Halaman

    Social Items

Visit Namina Blog

Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca yang dihormati. Hari Sabtu yang sangat bahagia dan dinanti-nantikan oleh sesetengah orang kerana bolehlah merehatkan diri selepas 5 hari bekerja. Juga hari yang sesuai untuk turun ke mini kebun dilaman rumah bagi meneruskan kerja-kerja yang tergendala seketika atau pun bolehlah melakukan apa-apa aktiviti yang difikirkan sesuai.

Hari Sabatu tanomkinotuan berkampung di sekolah kerana terlibat dengan program kokum yang sudah lama dirancang. Jadi tanomkinotuan terbayang-bayang tanaman di rumah, lazimnya sabtu ni tanomkinotuan melakukan rutin menyiram, menanam, menyakul dan merumput. Namun apa-apa pun kerja utama harus diutamakan. 

Pada 2 minggu lepas tanomkinotuan menuai keledek yang ditanam di belakang rumah. Keledek jenis dwarf di mana pokok merayap tidaklah terlalu jauh tetapi menghasilkan umbisi yang banyak. Isi berwarna kuning dengan kulitnya berwarna merah gelap. Antara keledek yang banyak ditanam di Sabah selain dari keledek ungu jepun dan sebagainya. 




Keledek jenis ini sangat sangat mudah dijaga, tidak terlalu menjalar dan mempunyai isi yang banyak dalam satu pokok. Nama saintifik bagi keledek ialah Ipomoea Batatas, keledek satu keluarga dengan sayur kangkung jika tidak percaya cuba memasak pucuk muda daun keledek rasanya seakan sama serta ciri bunga dan buah hampir sama. Keledek dikatakan berasal dari Tengah dan Selatan Amerika Latin di mana telah diusahakan oleh kaum Asli di sana 5000 tahun yang lampau. Ia menyebar ke seluruh dunia oleh pihak penjajah.

Di Sabah tanomkinotuan kurang mengetahui sejarah kedatangan keledek ini tetapi ia mula diusahakan oleh penanam kecil-kecilan di kawasan Kundasang dan sekitarnya. Variati keledek yang diusahakan ialah jenis keledek tahunan di mana ia dituai selepas 8 hingga satu tahun. Inilah jenis keledek yang membanjiri kebun-kebun sekitar Kundasang, Tambunan dan Keningau. Ciri-ciri pokok seperti tuaian yang lambat, jenis pokok menjalar sangat jauh, isi yang kurang tetapi kelebihan keledek ini ialah ia mempunyai rasa manis dan lemak berbanding keledek yang ada sekarang. keledek ini dikenali juga sebagai keledek kampung. 

Kehadiran keledek jenis baharu aka keledek jenis hibrid yang mempunyai tempoh tuaian hanya 3 hingga 4 bulan menyebabkan penanam di sabah beralih kepada jenis keledek yang cepat keluarkan hasil manakala keledek sedia ada kini sudah pun pupus kerana tidak ada lagi yang menanamnya.

Tanomkinotuan dengan bersemangat telah mendapatkan pucuk keledek yang sangat popular ditanam di sekitar kampung. Tnomkinotuan gemburkan tanah sekitar, hanya tabur tinja ayam dan baja organik subur dan cucukkan setiap batang keledek ke tanah secara rawak. Tanomkinotuan tidak mengikuti saranan dari pertanian. Ikut suka tanomkinotuan sahaja. 





Keratan keledek akan bertunas selepas 2 minggu. Tanomkinotuan pastikan media senantiasa lembab dengan menyiramnya. kelembapan tanah sangat penting bagi keledek yang baru bertunas untuk membesar. Keeledek sebenarnya tidak perlu dibaja kerap memadai membaja dengan baja isi setelah pokok merayap lebih kurang 6 kaki. Teknik menanam keledek cara kampung berbeza dengan teknik menanam mengikut sarana pertanian di mana keratan keledek akan ditanam ke dalam tanah dengan mengorek tanah sedalam 4 inci, kemudian separuh keratan dibenamkan ditanah dan ditimbus. Setelah pokok menjalar kira-kira 3 kaki sekali lagi disekelilingnya ditimbus sedikit seperti busut. dan dibiarkan sehingga 3 bulan. Bagi teknik pertanian pula, tanah akan digembur dan dibuat batas, keratan batang ditanam dan dibiarkan sehingga pokok boleh dituai. Kedua-duanya boleh digunakan kerana keledek tetap berisi apabila tanah dalam keadaan gembur, subur dan cukup zat makanan.

Setelah 3 bulan setengah tanomkinotuan telah mencabut kesemua keledek tersebut dan mendapat isi keledek yang cantik dan bersaiz besar. Untuk sebulan tidak perlu membeli keledek kerana ianya sudah cukup untuk dibuat kerepek, bubur keledek dan kuih goreng keledek. Jadi tersangatlah puas dengan hasil keledek kali ini.

Setelah dicabut tanomkinotuan ambil beberapa keratan lagi dan cucuk semula ke tanah untuk tuaian akan datang. Keledek tidaklah cerewet untuk ditanam sebenarnya. Tiga bulan akan datang tanomkinotuan akan menuai semula keledek ini. 




Gambar di atas menujukkan tuaian keledek yang sangat-sangat mengembirakan tanomkinotuan. Hasil yang memberikan keringanan kepada tanomkinotuan sekeluarga. haha.... keringanan apakah? akan datang tanomkinotuan akan bercerita pula dengan menanam keledek dalam polibag atau kontena. Jom menanam keledek..


Selamat bertani dan menuai hasil.

Tuaian Keledek Di Laman Rumah