Rabu

PANDUAN MEMBUAT BOOSTER BAJA ROTI

Tags



Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi satu lagi jenis baja cecair yang boleh dibuat sendiri di rumah. Baja booster untuk segala tanaman dari sayuran, herba, buah-buahan dan bunga-bungaan. Bahan-bahan asas pun mudah diperolehi dari dapur anda. 

Banyak jenis baja booster yang boleh diperolehi di pasaran sama ada dalam botol kecil atau dalam gelen bersaiz besar di mana berfungsi untuk menambah kesuburan dan kualiti tanaman anda. Selain menggunakan baja jenis felet atau bebola kecil kita juga boleh mempelbagaikan penggunaan baja untuk keputusan yang maksimum, contohnya baja booster buatan sendiri. Lagipula ianya jimat dan senang dibuat. Booster baja mudah diserap oleh daun yang disembur padanya menyebabkan daun tanaman lebih hijau, lebar dan sihat. Berikut adalah panduan dan langkah-langkah membuat booster dari roti (bread):

Alatan yang diperlukan:

1. Botol mineral 1.5 liter

2. Alat penapis  (diguna selepas seminggu penjerukkan bahan)

3. Botol mineral 1.5 liter yang baru atau bekas yang sesuai.

4. Bekas spary atau alat penyembur.


Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 1 keping roti masimo (atau apa-apa jenama).

2. 200 gram gula perang/gula merah/mollusa.

3. Tiga sudu besar susu segar (optional).

4. Air tanpa-klorin 1.4 liter


Cara penyediaannya booster roti:

1. Sediakan air bersih tanpa klorin, guna air hujan atau air kolam. Namun jika menggunakan air paip berklorin, pastikan direhatkan air tersebut dalam baldi selama dua hari pada cahaya matahari atau ditempat terbuka barulah digunakan.

2. Carik-carikkan roti pada cebisan kecil dan dimasukkan ke dalam botol yang disediakan.

3. Tuang susu segar ke dalam botol.

4. Masukkan gula perang ke dalamnya sehingga selesai.

5. Seterusnya tambah jumlah air ke dalam botol tetapi jangan terlalu penuh. Tinggalkan ruang kira-kira 2 inci untuk ruang udara dan gas.

5. Tutup botol dan goncang botol tersebut seketika dan simpan di tempat selamat untuk penjerukan selama 7 hari.

6. Setiap 2 atau 3 hari diminta untuk membuka penutupnya agar gas dapat dibebaskan. Apabila gas terkumpul dengan banyaknya di dalam botol menyebabkan berlaku letupan dan juga mengalami masalah pada masa membuka tutup botol pada hari ke-7.

7. Anda boleh mengelak masalah ini dengan menebuk penutup botol ditengahnya untuk membebaskan gas yang dihasilkan.

8. Selepas 7 hari, booster roti anda sudah selesai. Tapis booster roti anda untuk mengasingkan sisa roti yang tidak hancur dan simpan booster roti anda dalam bekas yang lain. Dengan ini anda sudah boleh menggunakan booster anda untuk tanaman anda.

Cara penggunaannya ada dua cara pertama ialah masukkan 1 tutup botol booster roti dengan 100 ml air, kacau seketika. Cara kedua, tidak perlu tambah air atau apa-apa. Masukkan ke dalam bekas spray atau alat penyembur dan semburlah pada tanaman anda secara merata dan keseluruhan pokok, daun, batang, ranting dan pangkal pokoknya. Boleh disembur pada setiap hari, sekali dalam 2 hari sekali dalam 4 hari atau seminggu sekali. Terpulang pada anda mana masa yang sesuai untuk anda.

Penyemburan harus dilakukan pada waktu pagi atau waktu petang agar dapat mengurangkan masalah sampingan yang mungkin dihadapi pada tanaman anda. Jika hujan berlaku, sembur semula tanaman anda untuk keputusan yang memuaskan. 

Resepi asal baja booster roti tidak menggunakan susu segar dan gula perang hanya sekeping roti dan 1.5 liter air tanpa klorin peram 4 hingga 7 hari. Ada yang berpendapat bahawa booster baja roti tidak perlu ditambah lagi dengan air cuma sembur atau siram pada tanaman, tanomkinotuan menambah susu segar dan gula untuk menambah lagi kualiti booster tersebut untuk tanaman di KBR. Cubalah resepi baja booster roti ini, anda akan tahu hasilnya yang amat membanggakan.

Selamat bertani dan menuai hasil. 

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

30 komen

Menarik artikel ini. InysAllah pasti cuba.Tp,jika guna roti yg sudah tamat tarikh luput boleh ke digunakn dlm penyediaan Booster ini.

Cuba la mmg berkesan utk tanaman spt bunga n sayuran. Elok guna dulu yg ori resepi. Roti n air je.

Jgn saja guna roti yang dah penuh fungi takut menjejaskan booster puan nanti. Luput dua tiga hari x masalah kot.

Trm ksh..info yg sgt menarik dan berguna

Sama2. Semoga bermanfaat saudara

biasa tahan berapa lama ya?saya buat sudah sebulan yang lalu,masih boleh guna?

Ia bertahan selama 6 bulan. Lepas 6 bulan buat yang baharu.

Assalam tuan..boleh kah booster roti ni dicampur campuran em dan diperam bersama..

Alhamdulillah..berapa keping roti diperlukan untuk 20L campuran EM..

Asasnya 1 liter air non klorin untuk 1 keping roti dan satu sudu teh campuran EM. Jadi jika 20L air non klorin ialah 15 hingga 20 keping roti Dan Campuran EM pula ialah tambah sahaja 500ml sudah memadai.

terima kasih banyak2 tuan..ilmu tuan ini teramat saya hargai..mudahan2 tuan dirahmati Allah..terima kasih sekali lagi

Kenapa tak boleh pkai air paip yg bklorin ye? Sy dh buat.satu dh siram kt tanaman. Lg 2botol tgh peram. Msh boleh guna ke?

Kenapa tak boleh pkai air paip yg bklorin ye? Sy dh buat.satu dh siram kt tanaman. Lg 2botol tgh peram. Msh boleh guna ke?

Sebenarnya kita buat booster roti ni nak biak bakteria/mikroorganisma baik. Roti sebagai bahan asas untuk mewujudkan atau memperbanyakkan mikroorganisma yg diperlukan sebagai makanan mikroorganisma ini. Dari mana datangnya mikroorganisma ini? dalam air la yg kita gunakan itulah.

Sekiranya kita guna air paip yg berklorin tersebut maka bagaimana nak dapatkan benih/starter mikroorganisma dalam air tu? kan fungsi klorin dlm air ialah membunuh kuman dlm air. Kuman merujuk kepada istilah umum bagi mikroorganisma-2 yang terkandung dalam air tersebut. Jadi kita nak ternak apa dalam tu? mikroorganisma dah mati semuanya...

Air paip boleh digunakan dgn syarat dedahkan sebaldi air paip di ruang terbuka selama 3 hari. tujuan pertama membebaskan klorin tersebut dan pada masa yg sama menunggu kehadiran mikroorganisma yang datang ke baldi tersebut melalui udara. Barulah digunakan air tersebut..

Penerangan lebih terperinci boleh baca artikel mengenainya di internet. Bhs English paling banyak artikelnya. Semoga bermanfaat saudari.

Dah terlanjur buat booster roti guna saja saudari. Membazir pula klo buang. Harap booster tu ada mikroorganisma di dalamnya dan membantu menyuburkan tanah dan suburkan sayuran anda.

kalau ganti air tanpa klorin dengan air akuarium, bleh x?

Saya tidak pernah mencubanya. Tetapi boleh kot guna x masalah.

T/kasih atas perkongsian ilmu. EM tu apa?

EM: effective microorganisma

EM: effective microorganisma

Dimana boleh beli EM tu?

sy boleh bekalkan jika tuan nak. sebotol 450ml rm25 tidak termasuk postage.

Saya ada sembur baja roti ni pada pokok terus. Kenapa ye pokok sya macam terbakar daunnya. Mmg perlu tambah air ke?

Kurangkan sukatan anda. Booster tu kira pekat sgt menyebabkan daun melecur.

Kurangkan sukatan anda. Booster tu kira pekat sgt menyebabkan daun melecur.

maaf brtnya...boleh ke siram pada pokok sawit?


EmoticonEmoticon