Rabu

Pokok Epal Hidup Subur di Sabah, Malaysia



Pokok epal merupakan tumbuhan yang banyak ditanam di negara 4 musim. Antara ribuan jenis pokok yang tumbuh dengan baik di negara-negara Eropah, Amerika dan tempat-tempat lain. Diusahakan oleh pemilik-pemilik tanah secara besar-besaran bagi menampung buah epal eksport ke negara-negara luar termasuk di negara kita.


Epal atau nama saintifiknya ialah Malus Domestica ini sangat digemari ramai. Dimakan begitu sahaja atau campuran dalam salad atau pun dibuat sebagai pai epal. Pokok epal mempunyai pelbagai jenis, warna dan saiz yang mempunyai rasa yang enak dan ranggup. Rasa masam manis menyerlahkan keunikannya dengan aroma yang cukup memikat. Memakan sebiji buah epal yang ranggup sudah cukup untuk serapan pagi sambil segelas coklet panas. Ia juga cukup berkhasiat dan kandungan vitamin C juga tinggi.

Tanomkinotuan sangat-sangat teruja dan tumpang gembira apabila membaca mengenai kejayaan orang lain menyemai dan menanam pokok epal di blog-blog Malaysia. Terfikir tanomkinotuan bahawa bolehkah pokok epal tumbuh di negara kita? Bolehkah pokok epal bertahan dengan musim hujan melanda negara kita setiap tahun? Adakah pokok epal mudah berbuah di negara kita? Persoalan demi persoalan bermain di benak tanomkinotuan hingga terdetik dan terniat dalam hati untuk menyemai buah epal tapi masalahnya dimanakah perlu mendapatkan biji benih? Adakah boleh menyemai benih epal yang dijual di kedai atau supermarket?


Dengan tekad dan azam tanonkinotuan singgah salah satu supermarket yang ada menjual epal dengan pelbagai jenis. Jadi tanonkinotuan telah mengambil buah epal dengan nama tertera Royal New Zealand Apple, saiz sederhana besar, warna merah pudar dan isinya sangat ranggup. Sampai di rumah tanomkinotuan proses dengan mengeluarkan benih-benihnya dan kumpulkan dalam mangkuk yang sudah diisi dengan air yang dicampurkan serum EM1. 

Tapi sebelum itu, tanomkinotuan sudah berguru dengan google, youtube dan beberapa forum dalam dan luar negara mengenai panduan menyemai benih epal. Dengan sedikit ilmu ini tanomkinotuan sediakan peatmos yang dilembabkan serta dimasukkan ke dalam plastik berzip. Seterusnya masukkan benih epal tersebut ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk hinggalah benih epal tersebut bercambah.


Tanomkinotuan hanya menunggu 1 minggu untuk benih epal bercambah dan kemudian dialihkan ke dalam polibag hinggalah kini. Secara umumnya pokok epal tanomkinotuan yang ada sekarang ialah rata-ratanya sudah berusia 5 hingga 9 bulan. Tinggi lebih satu kaki lebih. Dan semakin tinggi malah pertumbuhannya galak di KBR.

Pada awalnya tanomkinotuan mengalami masalah pengalihan anak pokok ke dalam polibag. 10 anak pokok yang dialihkan hanya 2 yang berjaya dan semaian benih epal pada gambar-gambar tertera adalah sebanyak 3 kali dan keempat pula masih dalam peti sejuk, baru berusia 4 hari semasa entry ini ditulis iaitu dari jenis Washington Red Apple. Oleh itu saiz dan tumbuhbesaran berbeza. Tetapi menghairankan di mana pokok pertama disemai pertumbuhannya terbantut untuk beberapa bulan hingga luluh daunnya, ingatkan sudah mati nasib tanomkinotuan tak cabut. Tidak lama kemudian, pokok tersebut mula berdaun dengan baik.


Manakala bagi semaian kedua pula pokoknya sudah tinggi berbanding dengan pokok epal semaian pertama malah daun dan batang cantik. Pada usia pokok ini masih kecil, daunnya telah diserang apid hingga mengerekot dan keriting daunnya. Pertumbuhan sedikit terjejas, selepas dispray dengan racun serangga bawang putih barulah pokok epal ini tumbuh seperti biasa.

Cara penjagaan pokok epal tidaklah cerewet sangat. Asal akarnya sudah kuat ia susah hendak mati kecuali serangan dari fungi, bakteria mahupun virus. Tanomkinotuan belum ada pengalaman lagi mengenai pokok epal yang diserang oleh mikroorganisma di atas jadi tanomkinotuan tidak dapat memberikan sebarang pendapat. 

Hanya saja 2 minggu sekali bubuh baja NPK organik dan tidak pernah dibubuh menggunakan baja kimia. Khuatir juga jika baja kimia menjejaskan batang dan akar menyebabkan pokok mati. Siram apabila tanah sudah mula kering jangan pula media terlalu basah. Ia boleh mengundang fungi dan bakteria yang boleh menjangkiti akar pokok. 

Pada masa akan datang pokok-pokok ini akan dialihkan ke tanah. Tetapi hendak mengumpulkan seberapa banyak ilmu mengenau pemindahan ke tanah. Tanomkinotuan juga biasa menanam anak pokok seperti mangga, asam jawa, pokok jambu air dan limau manis tetapi mungkin ada bezanya cara menanam dengan pokok epal ini. 

Tanomkinotuan akan update dari semasa mengenai pokok epal ini untuk perkongsian para pembaca. Adakah anda berminat menanam pokok epal? Mulakan dengan biji-biji epal yang dibeli dari kedai dan semai untuk reward di masa akan datang, ia berbaloi untuk anda. 

Selamat bertani dan menuai hasil. 

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

13 komen

Kena tunggu 5 tahun lagi Norish baru dpt hasilnya.

Harap boleh cipta sejarah ya Carlz..

Harapan mengunung utk pokok2 apple ni Normala Saad. Semoga semuanya berjalan lancar. Terima kasih

Di rumah ayah saya ada pokok epal. Sudah tinggi melebihi lima kaki tinggi cuma saya tak pasti boleh ke epal berbuah di tempat yang tak ada suhu sejuk. Apa pun, mungkin akan ada keajaiban. Tak cuba tak tahu. Lagi pun sebelum ni saya ada tengok dalam TV ada ditanam epal di pendalaman Sarawak. Lumbawang ke Bario, saya lupa. Tapi kat situ special beras dan garam dalam buluh tu.

Slmt dtg Yo Jan.. Meriah rumah klo ada sepokok apple.

Pokok epal boleh saja berbuah di negara kita. Nak tanya pokok epal di rumah ayah awak dah berapa tahun? Jika dh lebih 4 ke 5 thn, try trick ini. Gondolkan pokok epal tersebut utk paksa pokok epal itu untuk berbuah. Sbb negara kita tidak mempunyai 4 musim di mana pokok epal dorment sekejap aka gugur daun.

Bukan lun bawang Yo Jan tp tak pe, Lun Bawang tu kaum/bangsa. Penanaman epal di sarawak adalah di Be'kelalan, Lawas Sarawak. Mrk guna trick gondolkn pokoknya. Jadi pembuahan pokok epal di sana dua kali setahun, Untung pemiliknya.

Semoga berjaya Yo Jan

Patut lah tak berbuah, terima kasih tuan untuk tipsnya... Pokok tu dah berumur empat atau lima tahun rasanya. Cara gondol kan macam mana ya? Buang daun satu persatu ke?

Ya buang daun satu persatu semuanya dan potong pucuknya. Maksudnya pikok tu dah tak de daun walau sehelai pun. Bubuh baja subur dan baja buah di sekeliling pokok. Tp tak pasti bulan apa sesuai untuk buang daun. Sy mohon maaf.

Whoaaa... Bagus bagus Carlz..moga berjaya berbuah epal kamu!

Doakan yg terbaik pokok epal ku... Heee

Pokok apple dr semaian biji boleh berbuah ke?

Boleh tapi mengambil masa agak lama 8-10 tahun. Tp elok tnm pkk jenis graft.

Saya jg ada cuba tanam epal dari biji. Setelah 3 tahun, saya cuba pula cangkok dahan agak tua dan berjaya mengeluarkan akar dan telah pun dipotong dan dimasukkan kedlm polibag.
Induk tadi saya cuba teknik pengondolan dan mendapati banyak tunas2 baru. Setelah sebulan ia semakin hari semakin layu dan mati. Mungkin disebabkan oleh berlebihan baja dan faktor tanah terlalu basah pada musim tengkujuh(Lemas).
Cangkok tadi saja masih bertahan dan saiznya sudah sebesar induknya. Harap2 ia tidak menghampakan saya.
Lokasi : kuching sarawak


EmoticonEmoticon