Jumaat

Potensi Buah Beri Rogimot/ Borneon Red Raspberry Di Pasaran


Borneon Red Raspberry aka Rogimot

Negara-negara luar sangat berusaha kuat dan komited untuk memastikan tumbuhan asli mereka dikenali di seluruh dunia dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan R&D bagi tumbuhan liar yang dirasakan sesuai dan berpotensi untuk menjana keuntungan. lihat sahaja kejayaan beri-beri luar negara seperti strawberry, raspberry, red current, black current, blackberry, blueberry dan sebagainya yang berjaya menembusi pasaran di seluruh dunia yang mendatangkan laba atau keuntungan jutaan ringgit setiap tahun. Sedangkan pokok-pokok ini dahulunya juga merupakan pokok-pokok yang tumbuh meliar di tempat mereka malah ianya tidak dipandang sama sekali. kita sangat meminati beri luar negara ini sebagai menu diet harian.

Bagi tanomkinotuan sudah lama memerhatikan keghairahan pengusaha-pengusaha dari negara luar ini mengembangkan perniagaan pertanian mereka dengan menggunakan hasil masul tempatan khususnya beri asli dengan melakukan pengembangan industri makanan dalam tin yang boleh dieksport langsung ke negara-negara lain. Tidakkah kita terfikir bahawa negara kita juga boleh melakukan tindakan sebegitu? mengangkat martabat beri asli tempatan untuk salah satu tanaman yang unggul dan berprestasi tinggi dalam pasaran yang terang-terang akan mengumpul keuntung jutaan ringgit dalam tempoh tertentu?

Namun ada yang mengatakan bahawa manalah hendak mencari jenis beri tempatan di Malaysia ini?, pokok rambutan, langsat, longan, mangga dan durian bolehlah diusahakan sebagai satu perniagaan yang menguntungkan. Jenis-jenis beri ini tidak pernah jumpa pun?

Sebenarnya negara Malaysia yang terletak di Asia Tenggara kaya dengan pokok beri yang tumbuh di kawasan pergunungan dan perbukitan yang mempunyai suhu sejuk dan sederhana sejuk. Kawasan ini jika diberi perhatian dan tumpuan untuk mencari jenis-jenis beri yang boleh dikomersilkan tidak susah kerana negara kita masih kaya dengan hutan belantara. Boleh sahaja mencarinya. Di sini senang tanomkinotuan berkongsi satu variati beri yang hidup subur di negara kita khususnya di Sabah. Oleh kerana tanomkinotuan membesar dan tinggal di sini maka point of view mengenai beri ini hanya terjangkau di perbatasan negeri ini sahaja.




Apakah itu beri rogimot?


Beri rogimot ialah sejenis pokok renek yang tumbuh meliar di kawasan pergunungan, perbukitan dan banjaran-banjaran merentas di Sabah. Ia hidup dan sesuai tumbuh kira-kira 900 meter dari aras laut yang mempunyai suhu sejuk dan alam sekeliling masih terpelihara dan asli. Jenis iklim tropika lembab dan panas sepanjang tahun.

Istilah rogimot adalah berasal dari bahasa Dusun/Kadazan yang sememangnya tinggal di kawasan perbukitan atau pergunungan di daerah Ranau, Tambunan dan Keningau. Oleh itu mereka terbiasa melihat beri ini tumbuh meliar di kebun-kebun atau hutan berhampiran kampung mereka.

Apakah nama saintifik bagi beri rogimot?


Nama saintifik bagi beri rogimot ialah Rubus probus. Dikenali dengan pelbagai nama seperti Wild Raspberry, Ahterton Raspberry, Queensland Raspberry, Borneon Red Raspberry. Sebutan tempatan selain beri rogimot ialah Gorimot (Jika tidak salah tanomkinotuan 'gorimot' adalah sebutan dalam dialek Dusun Bundu).

Apakah ciri-ciri tumbuhan pokok beri rogimot?

Pokok renek dan berbatang lembut, dahan bercabang dan daun hijau bergerigi pada tepinya, berbentuk bujur dan mempunyai 3 cabang daun dalam satu tangkai daun. Dahan berduri dan mencapai kira-kira 2 meter tinggi. Menghasikan beri berwarna merah ketika masak dan hijau ketika muda. Buahnya sedikit mengerutu seperti agak kasar dan tidak licin. Buahnya di makan begitu sahaja tanpa di buang kulit.

Akar jenis serabut dan jenis pokok tahan dan hidup lama. Ia mempunyai biji saiz kecil yang tersebar melalui haiwan seperti burung.

Dimanakah pokok beri rogimot ini boleh dijumpai?


Ia bukan sahaja boleh dijumpai di kawasan perbukitan tengah Negeri Sabah, Sarawak di Malaysia tetapi juga boleh dijumpai di Kalimantan dan Sumatera Barat di Indonesia, Eastern Queesland di Australia yang sudah pun direkodkan dalam buku botani. Pokok beri rogimot ini juga boleh dijumpai di Papua New Guinea. Terdapat sumber mengatakan pokok rogimot adalah asli dari Australia dan Papua New Guinea tetapi sumber ini boleh disangkal. Rogimot juga adalah tumbuhan asli Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.

Apakah kesesuaian iklim pertumbuhan pokok rogimot?



Pokok rogimot sesuai tumbuh di kawasan bukit kira-kira 800 hingga 900 meter dari aras laut. Menyukai kawasan bersuhu sejuk untuk menghasilkan buah yang berkualiti dan manis. Tumbuh subur pada tanah yang kaya dengan nutrient. Menyukai curahan hujan yang banyak dan tumbuh di celah-celah rimbunan pokok dengan menerima sinaran matahari 70%.

Bagaimana untuk mencambahkan/menanam pokok ini?



Pokok rogimot di Sabah disebarkan oleh haiwan seperti burung melalui biji. Ia boleh ditanam melalui biji yang bersaiz kecil tetapi mengambil masa agak lama untuk bercambah. Satu alternatif lagi yang boleh dipraktiskan ialah menanam secara keratan batang.

Bolehkah pokok rogimot ini ditanam secara ladang?



Seperti juga keluarga raspberry yang wujud di belahan dunia yang lain, pokok beri rogimot juga sangat sesuai ditanam secara ladang bagi menampung permintaan peminat-peminat beri di pasaran. Malah pokok rogimot mempunyai tempoh tuaian yang singkat dan kurang bermasalah dalam pertumbuhan. Walaupun pokok ini masih kurang dikenali dan masih kurang membuat kajian terhadap ciri pokok, kandungan zat makanan tetapi tanomkinotuan percaya bahawa pokok beri rogimot ini juga setanding dengan khasiat raspberry yang lain yang sudah popular di pasaran.

Oleh itu, diharap sesiap yang ingin berkecimpung dalam pertanian secara serius bolehlah mencuba menanam pokok beri rogimot ini.

Bolehkah pokok rogimot ini di tanam di kawasan tanah rendah?



Kita sedia maklum bahawa suhu di tanah rendah tidaklah begitu sejuk tetapi keadaan ini boleh diubah dengan membuat bangunan rumah hijau jika melaksanakan penanaman secara ladang. Atau anda boleh menggunakan jaring net hitam sebagai teduhan bagi mengekalkan suhu kesesuaian pertumbuhan pokok beri rogimot tersebut.




Tuaian Rogimot 


Gambar pokok dan buah rogimot ini diberikan oleh sepupu saya sebelah ayah yang sempat ke kebun datuk sebelah ibunya. Kebun tersebut terletak di jalan batu 8, jalan Keningau - Kimanis iaitu terletak di banjaran Crocker. Zaman dahulu beri rogimot ini menguasai kawasan-kawasan semak berhampiran kebun yang dibuat oleh para pekebun.

Tanomkinotuan mempunyai niat yang murni untuk mendapatkan pokok beri rogimot untuk tujuan pembiakan. Setahu tanomkinotuan, beri rogimot ini ada 3 jenis mengikut warna buah iaitu merah, putih dan kuning. Namun variati putih dan kuning sudah lama tidak kelihatan seperti pupus ditelan zaman. Cuti hujung tahun akan digunakan sebaik-baiknya untuk hunting pokok beri rogimot di tempat-tempat tertentu. Tunggu ketibaan beta... akan ku korek hingga titisan akar terakhir kiki.... Kawan-kawan kita di semenanjung sana sudah mula mengumpulkan dan membuat kajian beri asli yang wujud di tempat mereka. Antara beri yang sudah dikenalpasti boleh dikomersilkan ialah rubus moluccanus atau di Sabah dikenali sebagai pokok beri lintagu. Pokok ni amat dibenci oleh pekebun tanah tinggi jika hendak membuka ladang/kebun baharu sebab habis tangan dan badan dicalar oleh durinya.

Potensi beri rogimot akan datang


Buah beri rogimot sangat versatile dan unik yang boleh dikomersilkan secara bersepadu. Pekebun individu yang berkemampuan boleh sahaja menanamnya dalam sekala yang kecil terlebih dahulu, dengan usaha ini potensi dapat dilihat sama ada ia boleh pergi jauh atau tidak. Kerjasama dari agensi penyelidikan dan Jabatan Pertanian juga sangat dialu-alukan bagi membuat kajian secara menyeluruh dan pembiakan dalam kuantiti yang banyak. Kajian-kajian perlu untuk memastikan botani pokok ini dikenal pasti dan mudah untuk mengetahui cara pokok tumbuh dengan selesa.

Cara mempromosikan berri rogimot Sabah



Berikut adalah cara dan langkah paling mudah untuk diikuti oleh mereka yang terlibat dalam mempromosikan pokok berri rogimot ini kepada orang luar atau para pelancong.

1. Para pekebun - Bagi pekebun kecil-kecilan di Ranau dan Kundasang bolehlah mencuba menanam pokok rogimot secara ladang kira-kira 0.2 ekar ke 0.5 ekar terlebih dahulu. Hasilnya dijual kepada gerai-gerai ditepi jalan di Kundasang. Labelkan pembungkusnya seperti "Berri rogimot" sudah tentu para pelancong membeli dan mencubanya.

2. Penjual bunga - Kepada para penjual bunga khususnya di Kundasang dan Ranau ambil peluang untuk membiakkan keratan batang pokok rogimot ini. Apabila pokok sudah kukuh dan mula berbuah bolehlah dijual kepada pelanggan. Mungkin boleh diletakkan harga rm5 hingga rm15 mengikut saiz pokok. Mana tahu akan datang ramai pelancong mencari pokok ini sebagai koleksi tanaman mereka.

3. Pengusaha homestay - Kepada mereka yang mempunyai perniagaan homestay di Kundasang, Ranau mengapa tidak menanam buah rogimot di laman homestay anda. Tanamlah pokok ini secara menarik di laman sama ada di tanah atau pasu bagi menarik minat pelancong. Sudah semestinya para pelancong juga ingin merasa memakan buah daripada pokok tersebut jika musim berbuah. Dengan itu sejarah akan tercipta bahawa berri rogimot mula dikenali ramai. Namun haruslah menjaga kebersihan dan keselamatan pokok-pokok ini.

4. Pengusaha bakeri - Naahhh kepada pengusaha bakeri mengapa tidak mencuba berri rogimot sebagai asas membuat kek anda? berusaha sedikit mencari buah ini di semak kerana belum ada orang menjualnya lagi. Buatlag resepi kek menggunakan berri rogimot yang enak dan sedap. Perkenalkan kek tersebut kepada rakan-rakan dan orang ramai. Pasti berri rogimot akan meniti di bibir-bibir peminat kek. Juga digalakkan kepada pengusaha kek membuat jem daripada buah berri rogimot, jika ada saya salah seorang akan membelinya. In sha Allah.

Selain beri rogimot terdapat beberapa jenis beri yang juga boleh dimajukan dan dipasarkan iaitu beri lintagu pokoknya jenis menjalar dan berduri, beri korobundui dan beri rogintoi. Akan datang tanomkinotuan akan singgung pula beri di atas sebagai tetapan para pembaca sekalian.

Walaupun hari ini kita memandang beri rogimot dengan sebelah mata sahaja tetapi kita tidak tahu pada masa akan datang mungkin beri liar yang banyak tumbuh di semak-semak ini akan menjadi berri popular di Sabah akan datang, usaha kita untuk memperkenalkan di arena pasaran pada hari ini, anak cucuk kita akan menghargainya pada masa akan datang. bermula hari inilah kita cuba mempromosikan beri rogimot ini sebaik mungkin. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada pembaca semua. mungkin pokok ini banyak tumbuh di kawasan anda, saranan saya cubalah tanam dalam pasu di laman rumah. Jaga kelembapan, baja dan air serta serangan penyakit. Sampai masa berbuah tuai buah yang dah masak. Anda tidak perlu membeli beri import sudah. Makan beri tempatan lagi enak dan jimat wang anda itu, cintailah beri-beri tempatan seperti mana anda mencintai anak dari genetik anda......hahahaha.. oopppsssssss.

Selamat bertani dan menuai hasil....

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

9 komen

Pernah satu kali saya dan keluarga mau jalan-jalan p Ranau. sebelum sampai di pekan nabalu kami tersangkut sebab ada tanah runtuh. jadi mata saya ni pun meliar tengok di tepi jalan yang berbukit tu... aduiii terus mata tertangkat sekumpulan pokok yang kemerah-merahan... dengan muka nda malu saya turun dari kereta dan pergi ke tempat tu... betullah Rogimut... apa lagi panggil anak2 bawa bakul kecil.. hati2 saya pungut dan ambil di tepi2 jalan saja sebab bukit curam. nda saya peduli bas pelancong yang penuh pelancong. Hairan orang tengok tapi tiada pula yang turun dari kereta.lepas setengah jam kerja pembersihan jalan dari tanah runtuh siap... hehehe anak2 saya beruntung waktu itu banyak buah masak belum sampai kundasang habis sudah kena makan oleh diorang.

Sekian cerita saya yang terjadi beberapa tahun lepas...

Wah terima kasih atas pengalaman yang menarik mengutip berri rogimot tepi jalan, walaupun ada masalah sedikit tetapi Tuhan berikan rezeki sambil jalan dibaiki. Inilah dikatakan rezeki bergolek.... Saya inda sabar sudah mo cari pokok hujan tahun ni. hihi

saya pun harap dapat pigi di Ranau tempat saya membesar... mana tau masih ada di tepi2 hutan sana.Ni kali mau ambil keratan rentas mo kasi bibit.. sayang ada tanah tapi tidak kena usaha.. hehehe

Di semenanjung Rubus moluccanus semakin kurang di tanah rendah....di tanah tinggi Cameron.. Ada Rubus rosifolius ..seakan rogimot... Para horticulturist patut membuat R &D bagi mendapatkan cultivar atau hibrid yg boleh memberi nilai komersial...sperti di eropah... Raspberry dan blackberry yg juga Rubus asalnya meliar sudah jadi komersial dan terdapat banyak hibrid seperti Loganberry Dewberry dan lain2 ..tambahan pula beri rogimot mempunyai biji yg lebih halus berbanding blackberry...serta sangat berjus...buah2 nadir sebegini wajar diberi perhatian...

Terima aksih singgah di blog ini... ya betul... penyelidikan R&D patut dibuat oleh mereka utk manfaat bersama. oleh kerana sy bukan dlm bidang horticulturist ini sahaja yang saya mampu sumbangkan semoga dapat membantu utk idea2 kpd mereka yg berjurusan berkenaan...

Kepada Carlz Jafran adakah kamu tahu kepada siapa yang boleh saya berhubung untuk mendapatkan keratan pokok rogimot. Nombor whatsapp 013-5428380.

Tuan kena cari sendiri pkk rogimot tu kat banjaran croker. Lokasi yg bnyk tumbuh pkk ni adalah daerah ranau, tambunan dan keningau. Setakat ini pkk ni blm diusahakan oleh sesiapa. Jadi sy x boleh tolong berikan nama org yg berkenaan.


EmoticonEmoticon