Halaman

    Social Items

Visit Namina Blog

Tanomkinotuan mempunyai fiil yang menyukai mencari benih-benih luar negara untuk ditanam di negara kita, hanya sebagai hobi sahaja. Jika berjaya benih tersebut menjadi pokok yang menghasilkan buah, semacam satu kepuasan dan keterujaan yang sangat berbaloi. Inilah ciri yang wajib ada pada seseorang petani sambilan mahupun petani sepenuh masa. Tetapi tidak semua benih dari luar negara berjaya ditanam. Ada benih yang tidak berjaya dan sebaliknya. Dengan itu tidak ada istilah putus asa, kena cuba dan cuba lagi untuk menyemai.





Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi satu jenis pokok strawberri yang kurang diberi perhatian di negara ini. Lazimnya pembaca sekalian akan terpancar dalam fikiran bahawa bila menyebut strawberri apa yang terlintas ialah buah saiz besar, berwarna merah dan masam-masam manis. hihi Tetapi tahukah anda bahawa pokok strawberri mempunyai banyak variati, saiz buah dan warna berbeza mengikut jenis dan asalnya.

Terdapat dua jenis variati strawberri yang umum iaitu pertama dikenali sebagai Fragaria vesca dan Fragaria ananassa. Pokok strawberri jenis Fragaria vesca ini adalah jenis strawberry liar, atau juga dikenali sebagai woodland strawberry, Alpine strawberry, Carpahtian strawberry, European strawberry atau fraisier des bios, Hari ini tanomkinotuan membincangan variati Fragaris vesca iaitu Alpine strawberri kuning. Untuk makluman pembaca strawberri alpine kuning adalah jenis everbearing / tahunan, everbearing bermaksud alpine strawberri kuning menghasilkan buah sepanjang tahun atau jenis strawberry tahunan. Buah strawberri jenis Fragaria ananassa pula adalah jenis buah yang banyak dijual di pasaran di mana buah bersaiz besar.

Melihat kawan-kawan di facebook mula berkongsi gambar pokok strawberri yang sangat subur dan elok pertumbuhannya sehingga lah menuai buah strawberri yang sangat banyak. Tanomkinotuan sangat kagum dan teruja dengan kebolehan mereka untuk menjaga pokok ini sehingga menuai hasil. Bukan calang-calang orang yang boleh menjaga pokok strawberri ini, strawberri antara pokok yang cerewet untuk ditanam. tetapi itu tidak mematahkan semangat tanomkinotuan untuk mencuba menanam pokok strawberri. Dengan ilmu zero mengenai strawberri, tanomkinotuan sekali lagi berguru dengan pak google. Semua laman sesawang mengenai strawberri dibaca walaupun penguasaan bahasa English tersangatlah lemah. daripada langsung tidak tahu elok membaca untuk tambah ilmu kan?

Tanomkinotuan sekali lagi teruja dengan strawberri jenis liar yakni strawberri alpine kuning. tanomkinotuan sekali lagi berurusan pembelian benih melalui laman sesawang tersebut. Agak mahal lah juga jika dibandingkan dengan nilai mata wang kita. Oleh kerana tanomkinotuan hanya mempunyai media jenis peatmoss, inilah media digunakan untuk menyemai benih tersebut, Tanomkinotuan tidak ikut saranan yang dibuat oleh pakar-pakar penanam strawberri luar negara di mana harus menyimpan benih dalam peti sejuk selama 3 minggu barulah ditanam dalam pasu. Tanomkinotuan langsung tabur di atas peatmoss dan spray dengan air. Pertumbuhannya sangat perlahan, ia mengambil masa selama 3 minggu untuk bercambah.

Selepas 3 minggu tanomkinotuan alihkan anak pokok strawberri  alpine kuning ke pasu dengan sangat berhati-hati. Cara tanomkinotuan mengalihkan anak pokok ialah dengan cucuk tanah sekeliling pangkal pokok dan korek bersama-sama anak pokok agar anak pokok strawberri tidak cepat mati dan kebarangkalian anak pokok boleh hidup membesar. Jika di cabut langsung dikhuatiri anak pokok akan mati kerana kerosakan akar yang teruk, lebih-lebih lagi keadaan cuaca negara kita yang sangat panas membara.




Agak lama juga tanomkinotuan mendapatkan pokok strawberri alpine kuning ini membesar. Pertumbuhannya sangatlah lambat seperti tanomkinotuan menunggu emas jatuh di atas langit. Kadang-kadang tanomkinotuan terlupa kewujudan pokok ini sebab hasil yang lambat sehingga daun layu akibat terlupa disiram. Walau bagaimanapun, pokok strawberri alpine kuning masih berjaya tumbuh dengan baik. Tanomkinotuan menggunakan baja fellet tinja ayam terproses dan dispray baja folliar buatan sendiri. Merumput tidak dilakukan kerana pokok ini ditanam dalam pasu jadi jimat sedikit masa tanomkinotuan.

Selepas 4 bulan berlalu yakni pada penghujung bulan Januari 2018 muncullah kudup bunga warna putih dengan 5 kelopak mengelilingi buah siz kecil ditengahnya. Kini hasil pokok ini sudah tiba masanya untuk dinikmati, dengan kemunculan bunga pertama tersebut semangat tanomkinotuan kembali pulih dengan keterujaan dan kegembiraan pada level setinggi Gunung Kinabalu. Maka dengan itu tanomkinotuan mula membaja dan menyiram pokok mengikut jadual. Jangan disiram sehingga media basah lecun sentiasa takut akar diserang oleh kulat. Elok sekadar lembab sahaja tetapi disiram konsisten. 

Awal bulan Mac 2018 maka dua buah strawberri alpine kuning sudah masak dan tanomkinotuan tuai keduanya. Sambil mulut senyum sehingga ke telinga, tanomkinotuan memakannya dan wahhh buah manis dan sedikit masam. Pemerhatian tanomkinotuan. Cuaca panas dan kering membolehkan buah strawberri menjadi manis, musim hujan pula buah strawberri menjadi masam, Sama dengan pokok anggur yang ditanam di Malaysia. Sebab itulah ladang-ladang anggur di Malaysia menggunakan DIY agar dapat mengawal air sekitar ladang anggur.

Penantian tanomkinotuan kini berhasil. Pokok ini akan dibiakkan sebanyak yang boleh untuk mendapatkan hasil buah yang banyak. Jika banyak satu keluarga boleh makan. Dan yang penting sekali ialah memakan hasil tangan sendiri dapat jimat wang dari membeli buah strawberri di luar sana. Impian tanomkinotuan pada masa akan datang ingin membina DIY untuk menanam pelbagai variati strawberri, hanya turun ke laman dan menuai pelbagai jenis buah strawberri. Alangkah nikmatnya hal ini jika benar-benar berlaku kan? tetapi kenikmatan tersebut hanya ada dalam fikiran sahaja belum dapat direalisasikan ke alam nyata hihi.

Kepada mereka yang ingin mendapatkan benih strawberri alpine kuning boleh dapatkan dengan tanomkinotuan. Sepeket rm2 (10 biji), kos pos: pos ekspress rm5, pos biasa rm2 atau pos laju rm12. maklumkan kepada tanomkinotuan di whatapp 019-5320756 atau email borosmomogun@gmail.com untuk info lanjut.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Strawberri Alpine Kuning Buah Sulung Di KBR