Sabtu

Cara Menyemai Benih Bunga Kantan





Kali ini tanomkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca cara menyemai benih bunga kantan. Bunga kantan merupakan pokok herba yang banyak digunakan dalam masakan khususnya. Pokok termasuk dalam keluarga halia dan tuhau/tepus ini bunganya dan anak pokok dimakan atau dicampurkan ke dalam masakan.






Pertama sekali untuk menanam benih bunga kantan harus ada benihnya. Benih boleh diperolehi sama ada dibeli atau meminta dari kawan-kawan terdekat. Benih kantan diperolehi dari bunga yang bertukar menjadi buah dan matang/tua. Buah matang inilah yang perlu dikutip untuk mendapatkan benihnya. Tidak perlu menunggu buahnya menjadi kering. Memadai jika bijinya sudah bertukar menjadi hitam sudah boleh dituai dan dikeringkan kemudian kopek kulitnya untuk mengasingkan benih.






Benih segar dan baharu sangat cepat bercambah dengan kelembapan media yang betul dan kaya humus.






Sediakan bekas semaian terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan cup plastik, kontena atau pasu yang sesuai. Juga boleh menggunakan tray syoroform jika ada. Untuk jimat anda boleh menggunakan apa-apa bekas terbuang yang sesuai.






Kemudian sediakan media yang baik. Anda boleh menggunakan potting soil yang boleh dibeli dari kedai nusery atau kedai pertanian. Pilih potting soil yang bagus dan berkualiti. Anda juga boleh menggunakan media cocopeat yang dicampurkan dengan sekam padi bakar dan vermiculite. Anda juga boleh menggunakan tanah hitam atau biasa yang digaul dengan kompos. Elakkan menggunakan media tanah liat untuk menyemai benih kantan.






Untuk hasil yang baik. Rendam benih kantan dengan cecair EM (Enoculent microbial) selama sejam dan toskan.






Sementara menunggu benih kantan tos airnya, sediakan media semaian dengan memasukkan media ke dalam bekas semaian hingga penuh. Buat lubang kira-kira 1 inci dalam dan jarak antara lubang 2 inci. Masukkan sebiji kantan pada setiap lubang hingga selasai dan timbus semula dengan media. Siram media dengan air yang banyak dan letak ditempat terkena cahaya pada waktu pagi atau petang.






Namun jika menggunakan tray syoroform, tanam sebiji untuk setiap cup atau lubang.






Untuk pengetahuan pembaca, benih kantan mengambil sangat lama untuk bercambah lebih kurang 1 bulan lebih hingga 3 bulan. Cambahan bunga kantan ini mempunyai daun lembut dan berbentuk oval. Seakan-akan anak pokok pisang hutan yang tumbuh daripada benih.






Semasa proses percambahan benih kantan. Media harus lembab, jangan terlalu basah dan jangan pula terlalu kering.






Selepas 1 bulan lebih, benih-benih bunga kantan akan mula keluar dari permukaan media. Siram dengan air jika perlu. Tidak perlu dibubuh baja pada ketika ini. Setelah anak pokok berusia 3 minggu selepas bercambah. Alihkan anak pokok pada polibag atau pasu. Hati-hati dalam proses pemindahan anak pokok jangan mencederakan akarnya. Siram dengan air dan letakkan ditempat teduh selama seminggu atau dua minggu. Sebaik-baiknya guna jaring hitam atau pelepah kelapa atau kelapa sawit sebagai teduhan. Ia bersifat sejuk dan sesuai untuk anak pokok kantan untuk proses pengakaran dan pertumbuhan. Jika terkena panas setelah dialihkan takut pokoknya mati.






Jagalah anak pokok kantan dengan melakukan siraman 2 minggu sekali dan sembur baja booster seperti baja cecair ikan atau kompos teh. Setelah pokok sudah besar kira-kira mempunyai 5 helai daun bolehlah dialihkan ke batas/tanah atau pasu besar bersaiz 24' ke atas. Penjagaan sama seperti tanaman yang lain.






Pokok bunga kantan mula menghasilkan bunga setelah berusia 8 bulan ke atas. Nikmatilah hasil bunga kantan tanam sendiri di laman rumah anda. Pelbagai resepi dapat dibuat dengan sekuntum bunga kantan dari pokoknya yang dibelai manja dari kecil. Tetapi jika anda menanam pokok kantan dari rizomnya ia hanya mengambil masa 2 bulan ke tiga bulan untuk menghasilkan bunga.






Apa tunggu lagi tambah koleksi pokok herba anda di laman rumah. Berminat dengan bunga kantan, tanomkinotuan ada membekalkan benihnya dengan harga RM2.90 sahaja. Anggaran benih dalam 1 pek ialah 90 biji ke atas. Emailkan ke borosmomogun@gmail.com untuk info selanjutnya.






Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

16 komen

Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-


Rerama hijau

Stevia

Halia bara

Lempoyang

Turi

Ulam raja

Sambung nyawa

Tenggek burung

Tebengau

Belalai gajah

Kemunting
Pokok2 buah

DAN BANYAK LAGI


lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral ) 

Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
0122440099 -Azizi @
 0123106846 -Faizal

Satu infomasi tanaman yang menarik. Teruskan menulis!

BOLEH POS KER ?

Elok hubungi no tertera di atas tu tuan/puan...

semoga bermanfaat.. terima kasih singgah di blog ini.

Mcm mane saya bole daptkan biji benih bunga kantan nie

Emailkan ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp 019-5320756

Emailkan ke borosmomogun@gmail.com atau whatsapp 019-5320756

Sekuntum RM4.50 di Pulau Pinang skrg ni.

Sya nk order benih bunga kantan 100 pokok ...

Sya nk order benih bunga kantan 100 pokok ...

Good service and trusted seller...

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Saya benih tersebut.. boleh whatsapp saya 0179715858

Tahniah tuan. Moga dapat menuai pahalanya di akhirat kelak.


EmoticonEmoticon