rasa manis berbanding dua jenis buncis di atas. majoriti pembeli buncis ini ialah kaum Cina. Bila ditanya kenapa menyukai buncis jenis ini, mereka jawab ia agak manis katanya dan tanomkinotuan bersetuju dengan kenyataan tersebut.






Namun hari ini tanomkinotuan terbuka minda dengan akses ilmu pengetahuan luar batasan. Rupa-rupanya pokok buncis banyak jenis dari variati heirloom dan belum dicampurkan lagi buncis dari variati hibrid. Maka dengan itu, tanomkinotuan mencuba mencari seberapa banyak info mengenai buncis yang wujud di dunia. Maka terjumpalah satu variati buncis ungu yang memang jenis renek. Bukan main teruja tanomkinotuan. Buncis juga ada yang renek aka dwarf. Jangan tidak percaya buncis selain jenis memanjat juga terdapat buncis dwarf dan separa-renek. Jenis pokok buncis separa renek ini ia masih memanjat tetapi tidak seperti jenis buncis jenis memanjat yang boleh sampai ke bumbung rumah. hihi

Apabila tanomkinotuan selesai mendapatkan info buncis ungu renek ini maka tanomkinotuan mencuba mencari benih buncis ungu renek kalau-kalau boleh diperolehi melalui pembelian online. Berlayarlah tanomkinotuan ke lautan google yang penuh simpang siur infonya, cheeewahhhh hahaha poyoooo......

Jumpa laman sesawang yang berkelayakan dan tanomkinotuan berurusan dengan transaksi kewangan, berjaya. Kini tinggal tunggu benih sampai ke tangan tanomkinotuan. Sementara menunggu benih sampai. Tanomkinotuan sediakan media campuran peatmoss, kompos dan pasir sungai. Juga tanomkinotuan tambah sedikit tanah sawit bagi menambah kesuburan tanah.




Dua minggu kemudian benih yang dinanti-nantikan kini tiba ditangan. Apa lagi teruja semacam seperti dapat wang seguni hahaha.. Tanomkinotuan rendam benih semalaman. Tanomkinotuan tahu bahawa benih tersebut mungkin benih sederhana lama dan bukan baharu. Jadi merendamnya dalam air paip mengaktifkan penunasan dengan cepat.

Keesoakan harinya tanomkinotuan semai dahulu dalam cup plastik menggunakan campuran cocopeat dan peatmoss. Dua minggu selepas disemai tanomkinotuan alihkan ke pasu bersaiz besar. Media dalam pasu tersebut tanomkinotuan telah sediakan lebih awal 2 minggu sebelum ketibaan benih buncis ungu renek tersebut. 





Tanomkinotuan memberikan penjagaan secara sederhana kerana pokok ini disemai pada penghujung bulan oktober. Masa ini tanomkinotuan sibuk berkerja dan ianya tidaklah dapat dijaga sepenuhnya sehingga daun-daunnya diserang oleh serangga. nampak tidak pokok buncis pada gambar 1? daun habis berlubang seperti ditembusi peluru haha...

Walau bagaimana pun, pembungaan dan pembuahan tidak terjejas, ia menghasilkan bunga yang banyak dan mengeluarkan buah yang cantik. Pada masa buah ini diambil gambar, buah masih lagi bersaiz kecil dan tidak besar. Bunga berwarna ungu cerah selama 1 hari dan akan berubah menjadi buah pada hari ke-3 dengan buah berwarna hijau terang. Apabila buahnya semakin membesar warna ungu akan mengantikan warna hijau sepenuhnya apabila buah sudah bersaiz besar. 

Pokok buncis ungu ini hanya ada sepokok sahaja. dahulu tanomkinotuan menyemai lebih 20 benih yang tembus hingga kini hanya 1 pokok. Ini kerana serangan siput dan lintah bulan. Tidak dapat diselamatkan kerana gangguan kerja hakiki haha.

Menanam dan menjaga pokok buncis ungu renek tidaklah susah. ia mudah semudah ABC. Tidak perlu pening kepala mencari kayu pancang untuk membantu pokok memanjat. Cuma letak kayu pendek untuk mambantu pokok berdiri dengan baik kerana buah yang berat akan menyebabkan pokok senget atau rebah ke bawah. 

Hari ini tanomkinotuan berpuas hati. Selalunya hanya melihat gambar-gambar buncis ungu di internet. Kini tanomkinotuan melihat pokoknya depan mata, boleh dipegang dan dibelai lagi. hohohoho.

kepada mereka diluar sana yang ingin menanam buncis ungu renek boleh berhubung dengan tanomkinotuan untuk mendapatkan benih buncis ungu renek di whatup 019-5320756 untuk makluman lanjut atau email: borosmomogun@gmail.com.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Buncis Ungu Renek Berbuah Lebat di KBR



Herba borage adalah tumbuhan asli dari Timur Tengah dan menyebar ke Eropah dan USA melalui Greek zaman lampau. Setiap bahagian pokok borage kecuali akar boleh dijadikan campuran salad dan perubatan tradisi. Bunganya yang berwarna biru terang boleh dijadikan garnish manakala daunnya boleh dimakan sebagai salad. Terdapat juga pokok borage yang mempunyai bunga warna putih. Nama saintifik bagi tumbuhan ini ialah Borago officinalis.  

Meyemai borage tidaklah cerewet yang penting gunakan media poros dan kaya nutrient. Tanomkinotuan hanya menggunakan dua jenis media iaitu 1 bahagian peatmoss dan 1 bahagian cocopeat. Campur hingga sebati dan bolehlah dimasukkan ke dalam bekas semaian.

Untuk lagi mudah dapatkan anak pokok borage yang dijual di kedai pertanian atau nusery-nusery berhampiran. Hanya tinggal jaga sahaja seperti menjaga tumbuhan yang lain. Ini jika anda malas hendak semai dari benih.


Bahan-bahan:


1. 1 bahagian peatmoss
2. 1 bahagian cocopeat
3. bekas semaian bebas miroorganisma jahat
4. Air siraman secukupnya
5. benih borage


Cara penyediaannya:

1. Dapatkan benih borage di kedai nusery atau kedai pertanian terdekat. Pilih benih yang baharu dan tidak berpenyakit.

2. Campurkan dua jenis media iaitu peatmoss dan cocopeat. tujuan menggunakan dua jenis media ini ialah peatmoss membekalkan zat nutrient yang diperlukan oleh anak pokok nanti manakala cocopeat dapat memberikan media ruang pengudaraan yang baik.

3. Masukkan media ke dalam bekas semaian. bekas semaian yang digunakan terpulang dengan anda. Anda boleh menggunakan apa-apa jenis bekas semaian yang sesuai seperti cup plastik (bekas minuman), Styrofoam, atau seumpamanya. yang penting ia selamat digunakan.

4. Siram media tersebut dengan air yang banyak dan rehatkan selama semalaman.

5. keesokan harinya buat lubang kira-kira 1 inci dalam dan semailah benih borage tersebut. Selesai untuk menyemai anda tidak perlu menyiramnya semula kerana media sudah dalam ke adaan lembab. Tujuan media direhatkan semalaman ialah bagi memberi ruang air lebihan keluard ari bekas semaian. Makluman kepada anda, benih borage tidak menyukai media yang terlalu basah. Cukup sekadar lembab sudah memadai. tetapi ingat jangan pula media tersebut kering pula. Jika media kering benih tersebut tidak mudah bercambah kerana kelembapan tidak dapat memasuki dalam benih.

6. Tempoh percambahan benih borage ialah 7 hingga 14 hari. Jadi bekas semaian tersebut haruslah diletakkan ditempat selamat dan terkena cahaya pada waktu pagi. Suhu diperlukan oleh benih untuk bercambah.

7. Setelah bercambah sila pastikan jika siput dan lintah bulan tidak menggangu anak pokok kerana kedua binatang ini menyukai daun anak pokok borage. Boleh sembur racun serangga di sekeliling pasu atau lingkarkan sekeping aluminum agar siput dan lintah bulat tidak mendekati anak pokok borage tersebut.

8. Setelah pokok anak borage sudah mempunyai 4 helai daun, bolehlah dialihkan ke pasu yang lebih besar. Anda boleh gunakan media campuran yang dijual di kedai atau boleh membuat media sendiri dengan campuran peatmoss, kompos dan pasir sungai/perlite dengan nisbah 2:1:1.

9. Dalam proses pemindahan letakkan anak pokok tersebut ditempat teduh selama 1 hingga 2 minggu dan apabila anak pokok sudah mula bertunas atau anak pokok semakin kuat bolehlah diajar diletakkan di tempat panas sebentar lebih kurang 10 ke 30 minit. Ulang proses ini sehingga anak pokok borage terbiasa dengan cahaya matahari. 

10. Pembajaan boleh dilakukan 3 minggu sekali dengan menggunakan baja subur organik dan ditabur sedikit baja bunga apabila pokok borage sudah mencecah 2 bulan bagi menggalakkan pokok berbunga lebat. 

Pokok borage mempunyai keistimewaan tersendiri. bunga ungunya boleh dicampurkan ke dalam salad sebagai makanan atau boleh diletakkan ke dalam air minuman sebagai hiasan. Di zaman pertengahan borage digunakan sebagai mengubati rheumatik, kesejukan dan bronchitis. Daun borage juga digunakan sebagai penggalak susu para ibu di zaman itu. Mungkin di Malaysia pokok herba ini masih baharu tetapi harapan tanomkinotuan para penyelidik cuba mengubas kebaikan dan manfaat pokok ini kepada umum. Siapa tahu akan datang pokok ini akan menjadi satu pokok herba yang diminati untuk ditanam di negara kita dengan kebaikan pokok ini kepada manusia sejagat.

Apa kata anda cuba menyemai benih borage untuk tambahan pokok herba di rumah. bunga yang cantik ini juga sesuai dijadikan pokok hiasan selain bunga dituai untuk campuran salad. Jika berminat boleh whatup ke 019-5320756 untuk keterangan lanjut. Jom semai benih borage sekarang.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Panduan Menyemai Herba Borage