Khamis

POKOK ROSELLE

Tags

Apakah itu pokok Roselle?

Roselle adalah pokok jenis renek, berbatang lembut dan daun lebar berlonjong atau  berdaun 3 tapak. Nama saintifiknya ialah Hibiscus rosa sabdariffa L. yang pokok ini berasal dari Afrika Barat dan menyebar ke seluruh benua. Ketinggian pokok roselle boleh mencecah 2 meter hingga 2.5 meter tinggi mengikut variati. Pokok roselle berbatang lembut dan berbuah sebiji pada setiap panggal daun dari bawah ke atas.









Bunga pokok roselle seperti bunga raya.





Inilah hasil roselle yang ditanam di kebun belakang rumah, sedang galak berbuah. Tanomkinotuan telah menuai buahnya sebanyak 4 kali untuk transform kepada bentuk sirap roselle. Bukan sahaja sedap tetapi cukup berkhasiat sekiranya diamalkan meminumnya secara konsisten.

Setelah 3 bulan menanti maka tiba masanya menuai buahnya yang telah matang. Tanomkinotuan bersyukur atas kurniaan yang tidak terhingga ini. Selalunya beli buah roselle di tamu (pasar minggu) tetapi kini tidak lagi dengan adanya pokok roselle sendiri. 



Buah roselle segar yang baru dipetik dari pokoknya di kebun belakang rumah. Warna yang sangat mengiurkan...



Buah roselle yang telah berpisah dengan bijinya. Lebih elok kiranya biji buah roselle di pisahkan sebelum direbus. 


Antara biji buah roselle yang berjaya di keluarkan. Untuk makluman pembaca biji ini kehitam-hitaman kerana sudah matang. Jika dikeringkan ia akan menjadi benih dan boleh disemai untuk pokok roselle yang baru.



Tadaaaaaa.... sirap roselle sedia untuk diminum. Sirap ni sangat pekat dengan gula, oleh itu hendaklah dicampurkan dengan air bagi menggurangkan rasa manis.Yummy.... untuk mereka yang suka rasa asli, tidak perlu tambah pemanis aka gula semasa merebus. Rasanya ada sedikit masam tetapi enak... botol mineral besar yang berisi sirap roselle di atas adalah cubaan pertama merebus buah roselle, kali kedua tanomkinotuan tidak menambah gula ke dalamnya. Ia lebih asli dan lagi sedap. Tanomkinotuan tidak perlu lagi membeli kordial atau air dalam botol di pasaran... minum petang tuang segelas sirap roselle, bubuh ais cube dan nikmati kesegarannya dan terjamin kebersihannya. 

Buah roselle mengandungi kandungan vitamin C, lebih tinggi berbanding kandungan vitamin C di dalam buah oren dan pisang. Mengandungi pelbagai zat vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, selain itu kandungan serat pada buahnya amat tinggi. Ia juga tinggi zat kalsium iaitu kira-kira 486mg yang cukup mengandungi kandungan zat magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan. 

Antara khasiat buah roselle ialah amalan meminum sirap roselle melambatkan proses penuaan di mana ia mampu melambatkan kerosakkan yang dilakukan oleh radikal bebas. Ini bermaksud buah roselle mempunyai kesan anti-oksidan yang tinggi bagi menghadkan tindakbalas dari radikal bebas dalam tubuh badan. 

Tanam sepokok roselle di halaman rumah dan nikmati sirapnya yang berwarna merah asli dengan khasiat yang baik untuk anda.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

4 komen

Terbaik tuan..blog yg sangat bermanfaat.

Terima kasih. Moga berfaedah infonya

dulu pokok ni banyak tumbuh liar dibatas sawah padi. selalu juga ambil buah makan kulit buah je. tapi sekarang dah takde. baru tahu rupanya boleh dibuat jus :D

Haiii...���� baru setahun join biz ni.. sekarang tiap bulan duit masuk acc saya. .baca saja sampai habis. X paham. Wasap. 017-436 3649
www.gajimasyuk.com/user/aisah


EmoticonEmoticon