Halaman

    Social Items


Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang dihormati. Hari Sabtu yang sangat bahagia dan dinanti-nantikan oleh sesetengah orang kerana bolehlah merehatkan diri selepas 5 hari bekerja. Juga hari yang sesuai untuk turun ke mini kebun dilaman rumah bagi meneruskan kerja-kerja yang tergendala seketika atau pun bolehlah melakukan apa-apa aktiviti yang difikirkan sesuai.

Hari Sabatu tanomkinotuan berkampung di sekolah kerana terlibat dengan program kokum yang sudah lama dirancang. Jadi tanomkinotuan terbayang-bayang tanaman di rumah, lazimnya sabtu ni tanomkinotuan melakukan rutin menyiram, menanam, menyakul dan merumput. Namun apa-apa pun kerja utama harus diutamakan. 

Pada 2 minggu lepas tanomkinotuan menuai keledek yang ditanam di belakang rumah. Keledek jenis dwarf di mana pokok merayap tidaklah terlalu jauh tetapi menghasilkan umbisi yang banyak. Isi berwarna kuning dengan kulitnya berwarna merah gelap. Antara keledek yang banyak ditanam di Sabah selain dari keledek ungu jepun dan sebagainya. 




Keledek jenis ini sangat sangat mudah dijaga, tidak terlalu menjalar dan mempunyai isi yang banyak dalam satu pokok. Nama saintifik bagi keledek ialah Ipomoea Batatas, keledek satu keluarga dengan sayur kangkung jika tidak percaya cuba memasak pucuk muda daun keledek rasanya seakan sama serta ciri bunga dan buah hampir sama. Keledek dikatakan berasal dari Tengah dan Selatan Amerika Latin di mana telah diusahakan oleh kaum Asli di sana 5000 tahun yang lampau. Ia menyebar ke seluruh dunia oleh pihak penjajah.

Di Sabah tanomkinotuan kurang mengetahui sejarah kedatangan keledek ini tetapi ia mula diusahakan oleh penanam kecil-kecilan di kawasan Kundasang dan sekitarnya. Variati keledek yang diusahakan ialah jenis keledek tahunan di mana ia dituai selepas 8 hingga satu tahun. Inilah jenis keledek yang membanjiri kebun-kebun sekitar Kundasang, Tambunan dan Keningau. Ciri-ciri pokok seperti tuaian yang lambat, jenis pokok menjalar sangat jauh, isi yang kurang tetapi kelebihan keledek ini ialah ia mempunyai rasa manis dan lemak berbanding keledek yang ada sekarang. keledek ini dikenali juga sebagai keledek kampung. 

Kehadiran keledek jenis baharu aka keledek jenis hibrid yang mempunyai tempoh tuaian hanya 3 hingga 4 bulan menyebabkan penanam di sabah beralih kepada jenis keledek yang cepat keluarkan hasil manakala keledek sedia ada kini sudah pun pupus kerana tidak ada lagi yang menanamnya.

Tanomkinotuan dengan bersemangat telah mendapatkan pucuk keledek yang sangat popular ditanam di sekitar kampung. Tnomkinotuan gemburkan tanah sekitar, hanya tabur tinja ayam dan baja organik subur dan cucukkan setiap batang keledek ke tanah secara rawak. Tanomkinotuan tidak mengikuti saranan dari pertanian. Ikut suka tanomkinotuan sahaja. 





Keratan keledek akan bertunas selepas 2 minggu. Tanomkinotuan pastikan media senantiasa lembab dengan menyiramnya. kelembapan tanah sangat penting bagi keledek yang baru bertunas untuk membesar. Keeledek sebenarnya tidak perlu dibaja kerap memadai membaja dengan baja isi setelah pokok merayap lebih kurang 6 kaki. Teknik menanam keledek cara kampung berbeza dengan teknik menanam mengikut sarana pertanian di mana keratan keledek akan ditanam ke dalam tanah dengan mengorek tanah sedalam 4 inci, kemudian separuh keratan dibenamkan ditanah dan ditimbus. Setelah pokok menjalar kira-kira 3 kaki sekali lagi disekelilingnya ditimbus sedikit seperti busut. dan dibiarkan sehingga 3 bulan. Bagi teknik pertanian pula, tanah akan digembur dan dibuat batas, keratan batang ditanam dan dibiarkan sehingga pokok boleh dituai. Kedua-duanya boleh digunakan kerana keledek tetap berisi apabila tanah dalam keadaan gembur, subur dan cukup zat makanan.

Setelah 3 bulan setengah tanomkinotuan telah mencabut kesemua keledek tersebut dan mendapat isi keledek yang cantik dan bersaiz besar. Untuk sebulan tidak perlu membeli keledek kerana ianya sudah cukup untuk dibuat kerepek, bubur keledek dan kuih goreng keledek. Jadi tersangatlah puas dengan hasil keledek kali ini.

Setelah dicabut tanomkinotuan ambil beberapa keratan lagi dan cucuk semula ke tanah untuk tuaian akan datang. Keledek tidaklah cerewet untuk ditanam sebenarnya. Tiga bulan akan datang tanomkinotuan akan menuai semula keledek ini. 




Gambar di atas menujukkan tuaian keledek yang sangat-sangat mengembirakan tanomkinotuan. Hasil yang memberikan keringanan kepada tanomkinotuan sekeluarga. haha.... keringanan apakah? akan datang tanomkinotuan akan bercerita pula dengan menanam keledek dalam polibag atau kontena. Jom menanam keledek..


Selamat bertani dan menuai hasil.

Tuaian Keledek Di Laman Rumah


Apa khabar kepada semua pembaca. Sudah lama dan jarang saya update blog ini disebabkan kesibukan kerja-kerja harian. Sudah hampir pertengahan tahun 2018, tidak lama lagi bulan ramadhan akan menjelma. Masa inilah paling sesuai menanam sayur untuk raya nanti hihi.


Menanam cili di laman rumah satu terapi yang mendamaikan. Sudah banyak variati cili pernah tanomkinotuan tanam di laman rumah bermula tahun 2014 lagi. Antara jenis cili yang pernah ditanam ialah cili padi hutan, cili padi thai, cili putih borneo, cili bomb ceri, cili taiwan, cili hijau, kapsikum hijau, cili bolivia dan aji charapita merah. Jika kena caranya cili boleh tumbuh dengan baik. Yang paling penting baikpulih tanah yang digunakan mengikut konsep tanah dalam hutan tebal. Hihi

Masa tanomkinotuan mencari info mengenai penanaman cili di internet, terbaca satu artikel mengenai cili jalapeno ungu. Jenis buah pendek gemuk dan buah jenis jatuh ke bawah. Teruja tanomkinotuan dan berazam mendapatkannya. Tanomkinotuan teringat kawan dari Indonesia yang merupakan penanam dan pengemar pokok cili. Tanonkinotuan kirim gambar melalui email dan tidak lama dari itu mendapat balasan dan dia katakan dia ada tanam dan ada benih. Tanomkinotuan terlompat girang dan berurusan mendapatkan benihnya. Kini tinggal tunggu benih sampai ke tangan. 



Sementara menunggu benih sampai, tanomkinotuan membuat media campuran terbaik untuk cili ini. Tanomkinotuan hanya dapat berkerja pada hujung minggu memandangkan tanonkinotuan berkerja di luar daerah. Oleh itu kena cepat siapkan media. Tanomkinotuan campurkan peatmoss, cocopeat, pasir sungai dan kompos tinja dengan nisbah 2:1:1:1. Kemudian gaul kesemua bahan dan dimasukkan ke dalam pasu. Siram menggunakan air siraman kencing cacing (cecair dari ternakan cacing). Letak di tempat selamat dan biarkan media sebati dan pembiakan mikroorganisma baik dalam tanah. 

Untuk semaian benih nanti tanomkinotuan hanya menggunakan peatmoss sahaja jadi tidak perlulah bersusah payah membuat starting mix (media campuran untuk semaian). 


Menunggu benih jalapeno ungu sampai ke Sabah seperti menunggu kucing bertanduk. Setiap detik dikira menyebabkan sehari bagaikan setahun. Seminggu bagaikan seabad. Mahu tidak mahu kena sabar dan berpura-pura sibukkan diri agar hati tidak selalu memikirkannya. Sama lah semasa berpuasa nanti, jangan ikut perasaan sangat senantiasa ingat Allah dan lakukan rutin seperti biasa. 

Setelah sebulan lebih barulah benih cili jalapeno ungu sampai di tangan tanonkinotuan. Sampai di rumah pada petangnya tanonkinotuan rendam dengan air semalaman dan esoknya barulah disemai menggunakan peatmoss. Kaedah menyemai benih tidaklah cerewet sangat. Mudah sebenarnya. 

Tanomkinotuan masukkan peatmoss dalam cup plastik (bekas minuman) sehingga penuh dan taburlah benih jalapeno ungu di permukasn media. Lapisi sedikit lagi tanah di atasnya dan siram. Letak ditempat selamat dan masih terkena cahaya pagi sehingga jam 10 pagi. Spray jika media nampak kering. Tempoh percambahan selepas 14 hari. 

Sangat mengujakan anak-anak cili jalapeno ungu yang mula menampakkan diri di atas permukaan tanah. Tanomkinotuan spray dengan air cacing yang dicairkan (nisbah 1:30) untuk menguatkan anak pokok untuk tumbuh dengan baik. 

Setelah anak pokok mempunyai 4 helai daun. Tanonkinotuan alihkan ke pasu yang disediakan. Selepas satu bulan lebih media dalam pasu. Lumut hijau telah memenuhi ruang menandakan tanah sangat bagus dan sihat. Jangan khuatir jika terdapat lumut hijau pada tanah. Itu tandanya tanah anda sangat sihat.

Kini masa untuk menjaga anak pokok menjadi pokok rimbun yang sihat. Tanonkinotuan membaja dua minggu sekali dengan baja subur organik. Selama sebulan lebih selepas dialihkan ke pasu. Merumput tidak berlaku kerana tidak ada rumput dalam pasu cumanya kena siram mengikut keadaan agar pokok tidak kekeringan. Menyiram pokok cili wajib ikut keadaan. Jika tanah sangat lembab menyebabkan kehadiran fungi yang merosakkan pokok dari akar menyebabkan daun keriting dan ianya sukar dirawat. Untuk mengelak daun kerinting pada daun cili, tabur kapur pertanian seminggu sebelum anak pokok cili dipindahkan ke tempat menanam.

Pokok cili jalapeno semakin membesar dan mula hasilkan kudup bunga. Masa inilah paling sesuai menabur baja buah untuk menggalakkan pokok menghasilkan banyak bunga dan buah.

Selepas 3 bulan lebih maka kelihatan buah-buah berjuntaian di setiap ranting pokok. Bunga cili jalapeno agak keunguan sedikit. Selepas dua hari bunga akan gugur dan kelihatan buah saiz kecil muncul berwarna hijau muda. Semakin buah membesar warna ungu akan memenuhi keseluruhan buah tersebut seterusnya. Sangat-sangat mengujakan. 

Buah cili ini telah tanomkinotuan matangkan untuk benih yang seterusnya. Tanomkinotuan semai semula untuk benih dan dijual kepada para pembeli yang berminat untuk menanam cili jenis ini. 

Selamat bertani dan menuai hasil. 

Cili Jalapeno Ungu Sangat Rare Dimata Tanomkinotuan


Tanomkinotuan mempunyai fiil yang menyukai mencari benih-benih luar negara untuk ditanam di negara kita, hanya sebagai hobi sahaja. Jika berjaya benih tersebut menjadi pokok yang menghasilkan buah, semacam satu kepuasan dan keterujaan yang sangat berbaloi. Inilah ciri yang wajib ada pada seseorang petani sambilan mahupun petani sepenuh masa. Tetapi tidak semua benih dari luar negara berjaya ditanam. Ada benih yang tidak berjaya dan sebaliknya. Dengan itu tidak ada istilah putus asa, kena cuba dan cuba lagi untuk menyemai.





Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi satu jenis pokok strawberri yang kurang diberi perhatian di negara ini. Lazimnya pembaca sekalian akan terpancar dalam fikiran bahawa bila menyebut strawberri apa yang terlintas ialah buah saiz besar, berwarna merah dan masam-masam manis. hihi Tetapi tahukah anda bahawa pokok strawberri mempunyai banyak variati, saiz buah dan warna berbeza mengikut jenis dan asalnya.

Terdapat dua jenis variati strawberri yang umum iaitu pertama dikenali sebagai Fragaria vesca dan Fragaria ananassa. Pokok strawberri jenis Fragaria vesca ini adalah jenis strawberry liar, atau juga dikenali sebagai woodland strawberry, Alpine strawberry, Carpahtian strawberry, European strawberry atau fraisier des bios, Hari ini tanomkinotuan membincangan variati Fragaris vesca iaitu Alpine strawberri kuning. Untuk makluman pembaca strawberri alpine kuning adalah jenis everbearing / tahunan, everbearing bermaksud alpine strawberri kuning menghasilkan buah sepanjang tahun atau jenis strawberry tahunan. Buah strawberri jenis Fragaria ananassa pula adalah jenis buah yang banyak dijual di pasaran di mana buah bersaiz besar.

Melihat kawan-kawan di facebook mula berkongsi gambar pokok strawberri yang sangat subur dan elok pertumbuhannya sehingga lah menuai buah strawberri yang sangat banyak. Tanomkinotuan sangat kagum dan teruja dengan kebolehan mereka untuk menjaga pokok ini sehingga menuai hasil. Bukan calang-calang orang yang boleh menjaga pokok strawberri ini, strawberri antara pokok yang cerewet untuk ditanam. tetapi itu tidak mematahkan semangat tanomkinotuan untuk mencuba menanam pokok strawberri. Dengan ilmu zero mengenai strawberri, tanomkinotuan sekali lagi berguru dengan pak google. Semua laman sesawang mengenai strawberri dibaca walaupun penguasaan bahasa English tersangatlah lemah. daripada langsung tidak tahu elok membaca untuk tambah ilmu kan?

Tanomkinotuan sekali lagi teruja dengan strawberri jenis liar yakni strawberri alpine kuning. tanomkinotuan sekali lagi berurusan pembelian benih melalui laman sesawang tersebut. Agak mahal lah juga jika dibandingkan dengan nilai mata wang kita. Oleh kerana tanomkinotuan hanya mempunyai media jenis peatmoss, inilah media digunakan untuk menyemai benih tersebut, Tanomkinotuan tidak ikut saranan yang dibuat oleh pakar-pakar penanam strawberri luar negara di mana harus menyimpan benih dalam peti sejuk selama 3 minggu barulah ditanam dalam pasu. Tanomkinotuan langsung tabur di atas peatmoss dan spray dengan air. Pertumbuhannya sangat perlahan, ia mengambil masa selama 3 minggu untuk bercambah.

Selepas 3 minggu tanomkinotuan alihkan anak pokok strawberri  alpine kuning ke pasu dengan sangat berhati-hati. Cara tanomkinotuan mengalihkan anak pokok ialah dengan cucuk tanah sekeliling pangkal pokok dan korek bersama-sama anak pokok agar anak pokok strawberri tidak cepat mati dan kebarangkalian anak pokok boleh hidup membesar. Jika di cabut langsung dikhuatiri anak pokok akan mati kerana kerosakan akar yang teruk, lebih-lebih lagi keadaan cuaca negara kita yang sangat panas membara.




Agak lama juga tanomkinotuan mendapatkan pokok strawberri alpine kuning ini membesar. Pertumbuhannya sangatlah lambat seperti tanomkinotuan menunggu emas jatuh di atas langit. Kadang-kadang tanomkinotuan terlupa kewujudan pokok ini sebab hasil yang lambat sehingga daun layu akibat terlupa disiram. Walau bagaimanapun, pokok strawberri alpine kuning masih berjaya tumbuh dengan baik. Tanomkinotuan menggunakan baja fellet tinja ayam terproses dan dispray baja folliar buatan sendiri. Merumput tidak dilakukan kerana pokok ini ditanam dalam pasu jadi jimat sedikit masa tanomkinotuan.

Selepas 4 bulan berlalu yakni pada penghujung bulan Januari 2018 muncullah kudup bunga warna putih dengan 5 kelopak mengelilingi buah siz kecil ditengahnya. Kini hasil pokok ini sudah tiba masanya untuk dinikmati, dengan kemunculan bunga pertama tersebut semangat tanomkinotuan kembali pulih dengan keterujaan dan kegembiraan pada level setinggi Gunung Kinabalu. Maka dengan itu tanomkinotuan mula membaja dan menyiram pokok mengikut jadual. Jangan disiram sehingga media basah lecun sentiasa takut akar diserang oleh kulat. Elok sekadar lembab sahaja tetapi disiram konsisten. 

Awal bulan Mac 2018 maka dua buah strawberri alpine kuning sudah masak dan tanomkinotuan tuai keduanya. Sambil mulut senyum sehingga ke telinga, tanomkinotuan memakannya dan wahhh buah manis dan sedikit masam. Pemerhatian tanomkinotuan. Cuaca panas dan kering membolehkan buah strawberri menjadi manis, musim hujan pula buah strawberri menjadi masam, Sama dengan pokok anggur yang ditanam di Malaysia. Sebab itulah ladang-ladang anggur di Malaysia menggunakan DIY agar dapat mengawal air sekitar ladang anggur.

Penantian tanomkinotuan kini berhasil. Pokok ini akan dibiakkan sebanyak yang boleh untuk mendapatkan hasil buah yang banyak. Jika banyak satu keluarga boleh makan. Dan yang penting sekali ialah memakan hasil tangan sendiri dapat jimat wang dari membeli buah strawberri di luar sana. Impian tanomkinotuan pada masa akan datang ingin membina DIY untuk menanam pelbagai variati strawberri, hanya turun ke laman dan menuai pelbagai jenis buah strawberri. Alangkah nikmatnya hal ini jika benar-benar berlaku kan? tetapi kenikmatan tersebut hanya ada dalam fikiran sahaja belum dapat direalisasikan ke alam nyata hihi.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan benih strawberri alpine kuning boleh dapatkan dengan tanomkinotuan. Sepeket rm2 (10 biji), kos pos: pos ekspress rm5, pos biasa rm2 atau pos laju rm12. maklumkan kepada tanomkinotuan di whatapp 019-5320756 atau email borosmomogun@gmail.com untuk info lanjut.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Strawberri Alpine Kuning Buah Sulung Di KBR


Pejam celik pejam celik sudah masuk ke ambang bulan Febuari 2018, macam sebulan rasanya 3 hari je. Masa memang cepat sangat berlalu. Enjin belum dimulakan lagi untuk azam 2018 sudah bertukar bulan. Apa-apa pun inilah lumrah kehidupan, kena hadapi dengan tabah, segala masalah ada cara penyelesaiannya cuma cepat atau lambat itu sahaja. Melalut ke mana pula ni hahahaha...




Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi satu lagi benih buncis yang boleh dikira rare atau jarang ditemui di negara kita. Lazimnya kita menyukai buncis hijau bulat yang dijual di pasar atau pasaraya. Ya siapa yang tidak kenal buncis hijau bulat. Masak tumis dengan telur dan sedikit sos tiram sangat-sangat mengujakan apatah lagi buncis masa telur kuning masin fuhhhhhhhh... isteri mu lalu depan pun tak pandang, cuba lah... tapi kalau isteri mu sound sikit jangan salahkan tanomkinotuan ya.. perbuatan anda tanggungjawab anda sendiri. hihi

Kejayaan dan keinginan mencuba menanam buncis ini sangat ketagih. Selepas kejayaan demi kejayaan menanam buncis, keinginan untuk mencuba menanam variati buncis lain berkobar-kobar. Harap keinginan ini tidak menyusutkan wang tanomkinotuan dalam simpanan bank. Jika tidak dikawal alamat ikat perut sehingga hujung bulanlah jawabnya. Apa tidaknya benih online terhidang depan mata cuma klik dan bayar. Inda kau kampisan kata orang Sabah, kiki.

Jadi dengan perasaan terkawal dan berpandukan iman tanomkinotuan menjelajah ke alam maya dengan melayari laman sesawang ke laman sesawang lainnya. Hingga laman sesawang bahasa Ferancis pun dilawati. Tanomkinotuan tidak tahu berbahasa Ferancis, tengok gambar-gambar sahaja. Maka didapati bahawa variti buncis sangat banyak ditanam di sebelah benua di sana. Terpandang buncis renek buah kuning. Eikkk buncis renek kuning, buncis renek ungu dah pernah tanam, buncis hijau renek sudah pernah tanam, so apa salahnya tanam buncis kuning renek ini. Mana tahu ada rezeki pokok buncis kuning menghiasi laman rumah kan?

Dengan mempertimbangkan segala-galanya tanomkinotuan membeli benih buncis online dan siap urusan pembelian. Sekarang ini era teknologi mudah dan cepat hanya tunggu kiriman sampai. Sambil menunggu kiriman benih sampai ke alamat yang diberikan tanomkinotuan menyediakan media campuran berkualiti tinggi khas untuk buncis kuning renek ini. Tanomkinotuan menggunakan beberapa bahan seperti cocopeat dan peatmoss, pasir sungai, kompos buatan sendiri dan sedikit perlite. Media campuran ini sangat poros dan kaya nutrient. Digaul bersama dan dimasukkan ke dalam plastik dan disiram cecair kencing cacing dan peram sehingga benih sampai. Tujuannya agar media tadi sebati dan pembentukan bakteria baik untuk kebaikan pokok tanaman.


Tahun ini tanomkinotuan menanam sayuran semuanya dalam polibag, pasu dan bekas terpilih. Tanomkinotuan merehatkan diri dahulu menanam sayuran menggunakan batas, sebab itu gambar-gambar sayuran kebelakangan ini semuanya dalam pasu atau polibag. Bukanlah bermaksud tanomkinotuan meminggirkan kaedah tradisional tetapi mengubah sedikit dari kebiasaan yakni menggunakan batas ke polibag dan pasu.

Tempoh 2 minggu sudah tiba dan benih buncis kuning renek sudah pun sampai ditangan tanomkinotuan. Apa lagi bertambah-tambah keterujaan dalam hati, gembira semacam. Melihat tulisan pembungkus sepatah haram tidak difahami, apa tidaknya tulisan dalam bahasa Perancis. Cuma lihat sahajalah yang termampu.

Ketibaan benih buncis renek ini menambah semangat tanomkinotuan untuk turun ke laman rumah pada pagi sabtu. Cuaca sangat baik dengan sang mentari malu-malu menunjukkan diri di celah-celah pepohonan belakang rumah. Kicauan burung sahut menyahut menandakan cuaca hari ini sangat baik hingga ke petang. Tanomkinotuan sedang 'membuat ramalan cuaca' pada pagi ini. Media yang telah siap diperap dikeluarkan dari plastik. Wahhhhh... selama dua minggu bakteria menjalankan kerja rutin dengan baik. Media kelihatan banyak tompokan putih di serata media. Ini tandanya tanah atau media bersedia untuk digunakan. Namun begitu tanomkinotuan mengambil pilihan untuk menyemai dalam cup plastik terlebih dahulu dan boleh disimpan ditempat selamat selama 2 hingga 3 minggu.

Selepas dua minggu tanomkinotuan alihkan anak pokok buncis kuning ke pasu yang telahpun diisi dengan media campuran yang telah diproses tempoh hari. Tidak sukar untuk mengalihkan anak pokok dari cup plastik ke pasu. Hati-hati untuk media dalam cup tu tak berderai atau pecah. Korek lubang ditengah pasu sedalam 4 inci atau ikut saiz dan tinggi media dalam cup plastik tersebut. Dengan perlahan-lahan pindahkan ke lubang dan timbus semula dengan tanah disekelilingnya. Tanomkinotuan menyimpan pasu ditempat separa teduh dahulu kerana sebelum ini anak pokok buncis renek kuning disimpan di tempat teduh, tanomkinotuan tidak mahu anak pokok terkejut dengan sinaran matahari terik.


Hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan genaplah 3 bulan lebih pokok buncis renek kuning telah membesar dengan jayanya. Mengeluarkan hasil buah yang sangat mengujakan. Bunga yang keluar dari celah-celah batangnya berwarna kuning susu dan transfomasi kepada buah berwarna hijau muda, sekali lagi dengan perlahan-lahan bertukar kepada warna kuning seperti dalam gambar di atas.

Tanomkinotuan menuai beberapa buah buncis kuning renek ini untuk dijadikan santapan tengahari, memang sedaplah rasa buncis ini. Aromanya sama dengan buncis hijau tu. Sudah dinamakan dengan buncis kan? haha


Kepada mereka yang meminati menanam buncis renek kuning boleh dapatkan dari tanomkinotuan. Hanya RM2 sepeket (5 biji), kos pos RM5 (Pos ekspress), Pos biasa rm2 dan pos laju rm12. Atau boleh layari website benih online di SINI untuk pelbagai benih yang available.

Jom menanam buncis renek dilaman rumah sendiri untuk bekalan sayur bebas kimia.






Buncis Kuning Renek Juga Meriah Buahnya.


Bermula pada tahun ini pembelian benih-benih dari blog tanomkinotuan.blogspot.com adalah boleh dibeli dari laman sesawang DISINI. Berikut panduan membuat pembelian benih menggunakan aplikasi telepon bimbit anda.






Taip alamat laman sesawang menggunakan http://www. tanomkinotuan.com dan paparan di atas akan muncul di skrin telepon bimbit anda. Klik 3 garis sebelah kiri di atas tersebut.





Setelah anda klik 3 garis sebelah kiri di atas maka paparan berikut akan keluar. Klik butang 'SHOP' untuk ke bahagian gambar-gambar benih.




Setelah butang 'SHOP' diklik maka anda akan dibawa ke bahagian gambar-gambar benih. Anda boleh scroll ke bawah untuk melihat benih mana yang anda hendak beli. Klik no 1,2,3,... di bawah untuk melihat pelbagai benih yang available.





Jika berminat dengan benih tersebut klik gambar tersebut dan anda akan dibawa ke bahagian gambar benih dan scroll ke bawah untuk membaca kenyataan mengenai benih.





Di bahagian kenyataan yang dipaparkan. Klik pada 'ADD TO CHART' untuk tempahan. Benih tersebut secara automatik akan masuk ke dalam bakul auto. Anda boleh meneruskan pembelian benih dan lakukan cara yang sama.




Apabila anda sudah selesai membeli, sila klik simbul bakul/keranjang sebelah kanan di atas. 





Anda akan di bawah ke paparan berikut, klik 'CHECKOUT'













Maka paparan berikut akan muncul di skrin telefon dan anda diminta untuk mengisi maklumat penting mengikut item-item yang terdapat dalam skrin. Isi maklumat tersebut dengan betul sehingga selesai. Info yang diberikan khususnya alamat akan digunakan untuk mengirimkan tempahan benih anda. Jangan lupa mengisi email anda, email anda akan menghantar bukti belian ke email anda sebagai rujukan. Pada telefon bimbit anda ia boleh discroll ke bawah.





Sila pilih kos pos di atas. Pastikan anda memilih kos yang betul dengan kuantiti benih yang dibeli. Makluman kepada pembeli:


1. Pos biasa rm2 - maksimum benih hanya 10 pek sahaja/ Keratan pokok, anak pokok dan biji bersiz besar tidak boleh menggunakan pos biasa.

2. Pos ekspress rm5 - maksimum benih hanya 25 sahaja/ Keratan pokok, anak pokok dan biji bersiz besar tidak boleh menggunakan pos ekspress.


3. Pos laju rm12 - terhad di bawah 500 gram, jika melebihi 500 gram bayaran ekstra akan dikenakan.





Dan klik 'place order' di bawah sekali untuk sempurnakan pembelian.













Tahniah, pembelian benih anda telah selesai. Langkah seterusnya ialah buat pembayaran melalui bank menggunakan CIMB bank click (Jusery Bin Jausin - 7037965706) atau maybank2u (Jusery Bin Jausin - 160090411250) secara berasingan. 




Setelah selesai untuk membuat bayaran transfer, copy bukti slip bayaran dan nombor tempahan anda (contoh: #1755, #1761) kemudian send ke email borosmomogun@gmail.com atau whatup 019-5320756. Selepas bukti bayaran diterima tempahan benih anda akan dipos ke alamat diberikan dengan memaklumkan kepada pembeli dan no tracking akan diberikan kecuali pos biasa (setem).

Sistem ini sama dengan sistem lama tetapi kebaikan membeli benih menggunakan laman ini anda sudah tidak perlu menulis, copy and paste gambar. Apa yang anda perlu buat ialah klik benih yang nak dibeli hingga selesai, paparan harga itulah yang anda transfer dari acc anda ke acc bank admin. Mudah dan jimat.

Tunggu benih sampai ke rumah atau sila gunakan no tracking untuk menjejaki keberadaan kiriman DISINI

Panduan Membeli Benih Online menggunakan Phone.


Bertemu kembali dalam ruangan ini. Tahun 2018 telah lama menjelang dan telah menguburkan kenangan-kenangan tahun 2017. Apa yang pasti jadikan kenangan lepas sebagai panduan hidup pada tahun 2018. Moga kita semua dalam keadaan sihat, murah rezeki dan paling penting adalah azam dan impian akan termakbul dengan jayanya.

Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi cara membuat kicap buatan sendiri dan pes kacang soya yang banyak dihasilkan di negara Korea sebagai rencah masakan mereka. Membuat kicap dan pes kacang soya sendiri mengambil masa 1 tahun lebih untuk menyiapkkannya, ini kerana kacang soya perlu diperam begitu lama untuk mendapatkan kicap dan pes soya yang berkualiti. Untuk entry ini tanomkinotuan tunjukkan cara awal menghasilkan blok kacang soya sehingga dikeringkan sahaja. Akan datang entry kedua dan ketiga akan menyusul.

Tanomkinotuan banyak melakukan kajian dari youtube dan website berkaitan bagi mendapatkan teknik dan cara betul membuat kicap dan pes kacang soya ini. 
Berikut adalah bahan yang diperlukan:

1. 1 kilo kacang soya organik
2. besen sederhana besar untuk merendam
3. Belanga untuk mendidihkan
4. Blander untuk menghancurkan

Cara menghasilkan blok kacang soya. 





Dapatkan 1 kilo biji kacang soya di pasaran. Pilih biji kacang soya yang segar, kurang kehitaman dan berwarna putih susu. Dapatkan biji kacang soya organik dan bebas kimia.




Cuci kacang soya sehingga bersih sekurang-kurangnya 3 kali dan asingkan biji yang kehitaman, terbelah dan rosak. Ini bagi mendapatkan biji kacang soya yang elok untuk penghasilkan blok kacang soya.

Masukkan biji kacang soya yang telah dicuci ke dalam besen dan tambah air sehingga menenggelamkan kacang soya tersebut. Rendam sehingga semalaman.





Setelah direndam semalaman, buang air rendaman tersebut dan cuci semula sekali untuk mengantikan air rendaman tadi kepada air bersih yang baharu.




Sediakan belanga atau periuk masukkan biji kacang soya ke dalam belanga tersebut dan tuang air bersih sehingga kacang soya tenggelam semuanya. Rebus selama 8 jam atau sehingga biji kacang soya telah benar-benar lembut. Untuk menentukan ianya sudah lembut picit menggunakan ibu jari dengan jari telunjuk. Jika ia pecah berderai itu tandanya biji kacang soya sudah sedia untuk langkah yang seterusnya.

Oleh kerana jimatkan masa, tanomkinotuan menggunakan periuk bertekanan tinggi merebus kacang soya dan hanya mengambil masa 55 minit sahaja. Setelah biji kacang soya menjadi lembut, cuci semula dan toskan.




Oleh kerana tanomkinotuan tidak mempunyai blander khas tidak menggunakan air maka tanomkinotuan menggunakan lesung batu untuk menghancurkan biji kacang soya tersebut. Tidak perlu 100 peratus hancur memadai 60 peratus biji kacang soya telah hancur dan masukkan ke dalam besen yang lain. Jika anda mempunyai blander jenis tidak menggunakan air, guna alat tersebut untuk jimat masa. Lakukan penghancuran benih kacang soya sehingga selesai.





Beginilah rupa kacang soya tersebut, bahagikan kacang soya hancur kepada 3 bahagian seperti dalam gambar. Jadikan blok empat segi. 




Beginilah blok kacang soya yang terhasil. Lakukan pembuatan blok kacang soya sehingga semuanya selesai. hati-hati ketika mengalihkan blok ini kerana ia mudah berderai atau patah.





Keringkan blok kacang soya di abwah sinaran matahari selama 2 minggu sehingga luarannya kering. Setiap 2 jam terbalikkan blog tersebut untuk mendapatkan kekeringan pada blok menjadi sekata.





Inilah blok kacang soya yang telah dijemur selama 2 minggu. Jika anda merasakan blok kacang soya tidak cukup kering tambah lagi menjemur selama 1 minggu.





Setelah kering dijemur selama dua minggu, ikat blok kacang soya seperti dalam gambar di atas dengan menggunakan tali rafia. Anda boleh menggunakan apa-apa tali yang difikirkan sesuai. Pada proses membuat blok kacang soya di Korea mereka menggunakan batang jerami padi untuk mengikat blok-blok tersebut bagi mendapatkan miroorganisma baik ke dalam blok kacang soya tersebut.

Sangkut kacang soya ditempat selamat dan bebas dari habuk atau pencemaran. Anda perlu gantung kacang soya ini di bawah sinaran matahari selama 3 bulan atau lebih. Berhati-hati terhadap serangan daripada serangga perosak. kadang-kadang serangga menjadikan blok kacang soya sebagai rumah untuk membiakkan telurnya. Apabila hal ini berlaku blok kacang soya anda sudah tidak boleh digunakan untuk membuat kicap dan pes kacang soya. Aromanya sudah berubah.

Selamat bertani dan menuai hasil.


Panduan Membuat Kicap dan Pes Kacang Soya (Pos pertama)


Pokok Blueberry ditanam pada media berasid


Apakah itu kompos erikasus?

Erikasus atau Bahasa English Ericaceous adalah terma yang digunakan untuk tumbuhan dalam keluarga Ericaceae yakni tumbuhan yang hanya boleh tumbuh subur dan baik dalam jenis tanah berasid. Pembaca harus memahami tumbuhan yang tumbuh subur pada nilai PH tanah 6.7 - 7.0 tanah jenis neutral dan tumbuhan yang hidup subur dalam jenis tanah berasid (Nilai PH 4.5-5.5). Berikut adalah sub-keluarga tumbuhan/tanaman yang tumbuh subur pada tanah berasid:

  • Rhododendron
  • Camelia
  • Cranberry
  • Blueberry
  • Azalea
  • Gardenia
  • Pieris
  • Hydrangea
  • Viburnum
  • Mognolia
  • Bleeding heart
  • Holly
  • Lupine
  • Juniper
  • Pachysandra
  • fern
  • Aster
  • Japanese maple

Apabila tanomkinotuan senaraikan nama-nama tumbuhan di atas bermaksud kesemua jenis dan variati setiap nama-nama di atas. Oleh yang demikian kepada pembaca yang ingin menanam salah satu jenis tumbuhan di atas pastikan menggunakan media atau tanah berasid dalam PH 4.5-5.5. Bagaimana cara mengukur nilai PH tanah tersebut, anda kenalah beli pengukur nilai PH tanah yang ada dalam pasaran untuk memudahkan anda untuk mengurus media tersebut secara konsisten.


Bagaimana membuat kompos erikasus?

Untuk memudahkan kita mendapatkan media atau tanah berasid, kita sebenarnya boleh membuat kompos media erikasus atau kompos berasid sendiri di rumah. Ia tidaklah susah sangat. Teknik dan kaedah sama seperti membuat kompos biasa tetapi bahan-bahan yang digunakan adalah terpilih. 

Tidak ada resepi khas dan autentik untuk membuat kompos erikasus, Cumanya untuk membuat kompos erikasus ini tidak perlu menambah kapur pertanian dalam proses pembuatan kompos erikasus tersebut. Kapur pertanian bertujuan untuk mengekalkan nilai ph neutral di mana sangat bertentangan dengan tujuan membuat kompos erikasus tersebut.


Anda harus mencari bahan-bahan yang mempunyai kandungan asid tinggi apabila bahan tersebut reput seperti sisa buangan kopi, daun pokok pine (boleh guna pokok yang digunakan untuk perayaan krismas tu), dan juga daun pokok oak. Nak cari pokok oak kat sini mana hendak perolehi?

Buat lapisan demi lapisan setinggi 5 kaki di mana masukkan daun pokok pine ke dalam tong yang telah ditebuk. Daun pokok pine membantu menambah asid dalam kompos tersebut, lapisi dengan daun oak dan sisa buangan kopi secara berurutan. Tabur 1 cup tanah kebun untuk membantu pereputan kerana tanah mengandungi mikroorganisma pengurai yang baik. Anda boleh menambah 1 cup baja organik butir untuk nutrient dalam kompos tersebut. Kemudian siram dengan air yang secukupnya. Ulang proses tersebut sehingga selesai dan simpan tong kompos anda di tempat selamat. Boleh menambah proses di atas jika kompos tersebut sudah mula mengurang dalam tong. Tunggu sehingga 3 bulan ke atas untuk digunakan dalam penanaman pokok anda.



Bagaimana menggunakan kompos erikasus?

Apabila kompos erikasus sudah cukup matang dalam pengomposan, bau kompos tersebut seperti bau tanah biasa dan tidak beraroma busuk. 

Anda boleh menggunakan kompos erikasus ini untuk menyemai benih atau menanam anak pokok dalam pasu bagi tumbuhan yang tumbuh dalam tanah berasid seperti pokok blueberry, pokok cranberry dan sebagainya. Maksudnya untuk menyemai benih blueberry dan semua jenis berry wajib menggunakan media berasid.


Campurkan 2 bahagian peatmoss ke dalam bekas bersaiz besar, tambah 1 bahagian kompos erikasus, 1 bahagian pasir, 1 bahagian perlite dan 1 bahagian tanah kebun. Gaul kesemua bahan dalam satu bekas sehingga sebati. Bolehlah dimasukkan ke dalam pasu besar atau bekas semaian untuk proses menyemai benih yang ingin di semai.

Peringatan kepada para pembaca yang budiman, kompos eriksus tidak sesuai ditanam dengan benih yang menyukai tanah ph neutral (6.5-7.5). Jika menanam tumbuhan/tanaman seperti ini sila guna media kompos biasa yang banyak dijual di pasaran atau membuat media campuran biasa di rumah. Jimat duit dan tenaga.

Di negara barat kompos erikasus ada dijual di kedai-kedai pertanian dan nusery mereka bagi menampung keperluan menanam pokok yang sesuai tumbuh pada media berasid. Ia dipanggil dalam pembungkusnya seperti ericaceous compost. Jika anda mempunyai duit lebih boleh dapatkan kompos erikasus ini untuk menyemai benih blueberry dan cranberry.

Semoga entry ini membantu para pembaca untuk cara-cara menanam pokok atau tanaman yang tumbuh elok pada media berasid. Dengan itu pokok anda akan hidup subur dan mendapatkan hasil buah yang lumayan untuk dinikmati oleh anda dan keluarga anda. Jom membuat kompos erikasus...

Selamat bertani dan menuai hasil.

Apakah Dimaksudkan Kompos Erikakus: Maklumat Dan Tanaman Untuk Kompos Berasid


Kesibukan awal tahun menyebabkan blog terabai seketika. Wajib laksanakan dahulu semua tugasan yang harus disiapkan segera barulah boleh melakukan akriviti sampingan seperti menambah entry pos dalam blog.

Tidak ketinggalan saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Moga tahun ini mampu memperolehi kebaikan dan kehidupan yang bahagia. Tanomkinotuan ingin memperbaiki mutu penjualan benih secara online dan mampu milik. Hari ini tanomkinotuan berkongsi gambar-gambar sayuran dan herba sebagai tatapan pembaca. 



Sudah 4 kali tanomkinotuan menanam bendi arab ini (Star Of David Okra), Buah kontot gemuk. Enak cicah sambal belacan. Hihi




Ini adalah daun sup kerintingm daun halus kecil dan bila dilihat dari jauh seakan-akan kerinting. Aroma jauh berbeza dengan daun sup yang banyak dijual di pasaran. Sangat berkhasiat bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan. Kisar daunnya dan campur sedikit air. Minum airnya ketika perut masih kosong.




Pokok bangun-bangun atau pokok oregano ini mempunyai aroma yang sangat kuat. Ia sangat mujarab mengubati selsema dan batik-batik dengan mengambil 5 helai daun, bersihkan dan tuang dengan air panas. Sejukan dan boleh minum pagi dan petang sehingga selsema dan batuk reda.




Kacang pelita adalah tumbuhan berasal dari Thai dan sekitarnya. Buah enak dimasak sebagai sayur. 




Terung Ungu panjang ini tanomkinotuan tanam untuk mendapatkan benihnya. Kadang-kadang buah dituai untuk dijadikan sayur hihi.




Tumbuhan ini juga digelar oregano. Aroma tidak jauh beza dengan oregano di atas itu tadi. Jika hendak memerap daging boleh letak daun oregano ini untuk hilangkan hanyir.





Selalu kita jumpa tutan hijau saiz kecil kan? hari ini tanomkinotuan tunjukkan pucuk ranti gajah atau tutan gajah di mana pokok, buah dan daun sangat besar berbanding dengan tutan hijau jenis biasa yang banyak dijual di pasar. Buah dan pucuk muda boleh dimakan sebagai sayur. 



Terung ungu jepun ini sangat besar buahnya. Sesuai dengan cuaca di negara kita ia tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah terung yang banyak.




Akhir sekali ialah anak pokok Globe Artichoke ini semakin membesar dalam pasu. Ia diletakkan diluar sahaja dengan panas dan hujan. Pokok masih membesar dengan jayanya. Tunggu 3 tahun baru dapat merasa buah seakan kudup bunga yang belum kembang. Tanomkinotuan sangat teruja dengan pokok ini. 

Inilah sebahagian tanaman tanomkinotuan yang masih kekal di awal tahun 2018. Kesibukan melanda menyebabkan blog ini lama tidak dijenguk. In sha Allah apabila siap semuanya tanomkinotuan akan rajinkan diri untuk update apa yang perlu.

Untuk makluman semua, entry pos jual benih online tanomkinotuan sudah tamatkan perkhidmatannya. Ia ditukar ke laman sesawang benih online yang boleh di jejaki disini. Anda boleh membeli benih online di laman sesawang tersebut dengan mudah dan cepat. Selamat membeli dan selamat bertani.

Jenis sayuran dan Herba Awal Tahun 2018