Halaman

    Social Items

Visit Namina Blog

Bermula pada tahun ini pembelian benih-benih dari blog tanomkinotuan.blogspot.com adalah boleh dibeli dari laman sesawang DISINI. Berikut panduan membuat pembelian benih menggunakan aplikasi telepon bimbit anda.






Taip alamat laman sesawang menggunakan http://www. tanomkinotuan.com dan paparan di atas akan muncul di skrin telepon bimbit anda. Klik 3 garis sebelah kiri di atas tersebut.





Setelah anda klik 3 garis sebelah kiri di atas maka paparan berikut akan keluar. Klik butang 'SHOP' untuk ke bahagian gambar-gambar benih.




Setelah butang 'SHOP' diklik maka anda akan dibawa ke bahagian gambar-gambar benih. Anda boleh scroll ke bawah untuk melihat benih mana yang anda hendak beli. Klik no 1,2,3,... di bawah untuk melihat pelbagai benih yang available.





Jika berminat dengan benih tersebut klik gambar tersebut dan anda akan dibawa ke bahagian gambar benih dan scroll ke bawah untuk membaca kenyataan mengenai benih.





Di bahagian kenyataan yang dipaparkan. Klik pada 'ADD TO CHART' untuk tempahan. Benih tersebut secara automatik akan masuk ke dalam bakul auto. Anda boleh meneruskan pembelian benih dan lakukan cara yang sama.




Apabila anda sudah selesai membeli, sila klik simbul bakul/keranjang sebelah kanan di atas. 





Anda akan di bawah ke paparan berikut, klik 'CHECKOUT'













Maka paparan berikut akan muncul di skrin telefon dan anda diminta untuk mengisi maklumat penting mengikut item-item yang terdapat dalam skrin. Isi maklumat tersebut dengan betul sehingga selesai. Info yang diberikan khususnya alamat akan digunakan untuk mengirimkan tempahan benih anda. Jangan lupa mengisi email anda, email anda akan menghantar bukti belian ke email anda sebagai rujukan. Pada telefon bimbit anda ia boleh discroll ke bawah.





Sila pilih kos pos di atas. Pastikan anda memilih kos yang betul dengan kuantiti benih yang dibeli. Makluman kepada pembeli:


1. Pos biasa rm2 - maksimum benih hanya 10 pek sahaja/ Keratan pokok, anak pokok dan biji bersiz besar tidak boleh menggunakan pos biasa.

2. Pos ekspress rm5 - maksimum benih hanya 25 sahaja/ Keratan pokok, anak pokok dan biji bersiz besar tidak boleh menggunakan pos ekspress.


3. Pos laju rm12 - terhad di bawah 500 gram, jika melebihi 500 gram bayaran ekstra akan dikenakan.





Dan klik 'place order' di bawah sekali untuk sempurnakan pembelian.













Tahniah, pembelian benih anda telah selesai. Langkah seterusnya ialah buat pembayaran melalui bank menggunakan CIMB bank click (Jusery Bin Jausin - 7037965706) atau maybank2u (Jusery Bin Jausin - 160090411250) secara berasingan. 




Setelah selesai untuk membuat bayaran transfer, copy bukti slip bayaran dan nombor tempahan anda (contoh: #1755, #1761) kemudian send ke email borosmomogun@gmail.com atau whatup 019-5320756. Selepas bukti bayaran diterima tempahan benih anda akan dipos ke alamat diberikan dengan memaklumkan kepada pembeli dan no tracking akan diberikan kecuali pos biasa (setem).

Sistem ini sama dengan sistem lama tetapi kebaikan membeli benih menggunakan laman ini anda sudah tidak perlu menulis, copy and paste gambar. Apa yang anda perlu buat ialah klik benih yang nak dibeli hingga selesai, paparan harga itulah yang anda transfer dari acc anda ke acc bank admin. Mudah dan jimat.

Tunggu benih sampai ke rumah atau sila gunakan no tracking untuk menjejaki keberadaan kiriman DISINI

Panduan Membeli Benih Online menggunakan Phone.


Bertemu kembali dalam ruangan ini. Tahun 2018 telah lama menjelang dan telah menguburkan kenangan-kenangan tahun 2017. Apa yang pasti jadikan kenangan lepas sebagai panduan hidup pada tahun 2018. Moga kita semua dalam keadaan sihat, murah rezeki dan paling penting adalah azam dan impian akan termakbul dengan jayanya.

Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi cara membuat kicap buatan sendiri dan pes kacang soya yang banyak dihasilkan di negara Korea sebagai rencah masakan mereka. Membuat kicap dan pes kacang soya sendiri mengambil masa 1 tahun lebih untuk menyiapkkannya, ini kerana kacang soya perlu diperam begitu lama untuk mendapatkan kicap dan pes soya yang berkualiti. Untuk entry ini tanomkinotuan tunjukkan cara awal menghasilkan blok kacang soya sehingga dikeringkan sahaja. Akan datang entry kedua dan ketiga akan menyusul.

Tanomkinotuan banyak melakukan kajian dari youtube dan website berkaitan bagi mendapatkan teknik dan cara betul membuat kicap dan pes kacang soya ini. 
Berikut adalah bahan yang diperlukan:

1. 1 kilo kacang soya organik
2. besen sederhana besar untuk merendam
3. Belanga untuk mendidihkan
4. Blander untuk menghancurkan

Cara menghasilkan blok kacang soya. 





Dapatkan 1 kilo biji kacang soya di pasaran. Pilih biji kacang soya yang segar, kurang kehitaman dan berwarna putih susu. Dapatkan biji kacang soya organik dan bebas kimia.




Cuci kacang soya sehingga bersih sekurang-kurangnya 3 kali dan asingkan biji yang kehitaman, terbelah dan rosak. Ini bagi mendapatkan biji kacang soya yang elok untuk penghasilkan blok kacang soya.

Masukkan biji kacang soya yang telah dicuci ke dalam besen dan tambah air sehingga menenggelamkan kacang soya tersebut. Rendam sehingga semalaman.





Setelah direndam semalaman, buang air rendaman tersebut dan cuci semula sekali untuk mengantikan air rendaman tadi kepada air bersih yang baharu.




Sediakan belanga atau periuk masukkan biji kacang soya ke dalam belanga tersebut dan tuang air bersih sehingga kacang soya tenggelam semuanya. Rebus selama 8 jam atau sehingga biji kacang soya telah benar-benar lembut. Untuk menentukan ianya sudah lembut picit menggunakan ibu jari dengan jari telunjuk. Jika ia pecah berderai itu tandanya biji kacang soya sudah sedia untuk langkah yang seterusnya.

Oleh kerana jimatkan masa, tanomkinotuan menggunakan periuk bertekanan tinggi merebus kacang soya dan hanya mengambil masa 55 minit sahaja. Setelah biji kacang soya menjadi lembut, cuci semula dan toskan.




Oleh kerana tanomkinotuan tidak mempunyai blander khas tidak menggunakan air maka tanomkinotuan menggunakan lesung batu untuk menghancurkan biji kacang soya tersebut. Tidak perlu 100 peratus hancur memadai 60 peratus biji kacang soya telah hancur dan masukkan ke dalam besen yang lain. Jika anda mempunyai blander jenis tidak menggunakan air, guna alat tersebut untuk jimat masa. Lakukan penghancuran benih kacang soya sehingga selesai.





Beginilah rupa kacang soya tersebut, bahagikan kacang soya hancur kepada 3 bahagian seperti dalam gambar. Jadikan blok empat segi. 




Beginilah blok kacang soya yang terhasil. Lakukan pembuatan blok kacang soya sehingga semuanya selesai. hati-hati ketika mengalihkan blok ini kerana ia mudah berderai atau patah.





Keringkan blok kacang soya di abwah sinaran matahari selama 2 minggu sehingga luarannya kering. Setiap 2 jam terbalikkan blog tersebut untuk mendapatkan kekeringan pada blok menjadi sekata.





Inilah blok kacang soya yang telah dijemur selama 2 minggu. Jika anda merasakan blok kacang soya tidak cukup kering tambah lagi menjemur selama 1 minggu.





Setelah kering dijemur selama dua minggu, ikat blok kacang soya seperti dalam gambar di atas dengan menggunakan tali rafia. Anda boleh menggunakan apa-apa tali yang difikirkan sesuai. Pada proses membuat blok kacang soya di Korea mereka menggunakan batang jerami padi untuk mengikat blok-blok tersebut bagi mendapatkan miroorganisma baik ke dalam blok kacang soya tersebut.

Sangkut kacang soya ditempat selamat dan bebas dari habuk atau pencemaran. Anda perlu gantung kacang soya ini di bawah sinaran matahari selama 3 bulan atau lebih. Berhati-hati terhadap serangan daripada serangga perosak. kadang-kadang serangga menjadikan blok kacang soya sebagai rumah untuk membiakkan telurnya. Apabila hal ini berlaku blok kacang soya anda sudah tidak boleh digunakan untuk membuat kicap dan pes kacang soya. Aromanya sudah berubah.

Selamat bertani dan menuai hasil.


Panduan Membuat Kicap dan Pes Kacang Soya (Pos pertama)


Pokok Blueberry ditanam pada media berasid


Apakah itu kompos erikasus?

Erikasus atau Bahasa English Ericaceous adalah terma yang digunakan untuk tumbuhan dalam keluarga Ericaceae yakni tumbuhan yang hanya boleh tumbuh subur dan baik dalam jenis tanah berasid. Pembaca harus memahami tumbuhan yang tumbuh subur pada nilai PH tanah 6.7 - 7.0 tanah jenis neutral dan tumbuhan yang hidup subur dalam jenis tanah berasid (Nilai PH 4.5-5.5). Berikut adalah sub-keluarga tumbuhan/tanaman yang tumbuh subur pada tanah berasid:

  • Rhododendron
  • Camelia
  • Cranberry
  • Blueberry
  • Azalea
  • Gardenia
  • Pieris
  • Hydrangea
  • Viburnum
  • Mognolia
  • Bleeding heart
  • Holly
  • Lupine
  • Juniper
  • Pachysandra
  • fern
  • Aster
  • Japanese maple

Apabila tanomkinotuan senaraikan nama-nama tumbuhan di atas bermaksud kesemua jenis dan variati setiap nama-nama di atas. Oleh yang demikian kepada pembaca yang ingin menanam salah satu jenis tumbuhan di atas pastikan menggunakan media atau tanah berasid dalam PH 4.5-5.5. Bagaimana cara mengukur nilai PH tanah tersebut, anda kenalah beli pengukur nilai PH tanah yang ada dalam pasaran untuk memudahkan anda untuk mengurus media tersebut secara konsisten.


Bagaimana membuat kompos erikasus?

Untuk memudahkan kita mendapatkan media atau tanah berasid, kita sebenarnya boleh membuat kompos media erikasus atau kompos berasid sendiri di rumah. Ia tidaklah susah sangat. Teknik dan kaedah sama seperti membuat kompos biasa tetapi bahan-bahan yang digunakan adalah terpilih. 

Tidak ada resepi khas dan autentik untuk membuat kompos erikasus, Cumanya untuk membuat kompos erikasus ini tidak perlu menambah kapur pertanian dalam proses pembuatan kompos erikasus tersebut. Kapur pertanian bertujuan untuk mengekalkan nilai ph neutral di mana sangat bertentangan dengan tujuan membuat kompos erikasus tersebut.


Anda harus mencari bahan-bahan yang mempunyai kandungan asid tinggi apabila bahan tersebut reput seperti sisa buangan kopi, daun pokok pine (boleh guna pokok yang digunakan untuk perayaan krismas tu), dan juga daun pokok oak. Nak cari pokok oak kat sini mana hendak perolehi?

Buat lapisan demi lapisan setinggi 5 kaki di mana masukkan daun pokok pine ke dalam tong yang telah ditebuk. Daun pokok pine membantu menambah asid dalam kompos tersebut, lapisi dengan daun oak dan sisa buangan kopi secara berurutan. Tabur 1 cup tanah kebun untuk membantu pereputan kerana tanah mengandungi mikroorganisma pengurai yang baik. Anda boleh menambah 1 cup baja organik butir untuk nutrient dalam kompos tersebut. Kemudian siram dengan air yang secukupnya. Ulang proses tersebut sehingga selesai dan simpan tong kompos anda di tempat selamat. Boleh menambah proses di atas jika kompos tersebut sudah mula mengurang dalam tong. Tunggu sehingga 3 bulan ke atas untuk digunakan dalam penanaman pokok anda.



Bagaimana menggunakan kompos erikasus?

Apabila kompos erikasus sudah cukup matang dalam pengomposan, bau kompos tersebut seperti bau tanah biasa dan tidak beraroma busuk. 

Anda boleh menggunakan kompos erikasus ini untuk menyemai benih atau menanam anak pokok dalam pasu bagi tumbuhan yang tumbuh dalam tanah berasid seperti pokok blueberry, pokok cranberry dan sebagainya. Maksudnya untuk menyemai benih blueberry dan semua jenis berry wajib menggunakan media berasid.


Campurkan 2 bahagian peatmoss ke dalam bekas bersaiz besar, tambah 1 bahagian kompos erikasus, 1 bahagian pasir, 1 bahagian perlite dan 1 bahagian tanah kebun. Gaul kesemua bahan dalam satu bekas sehingga sebati. Bolehlah dimasukkan ke dalam pasu besar atau bekas semaian untuk proses menyemai benih yang ingin di semai.

Peringatan kepada para pembaca yang budiman, kompos eriksus tidak sesuai ditanam dengan benih yang menyukai tanah ph neutral (6.5-7.5). Jika menanam tumbuhan/tanaman seperti ini sila guna media kompos biasa yang banyak dijual di pasaran atau membuat media campuran biasa di rumah. Jimat duit dan tenaga.

Di negara barat kompos erikasus ada dijual di kedai-kedai pertanian dan nusery mereka bagi menampung keperluan menanam pokok yang sesuai tumbuh pada media berasid. Ia dipanggil dalam pembungkusnya seperti ericaceous compost. Jika anda mempunyai duit lebih boleh dapatkan kompos erikasus ini untuk menyemai benih blueberry dan cranberry.

Semoga entry ini membantu para pembaca untuk cara-cara menanam pokok atau tanaman yang tumbuh elok pada media berasid. Dengan itu pokok anda akan hidup subur dan mendapatkan hasil buah yang lumayan untuk dinikmati oleh anda dan keluarga anda. Jom membuat kompos erikasus...

Selamat bertani dan menuai hasil.

Apakah Dimaksudkan Kompos Erikakus: Maklumat Dan Tanaman Untuk Kompos Berasid


Kesibukan awal tahun menyebabkan blog terabai seketika. Wajib laksanakan dahulu semua tugasan yang harus disiapkan segera barulah boleh melakukan akriviti sampingan seperti menambah entry pos dalam blog.

Tidak ketinggalan saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Moga tahun ini mampu memperolehi kebaikan dan kehidupan yang bahagia. Tanomkinotuan ingin memperbaiki mutu penjualan benih secara online dan mampu milik. Hari ini tanomkinotuan berkongsi gambar-gambar sayuran dan herba sebagai tatapan pembaca. 



Sudah 4 kali tanomkinotuan menanam bendi arab ini (Star Of David Okra), Buah kontot gemuk. Enak cicah sambal belacan. Hihi




Ini adalah daun sup kerintingm daun halus kecil dan bila dilihat dari jauh seakan-akan kerinting. Aroma jauh berbeza dengan daun sup yang banyak dijual di pasaran. Sangat berkhasiat bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan. Kisar daunnya dan campur sedikit air. Minum airnya ketika perut masih kosong.




Pokok bangun-bangun atau pokok oregano ini mempunyai aroma yang sangat kuat. Ia sangat mujarab mengubati selsema dan batik-batik dengan mengambil 5 helai daun, bersihkan dan tuang dengan air panas. Sejukan dan boleh minum pagi dan petang sehingga selsema dan batuk reda.




Kacang pelita adalah tumbuhan berasal dari Thai dan sekitarnya. Buah enak dimasak sebagai sayur. 




Terung Ungu panjang ini tanomkinotuan tanam untuk mendapatkan benihnya. Kadang-kadang buah dituai untuk dijadikan sayur hihi.




Tumbuhan ini juga digelar oregano. Aroma tidak jauh beza dengan oregano di atas itu tadi. Jika hendak memerap daging boleh letak daun oregano ini untuk hilangkan hanyir.





Selalu kita jumpa tutan hijau saiz kecil kan? hari ini tanomkinotuan tunjukkan pucuk ranti gajah atau tutan gajah di mana pokok, buah dan daun sangat besar berbanding dengan tutan hijau jenis biasa yang banyak dijual di pasar. Buah dan pucuk muda boleh dimakan sebagai sayur. 



Terung ungu jepun ini sangat besar buahnya. Sesuai dengan cuaca di negara kita ia tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah terung yang banyak.




Akhir sekali ialah anak pokok Globe Artichoke ini semakin membesar dalam pasu. Ia diletakkan diluar sahaja dengan panas dan hujan. Pokok masih membesar dengan jayanya. Tunggu 3 tahun baru dapat merasa buah seakan kudup bunga yang belum kembang. Tanomkinotuan sangat teruja dengan pokok ini. 

Inilah sebahagian tanaman tanomkinotuan yang masih kekal di awal tahun 2018. Kesibukan melanda menyebabkan blog ini lama tidak dijenguk. In sha Allah apabila siap semuanya tanomkinotuan akan rajinkan diri untuk update apa yang perlu.

Untuk makluman semua, entry pos jual benih online tanomkinotuan sudah tamatkan perkhidmatannya. Ia ditukar ke laman sesawang benih online yang boleh di jejaki disini. Anda boleh membeli benih online di laman sesawang tersebut dengan mudah dan cepat. Selamat membeli dan selamat bertani.

Jenis sayuran dan Herba Awal Tahun 2018