Ahad

Panduan Menanam Kentang Variati Kundasang Sabah


Menanam kentang terutamanya kentang import agak cerewet kerana kentang import sangat tidak menyukai hujan yang berpanjangan. Oleh itu jika hendak menanam kentang tersebut pastikan dalam green house atau seumpamanya.

Walau bagaimana pun, satu variati kentang kundasang yang anda boleh cuba untuk ditanam dalam pasu. Ia bersaiz kecil dan sangat tahan hujan lebat dan panas. Berikut adalah cara menanam kentang variati kentang kundasang 




Dapatkan benih kentang kundasang. Boleh hubungi tanonkinotuan untuk mendapatkannya. Masukkan dalam plastik lutsinar dan biarkan selama 2 bulan untuk tujuan penunasan. Tidak perlu dilembabkan dengan air kerana air akan menyebabkan umbisi kentang menjadi buruk.





Simpan umbisi kentang yang disimpan dalam plastik ditempat selamat dan tidak terkena cahaya matahari terik. Ia akan mula bertunas selepas 2 bulan. Tempoh penunasan jangan dialihkan kerana dikhuatiri tunas yang terbentuk patah atau rosak.




Beginilah umbisi kentang yang telah bertunas dengan jayanya. Ia sudah boleh ditanam ke dalam pasu atau di atas batas yang disediakan. Jika ditanam atas batas pastikan cahaya matahari melebihi 8 jam.



Tanomkinotuan menanam umbisi kentang ini dalam pasu, jadi tanomkinotuan sediakan pasu bersaiz besar dengan menggunakan campuran peatmoss, cocopeat, kompos dan pasir. Digaul bersama dan disiram dengan mol labu serta cecair baja ikan.

Tanah ini direhatkan selama 2 minggu untuk media tadi sebati. 




Untuk menanam kentang ada pelbagai cara. Kaedah pertama ialah menggunakan media setengah pasu dan umbisi kentang ditanam di dalamnya. Apabila umbisi sudah bertunas kira-kira 6 inci, tambah semula tanah sehingga penuh dalam pasu. 

Kaedah ini tanomkinotuan tidak gunakan. Tanomkinotuan hanya korek 4 inci dan tanam umbisi kentang. Nanti bila tunas kentang sudah tinggi tanomkinotuan lingkarkan aluminum di atas pasu dan tambah tanah setinggi 1 kaki lebih. Tujuannya untuk mendapatkan jumlah umbisi yang banyak.




Selepas 14 hari ditanam maka tunas pertama telah muncul. Tunas yang sangat cantik dan sihat. Jika ditanam atas batas bolehlah menambah tanah disekeliling batang pokok untuk memperbanyakkan umbisi kentang. 

Untuk pasu pula bolehlah lingkarkan aluminum atau apa-apa bahan yang sesuai di atas pasu tersebut dan tambah tanah. Jangan pucuk kentang tu terbenam pula. Tinggalkan sedikit agar ia mudah membesar. 

Pembajaan pula guna baja kompos untuk bekalan nitrogen (pertumbuhan) dan tabur bonemeal dan alfalfa untuk memperbanyakkan umbisi kentang. Lakukan pembajaan pada penyediaan media dalam pasu (tambahan kompos) dan pembajaan isi dibuat sebulan selepas bertunas. 

Pokok kentang boleh dituai 3 bulan ke 4 bulan selepas ditanam dimana daun mula menguning. 

Untuk mendapatkan kentang kundasang ini boleh hubungi tanomkinotuan melalui email borosmonogun@gmail.com atau whatup 019-5320756.

Selamat bertani dan menuai hasil.

Jumaat

Panduan Menyemai Benih Ketumbar


Menyemai ketumbar atau coriander sama seperti menyemai daun sup. Benih ketumbar adalah bulat kecil manakala benih daun sup pula leper kecil. Aroma kedua-dua pokok ini juga sangat berbeza. Berikut dikongsikan cara menyemai benih ketumbar yang mudah dan praktikal.


Dapatkan benih ketumbar dari kedai pertanian atau boleh juga membeli dari kedai online benih terpercaya dan berkelayakan.  Pastikan benih belum sampai tarikh luput.


Sediakan tanah campuran sendiri yang berkualiti. Tanomkinotuan menyediakan media dengan mencampurkan 4 jenis media iaitu cocopeat, pasir, tanah sawit dan tanah cacing. 

Anda juga boleh dapatkan media yang dijual di kedai pertanian. Beli potting mix yang terbaik. 


Campurkan media-media tersebut sehingga sebati. 



Masukkan media ke dalam bekas semaian separuh penuh. Tanomkinotuan menggunakan cup plastik sahaja. Anda boleh menggunakan apa-apa bekas semaian yang sesuai.


Tabur benih di atas media. Benih Jangan terlalu banyak sangat ditabur pada bekas semaian, takut persaingan untuk anak pokok mendapatkan makanan terlalu tinggi mengakibatkan kualiti anak pokok terjejas dengan pokok yang kurus dan berbatang panjang.


Seterusnya tutup benih menggunakan lebihan media senipis mungkin. Cukup sekadar menutupi benih-benih yang disemai tersebut dan jangan lupa siram dengan air secukupnya. 


Simpan bekassemaian anda ditempat selamat dan terkena cahaya pada waktu pagi atau petang. Percambahan benih bermula pada hari ke-6. Pada masa ini media jangan kering, jika kering sprey tanah untuk melembabkannya. 


Anak pokok ketumbar berusia hampir 3 minggu. Anak ini sudah boleh dialihkan ke pasu atau polibag tetapi tanomkinotuan tunggu sehingga pokok benar-benar kuat dan mempunyai 4 helai daun.

Jika anda ingin mendapatkan benih ketumbar sila maklumkan di whatupp 019-5320756, rm2 sepeket (15 biji)

Selamat bertani dan menuai hasil.

Antara Variati Bunga Kertas di Laman Rumah.



Bertemu kembali diruangan kali ini. Entry berkongsi pokok bunga kertas di laman rumah. Pokok-pokok bunga kertas tidaklah sesubur pokok bunga kertas para pembaca, cukup sekadar mencucui mata dan mendamaikan ruang laman rumah sendiri. Berikut adalah jenis-jenis bunga kertas yang ada dan maaf sangat-sangat kerana tanomkinotuan tidak tahu nama-nama pokok ini.

Pokok bunga kertas ini ditanam dan dijaga oleh adik tanomkinotuan. Tanomkinotuan hanya menikmati kecantikan bunga yang kini berkembang cantik. 


Gambar 1



Gambar 2



Gambar 3



Gambar 4



Gambar 5



Gambar 6



Gambar 7


Gambar 8


Gambar 9



Gambar 10



Gambar 11



Gambar 12



Gambar 13



Gambar 14



Gambar 15



Gambar 16



Gambar 17


Gambar 18



Gambar 19



Gambar 20



Gambar 21



Inilah koleksi bunga kertas yang ditanam di laman rumah. Semuanya tanam dalam pasu sahaja. Mohon kepada pakar-pakar bunga kertas untuk berikan ID bunga ini untuk tanomkinotuan tuliskan namanya. Moga kalian mendapat segala kebaikan dari Allah SWT. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

Petola Bantal: Bunga Kuning dengan Buah Bergayutan di Kebun Laman


Petola bantal adalah sejenis sayuran buah yang banyak ditanam di negara-negara tropika mahupun sub-tropika. Pokok ini sangat menyukai cahaya matahari secara langsung. Kebanyakan para petani menanam jenis petola segi atas permintaan ramai. Namun petola bantal juga diminati ramai di negara ini disebabkan keenakan dan sesuai dimasak mengikut resepi kesukaan.

Tanomkinotuan tidaklah teruja sangat dengan pokok petola bantal kerana sejak kecil sudah terbiasa melihat ditanam dikebun-kebun zaman dahulu. Malah semasa era menanam padi bukit petola bantal inilah yang akan membanjiri tepi kebun-kebun dengan mampu menjalar hingga ke pinggir hutan. Jenuh hendak mengiat buah-buah yang berjuntaian pada pokok-pokok berhampiran. Kini jenis petola ini banyak dilihat di tamu/open market dan tanomkinotuan berharap dapat melihat ianya dijual dipasaraya berhampiran.

Mengikut sejarah sayur petola bantal ini ia berasal dari Asia khususnya India, Myanmar dan China. Nama saintifik bagi petola bantal ialah Luffa aegytiaca dalam keluarga Cucurbitaceae. Petola bantal disebut Egyptian Luffa dalam bahasa Englishnya.




Pokok petola bantal jenis menjalar dan mampu menjalar jauh dari akarnya. Untuk menanam pokok petola bantal ini perlukan kayu pancang atau tali yang kukuh untuk membolehkan ianya menjalar secara teratur dan kemas. Pokok petola bantal adalah jenis dwijentina di mana setiap batang akan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina. Untuk mengetahui mana bunga jantan dan mana bunga betina. Anda harus melihat bahawa bunga jantan hanya bunga sahaja manakala bunga betina pula mempunyai bebola panjang yang akan membesar menjadi buah.



Terdapat dua jenis pokok petola bantal iaitu petola bantal biji hitam dan petola bantal biji putih. Yang tanomkinotuan tanam ini ialah petola bantal jenis biji putih.

Sebenarnya tanomkinotuan dapat benih ini apabila tanomkinotuan ke tamu/open market awal tahun ini. Saja hendak meninjau dan merasai suasana tamu walaupun tempat ini sudah menjadi tebiat untuk dikunjungi. Tanomkinotuan ke bahagian seksyen menjual benih sayur dan terpandang benih petola bantal tetapi berwarna putih. Walaupun pokok petola bantal ini tanomkinotuan tahu sejak kecil lagi tetapi untuk benih berwarna putih tanomkinotuan tahu baru lagi.

Jadi tanomkinotuan membelinya dan cuba menanam dilaman rumah untuk mendapatkan pengalaman yang baharu.

Benih petola bantal

Menanam petola bantal tidaklah susah, tanomkinotuan gemburkan batas seluas 2 kaki persegi sedalam 1 kaki, bubuh kompos 200 gram dan setengah genggam kapur pertanian. Gaul sebati siap. Tidak ada SOP terperinci yang tanomkinotuam lakukan. 

Selesai gemburan tanah tanomkinotuan buat lubang 1 setengah inci dan tanam benih petola bantal. Ia mengambil masa bercambah lebih kurang 2 minggu sahaja (14 hari). Untuk penjimatan. Anda boleh sahaja menanamnya di tepi pagar dan biarkan pokok menjalar pada pagar anda, tidak perlu pening kepala mencari kayu pancang lagi.




Hampir 3 bulan pokok petola bantal memghasilkan bunga dan buah. Masa ini segala serangga kecil termasuk lebah, kelulut dan penyegat hitam akan datang ke pokok ini pada waktu pagi bagi mendapatkan sap bunga. Secara langsung berlaku pendebungaan secara semula jadi. Tidak pun anda boleh lakukan pendebungaan secara manual dengan mencantumkan bunga jantan dan bunga betina.

Beginilah buah petola bantal yang dituai. Ianya masih muda dan enak dibuat sayur. Selalunya ia dicampurkan dalam sup berasaskan ayam, ikan atau daging. Ia juga boleh dimasak tumis dengan sedikit kuah. Memang sedap dan menyelerakan. 

Namun ramai orang tidak suka menanamnya kerana jenis pokok menjalar. Namun jika diurus dengan baik ia sangat sesuai dijadikan dekorasi laman rumah anda. Cantik pokok ini menjalar pada pagola ditepi rumah disamping pokok menjalar yang lain. Buahnya bukan saja boleh dimakan tetapi juga berfungsi cantikkan laman anda. 

Jadi adakah anda teruja menanam petola bantal di laman rumah? Jom tanam sekarang. 

Selamat bertani dan menuai hasil. 

Isnin

Panduan Menyemai Benih Pokok Daun Sup







Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi panduan menanam benih pokok daun sup. Nama saintifik bagi pokok daun sup ialah Petroselinum crispum. Tumbuhan herba ini yang sangat besar gunanya di dapur. Kadang-kadang ramai bertanya dengan tanomkinotuan cara menanam benih daun dup. Menyemai benih daun sup tidaklah susah sangat untuk bercambah yang penting anda tahu ciri botani pokok ini dan mengetahui mengenai kelemahan dan kekuatan pokok daun sup bagi disandarkan kepada ciri iklim di negara kita.

Benih pokok daun sup tidak tidak menyukai hujan lebat dan siraman berlebihan juga benih tidak akan bercambah jika suhu mencapai terlalu tinggi. Makluman juga bahawa membaja secara berlebihan juga menyebabkan pokok daun sup mabuk dan mati. Namun begitu, Kita boleh kawal semua faktor di atas untuk mendapatkan pokok daun sup yang tumbuh subur di laman rumah anda.

PEMBELIAN BENIH DAUN SUP

Beli benih pokok daun sup terlebih dahulu. Banyak kedai pertanian dan nusery menjual benih pokok daun sup dengan harga berpatutan. Anda juga boleh mendapatkan benih pokok daun sup dari kedai online yang berkelayakan dan dipercayai. Pastikan membeli benih pokok daun sup tidak tamat tempoh.

PENYEDIAAN MEDIA SEMAIAN

Untuk mendapatkan hasil semaian yang berjaya, pastikan anda menggunakan media yang baik dan berkualiti tinggi. Anda boleh membeli media campuran atau potting soil di kedai pertanian atau nusery yang ada menjualnya. Juga anda boleh menggunakan media peatmoss untuk menyemai benih pokok daun sup.

Selain itu, untuk penjimatan tanomkinotuan sarankan anda menggunakan media campuran buatan sendiri dengan menggunakan 3 bahan utama yang murah seperti cocopeat, pasir dan kompos. Gaul sebati dan bolehlah semai benih tersebut.

PENYEDIAAN BEKAS SEMAIAN

Bekas semaian juga penting untuk menanam benih pokok daun sup. Untuk lebih versatile belilah bekas semaian (Styrofoam)  yakni bekas semaian sintetik berwarna hitam yang banyak dijual di kedai pertanian dan nusery. Terdapat pelbagai saiz dan jumlah lubang. Pilih mana yang disukai. Harga juga berpatutan.

Juga boleh dapatkan bekas semaian cup yang diperbuat daripada sabut. Ianya lebih mesra alam dan jimat. Atau apa-apa bekas terbuang yang bersesuaian seperti cup plastik, tin, kontena kecil, kota susu dan sebagainya.

RENDAMAN BENIH

Sebelum menyemai benih pokok daun sup eloklah direndam sehingga 12 jam untuk mengaktifkan benih tersebut. Terdapat dua kaedah rendaman benih iaitu pertama menggunakan air paip dan kedua menggunakan air hangat (suam-suam kuku) lebih kurang 10 ke 20 peratus kepanasan sahaja. Tetapi jangan pula menggunakan air panas untuk merendam benih alamat benih terus mati buat selama-lamanya.

Untuk lebih efektif boleh direndam bersama anti-kulat. Guna cecair hydrogen peroxide sahaja. Ada dijual di farmasi dan harga pun sangat murah.

SEMAIAN BENIH POKOK DAUN SUP

Masukkan media atau tanah ke dalam bekas pilihan sehingga penuh. hentak-hentakkan secara bekas semaian tersebut untuk mengurangkan udara dalam media atau memadatkan sedikit media tersebut. Tambah media jika perlu.

Boleh juga ditekan media tersebut sedikit untuk tujuan diatas. Seterusnya benih yang direndam tadi ditabur diatas media dan tutup 1.2 inci dengan tanah di atasnya. Barulah disiram menggunakan air secukupnya.

Letak bekas semaian ditempat selamat dan terkena cahaya pada waktu pagi atau petang. Jangan terkena cahaya mahari secara langsung. Jika ada DIY lebih baik yakni kawasan teduhan. Letak dibawah jaring hitam pun sangat sesuai dan digalakkan.

PERCAMBAHAN BENIH POKOK DAUN SUP

Percambahan benih pokok daun sup mengambil masa 10 ke 14 hari bercambah mengikut jenis dan variati. Untuk makluman pokok daun sup adalah termasuk dalam tumbuhan yang agak lambat membesar. Oleh itu para penanam di luar sana bersabar untuk menanam pokok daun sup.

Dan pokok ini bertahan selama 2 tahun jika dijaga dengan baik. Oleh itu luangkan sedikit untuk menjaganya dari segi siraman dan pembajaan yang memadai. Jagalah pokok daun sup anda seperti menjaga tanaman yang lain.


TIP-TIP MENYEMAI BENIH DAUN SUP

1. Elakkan menggunakan media atau tanah yang diambil dari belakang rumah anda. Takut tanah tersebut mempunyai bakteria berbahaya yang boleh merosakkan benih pokok daun sup anda.

2. Elakkan menyiram terlalu kerap pokok daun sup anda, siram mengikut keperluan di mana jika tanah sudah mula mengering bolehlah siram dengan sedikit air.

3. Elakkan membaja terlalu kerap. Membaja terlalu kerap pada pokok daun sup anda mengakibatkan pokok daun sup anda akan layu dan mati. Bajalah sebulan sekali atau mengikut keperluan. Pokok daun sup sangat menyukai air basuhan beras dan air darah ikan. siram sekali sebulan sudah memadai. Semua ini juga berdasarkan kepada faktor tanah yang anda gunakan.

4. Guna peatmoss atau potting soil yang ada dijual dinusery.

Apa tunggu lagi segeralah mencari benih daun sup dan tanam benih tersebut dilaman anda. Usah pening-pening kepala hendak ke pasar atau supermarket semata-mata ingin membeli seikat pokok daun sup. Jika ada sepokok pokok daun sup di laman rumah. Buka pintu dan tuai sebatang dua untuk masakan. Senang bukan?

Selamat bertani dan menuai hasil.


Selasa

Panduan Mengalihkan Anak Pokok Daun Sup



Kita maklum bahawa daun sup wajib senantiasa ada dalam dapur untuk bekalan dan bahan dalam masakan apatah lagi jika mereka yang menyukai menu berasaskan sup seperti soto, mee sup dan sebagainya. Ketiadaan bahan asas ini memungkinkan menu sup kita ada kekurangan. Sering kali jika kita ke pasar mesti membeli seeikat dua daun sup untuk tujuan di atas.

Pernahkah anda menyemai benih pokok daun sup? atau adakah anda pernah membeli pokok daun sup di pasar dan mencuba menanamnya di pasu? Hari ini tanomkinotuan berkongsi cara mengalihkan daun sup dari pasu kecil ke pasu polibag yang lebih besar.

Untuk permulaan, beli benih daun sup yang ada dijual di kedai atau online. Semai dahulu dalam bekas semaian menggunakan peatmoss sebagai media semaian. Caranya masukkan peatmoss ke dalam bekas semaian hingga penuh dan tabur benih daun sup, siram media tersebut. Simpan bekas tersebut di tempat selamat dan masih terkena matahari pada waktu pagi atau petang seperti di tepi jendela, balkoni dan sebagainya. Siram atau spray jika media nampak kering. Percambahan benih daun sup adalah 2 minggu lebih (14 hari ke atas).

Untuk peringkat ini anda harus menunggu anak pokok daun sup di mana apabila sudah mempunyai 4 helai daun atau seperti dalam gambar di bawah barulah dialihkan ke tempat baharu. Seterusnya lihat panduan di bawah bagaimana untuk mengalihkan anak pokok daun sup secara bergambar.

Adalah sangat penting untuk anda mengambil berat mengenai jenis media yang digunakan. Sila gunakan media kaya nutrient, poros, tidak menakung air dengan lama dan pengudaraan yang baik. Anda boleh membeli media campuran di kedai yang bersesuaian dengan pokok daun sup. Juga anda boleh membuat sendiri media campuran untuk menanam pokok daun sup seperti campuran peatmoss, kompos, perlite/pasir dan sedikit vermicast (tanah cacing) dengan nisbah 2:1:1:1.

Maksudnya 2 bahagian untuk peatmoss, 1 bahagian untuk kompos, 1 bahagian untuk perlite atau pasir dan 1 bahagian untuk vermicast. Anda boleh menggunakan apa-apa bahan yang sedia ada di rumah seperti cocopeat dan lain-lain. Masukkan ke dalam satu bekas dan gaul hingga sebati. 






Kemudian pilih polibag bersaiz besar tidak kira polibag berwarna hitam atau putih, juga boleh menggunakan pasu plastik atau pasu tanah. Masukkan tanah tersebut ke dalam polibag sehingga penuh. hentak-hentakkan secara berhemat untuk menggurangkan udara dalam tanah. Tambah tanah jika perlu.

Disini tanomkinotuan ingin menekankan bahawa jangan menggunakan tanah yang sedikit. Anda perlulah penuhkan tanah tersebut ke dalam polibag dan bukan setengah penuh. Tinggalkan bibir polibag kira-kira 2 inci untuk tujuan air tidak melimpah keluar semasa proses menyiram. Tanomkinotuan faham ramai diluar sana ingin berjimat menggunakan tanah tetapi harus diingat pokok juga perlukan tanah yang banyak untuk akar bebas bergerak.

Tanah yang kurang menyebabkan pokok daun sub anda tumbuh alah kadar sahaja. 





Setelah penuhkan media ke dalam polibag, buat lubang ditengah polibag kira-kira 4 inci atau mengikut saiz tanah pada anak pokok daun sup anda. Oleh kerana tanah sedia ada pada anak pokok daun sup tanomkinotuan tidaklah bersaiz besar maka memadai membuat lubang hanya 4 inci dalam.



Tambah setengah genggam baja subur organik (butir) ke dalam lubang tersebut dan timbus dengan sedikit tanah. Tujuan untuk menimbus sedikit tanah pada baja dalam lubang tersebut ialah agar akar anak pokok daun sup tidak terkena secara langsung pada baja yang mungkin mengakibatkan akar terbakar atau melecur dan keberangkalian anak pokok daun sup mati boleh berlaku.

Walaupun dalam proses membuat media campuran tadi sudah ditambah kompos tetapi perlu untuk menambah baja subur untuk pertumbuhan anak pokok daun sup ke tahap maksima.




Sebelum anak pokok daun sup dicabut atau dipisahkan dari pasu asalnya. Siram tanah tersebut secara menyeluruh dengan air yang banyak. Selepas disiram rehatkan terlebih dahulu kira-kira 10 minit barulah dilakukan proses menanggalkan anak pokok daun sup dari pasu tersebut.

Tujuan menyiram sebelum dipisahkan dari pasu asal ialah agar ia mudah tertanggal dari pasu tersebut dan tanah tidak berderai.






Beginilah hasilnya apabila anak pokok ditanggal dari pasu asalnya. Tanah tidak berderai dan anak pokok daun sup tersebut tidak mengalami tekanan apabila dialihkan ke polibag.






Pada lubang yang telah dibuat tadi, tanam anak pokok daun sup tersebut secara menegak dan berhati-hati. Apabila kedudukan anak pokok dirasakan dalam kedudukan yang betul. Timbus lubang dengan menggunakan media ditepinya. Padat-padatkan tanah tersebut agar anak pokok nampak kukuh.





Setelah ditimbus dengan tanah pada lubang tersebut maka harus disiram menggunakan air yang mencukupi. Letakkan polibag tersebut ditempat selamat dan jagalah pokok tersebut seperti mana menjaga pokok dan tanaman lain. 






Inilah anak-anak pokok daun sup yang sempat tanomkinotuan alihkan semasa cuti sekolah minggu lepas. Hanya 6 bekas sahaja dan masih ada beberapa anak pokok lagi yang menunggu giliran untuk dialihkan. Ramai bertanya dengan tanomkinotuan bahawa anak pokok daun sup yang mereka semai tersangatlah lama untuk membesar. Realitinya pokok daun sup memang mempunyai tahap pertumbuhan yang lambat. Kena bersabar jika menanam pokok daun sup. Untuk pengetahuan semua, anak pokok dalam gambar di atas di semai pada tahun lepas dan tahun ini barulah dapat alihkan ke pasu atau polibag bersaiz besar.

Jadi bayangkanlah berapa lama tanomkinotuan menunggu pokok-pokok ini membesar. Apa yang penting untuk menanam pokok daun sup anda harus bersabar, siraman perlu jika media nampak kering tetapi jangan berlebihan. Pokok daun sup tidak menyukai tanah yang tersangat basah dalam tempoh yang lama. Anda juga kurangkan pembajaan sekurang-kurangnya dua bulan sekali. jika anda membaja dengan kerap pokok daun sup anda akan mati. Ini ikut pengalaman tanomkinotuan. Tetapi jika baja yang digunakan serasi dengan pokok daun sup mungkin tidak bermasalah untuk membaja kerap mungkin.

Terdapat 3 jenis daun sup dalam gambar di atas yang ditanam oleh tanomkinotuan iaitu Celery utah (daun sup saiz besar), saja nak cuba tanam di sini dengan iklim panas dan lembab sepanjang tahun. Pokok daun sup jenis ini suka di tempat tinggi dan sejuk. Kedua ialah Red celery pokoknya sebiji seperti daun sup biasa yang ada di pasaran dan ketiga ialah daun sup kerinting. Aromanya sangat sedap. Pokok daun sup sangat tahan lama jika dijaga dengan betul.

Dengan pokok daun sup di laman rumah anda hanya berlenggang kangkung dengan besen kecil di tangan turun ke laman untuk menuai sebatang dua daun pokok daun sup untuk dicampurkan dalam soto, sup ikan, sup ayam, sup daging atau mee sup yang anda telah sediakan. berbaloi dengan sepokok daun sup di rumah anda jimat beberapa ringgit. Apa tunggu lagi jom tanam daun sup di rumah...

Selamat bertani dan menuai hasil....