Isnin

Perkongsian Tuaian Sayuran Penghujung Tahun 2016

Tags







Sudah lama tanomkinotuan tidak berkongsi gambar-gambar sayuran yang dituai. Bukan apa sebenarnya tidak ada masa hendak membuat entry untuk tuaian sayur. Kali ini tanomkinotuan relax sikit jadi tanomkinotuan mencari-cari gambar tuaian sayur yang banyak tersimpan di dalam file gambar di phone ini.


Tuaian pada gambar-gambar di bawah adalah bermula dari bulan Oktober hingga kini. Tanomkinotuan post sekali dalam entry yang sama. Berikut adalah tuaian sayuran tersebut.













Ini adalah tebu telur yang sudah matang dan dituai untuk dijadikan sayur. Pokok sama dengan pokok tebu cumanya pucuk menghasilkan seakan bunga putih yang dimakan.















Tanomkinotuan ada menanam pokok mulberri, daun muda boleh dipetik dan dijadikan sayur yang enak. Bila sudah masak daun ini sangat lembut dan enak dimakan.















Tuaian halia bara hanya ditanam di dalam pasu sahaja. Sebenarnya halia ini belum matang sepenuhnya namun jika mahu membuat jeruk halia merah tuai rizomnya separa matang.















Salad terakhir ditanam di KBR, Cimmaron lettuce namanya. Tanomkinotuan sangat suka salad ini kerana tidak pahit langsung. Tidak seperti salad yang lain. Tanomkinotuan makan begitu sahaja.















Tanomkinotuan berkongsi tuaian bunga matahari Monggolian Gergasi. Benihnya bersaiz besar. Salah satu variati bunga matahari yang boleh dibuat kuaci.















Tanomkinotuan tidak mengetahui nama umum bagi pokok herba ini. Di sini pokok ini dipanggil sayur gipun sesuai dibuat sambal dengan diperah limau, garam, hirisan bawang merah dan cili api.















Daun muda pokok herba sambung nyawa batik. Enak dibuat salad dengan aroma yang cukup wangi dan ringan. Boleh dimakan bersama belacan.















Pertama kali menuai daun pokok cincau perdu. Ini salah satu jenis pokok cincau hijau yang boleh dibuat cincau hijau. Sangat enak dimakan semasa cuaca panas.















3 variati bendi yang ditanam di kebun jalan Kimanis, iaitu bendi alabama (warna hijau dengan merah dihujung buah), bendi Simpson Spinless dan bendi hijau panjang.















Pucuk ubi manis ungu, tanomkinotuan menyukai memakan pucuk keledek ungu ini. Ia kaya dengan kalsium, magnesium dan fosforus untuk tubuh badan. Rasanya sama seperti kangkung. Tidak hairan kerana kangkung dan keledek adalah satu keluarga.















Bayam brazil adalah satu sayuran tumbuhan renek yang boleh dijadikan sayuran enak, juga sesuai dibuat salad ikut resepi yang dikehendaki. Elok hanya ambil daunnya sahaja dan jangan masak bersama batang kerana batangnya lambat lembut.












Ini pula ialah kacang poi, sejenis kacang yang enak direbus. Uniknya satu pos hanya sebiji kacangnya berwarna merah jambu ketika muda dan merah gelap apabila sudah matang. Rebus dan bubuh garam sahaja, makan sambil menonton tv.













Tadaaa... tuaian edamame atau green soybean ini paling diminati oleh tanomkinotuan. Rebus dan bubuh garam sedikit untuk menambah rasa lemak pada isinya.












Yaaaa... tomato sungold tuaian terakhir tahun ini. Sungold rasanya manis dan ranggup. Sangat berjus dan sesuai dicampurkan ke dalam salad. Aroma tomatonya tidak terlalu kuat.


Begitulah perkongsian tuaian sayuran dan herba tanomkinotuan. Untuk musim ini, KBR kini ditanam dengan sayuran hijau seperti sawi putih, sawi bunga manis, lobak merah nantes dan lady fingers, pak choi dwarf dan lain-lain. Tunggu update tuaian sayuran tersebut akan datang. Jom berkebun...


Selamat bertani dan menuai hasil.

Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

7 komen

tertarik dgn tomato sungold tu. sexy di mata :)

ada jual halia bara tak..?

hai Zuliyawati... ada jual rizom halia bara... rm10 7 rizom.. whatsapp 019-5320756

hi, nak tanya ada jual tak benih bayam brazil dan bendi arab ?

hai.. ya ada jual keratan bayam brazil dan bendi arab.. email ke borosmomogun@gmail.com utk info lanjutan


EmoticonEmoticon