Sabtu

Lobak Putih Korea Gergasi Hidup Membesar di Bumi Sabah.

Tags




Bila tanomkinotuan mempunyai kelapangan tanomkinotuan akan menonton rancangan-rancangan memasak di channel TLC. Pada masa itu memaparkan rancangan masakan korea yang enak dan sedap khusunya jenis jeruk seperti kimchi yang pelbagai. Cukup teruja dengan lobaknya yang bersai besar gempal dan memnpunyai hijau kat pangkal batang daun dan putih di bahagian bawah. Tanomkinotuan terfikir mana hendak dapatkan benihnya.

Setahu tanomkinotuan tidak ada benih jenis lobak putih sebegini dijual di sini apatah lagi lobaknya. Ada pun lobak jenis memanjang yakni lobak putih cina. 

Tanomkinotuan berangan-angan hendak menanam lobak putih korea di mana bolehlah membuat kimchi mengikut resepi asal di negara tersebut. Tanomkinotuan sudah lama mengidam menanam lobak jenis ini. Keesokan harinya tanomkinotuan menhantar email sahabat di korea untuk meminta tolong belikan benih lobak putih tersebut. Semua berjalan lancar dan alhamdullilah allah permudahkan segalanya. 3 minggu dari itu benih lobak putih korea sudah ada di tangan. Senyuman sudah sampai ke telinga, sudah tidak sampai untuk menyemainya.



usia sebulan


Namun begitu sebelum benih tiba tanomkinotuan sudah sediakan batas untuk menanam benih lobak putih itu nanti. Batas saiz kecil sahaja kira-kira 7 kaki X 2 kaki sahaja. Apa yang tanomkinotuan lakukan ialah tanah digembur dan ditambah ziolite 2 genggam, kompos tinja ayam terproses 5 kilo ditabur dan digaul merata. Kemudian siram dengan mol pisang. Sesudah itu tanomkinotuan sungkupkan dengan rumput kering biarkan tanah dan bahan dicampurkan itu sebati. Maka tanah/batas tersebut direhatkan selama 3 minggu hingga benih sampai.

Sampai dirumah petangnya tanomkinotuan alihkan rumput kering dan didapati tanah batas tersebut sangat hitam kehijauan (lumut) menandakan tanah sangat berkondisi baik untuk ditanam apa-apa jenis sayuran. Gembur sekali untuk proses menyebatikan semua bahan dan buat lubang sedalam 1 inci dengan jarak 1 kaki lebih. Tanomkinotuan tanam benihdua biji satu lubang. Just in case jika sebiji tak bercambah bolehlah satu biji lagi tampung agar lubang yang dibuat ada benih bercambah.


Tuaian Lobak putih korea


Lobak putih korea atau deopyeong ini pertumbuhannya mengambil masa 4 ke 5 hari percambahan. Pada usia satu minggu pertumbuhannya sangat perlahan tetapi setelah usia dua minggu pokok mula membesar dengan cepat. Seiring dengan usia pokok lobaknya mula kelihatan dan membesar. Tanomkinotuan membajanya hanya menggunakan baja subur jenis fellet yang banyak dijual di kedai pertanian atau kedai hardware. Tabur dua minggu sekali. Disiram pagi petang jika musim kemarau dan tidak perlu ketika hujan.

Sangat mengujakan dengan daun berbuluh sedikit tidak seperti lobak biasa di mana daun halus mulus. Lobaknya mula meninggi dengan hijau di atasnya. hal ini berlaku kerana terkena sinaram matahari menyebabkan ianya berubah menjadi warna hijau.

Selepas hampir 3 bulan tanomkinotuan sudah tak sabar untuk menuai. Makanya pagi-pagi lagi tanomkinotuan sudah bersedia di kebun mini dengan besen kecil untuk tempatnya. Tanomkinotuan pilih yang bersaiz besar ketika itu dan cabut pokok dari tanah. Sangat-sangat mengujakan. Bentuk lobak yang besar dan gemuk tetapi sedikit kontot haha. Di tempat asalnya lobak deopyeong ini ditanam pada musim sejuk kerana ianya tahan dengan suhu sejuk malah lobaknya 3 kali ganda besar berbanding di gambar milik tanomkinotuan.

Walaupun tidak memperolehi lobak bersaiz besar tetapi tanomkinotuan sudah cukup bersyukur diberikan rezeki sedemikian rupa. Tanomkinotuan masak sup ayam dicampurkan dengan lobak putih korea dan sebahagian lagi dibuat kimchi lobak putih. Lobak putih korea tidaklah lidas seperti lobak biasa yang dijual di pasaran. ia agak keras dan mampat bentuknya. Tanaman kedua tanomkinotuan tanam menggunakan pasu pula, lihat apa hasilnya.

Berminat menanam lobak putih korea gergasi (deopyeong) tanomkinotuan ada benihnya rm2.00 sepeket (25 biji) atau dapatkan benih-benih sayuran di SINI.

Selamat bertani dan menuai hasil.



Seorang cikgu lelaki yang berkebun di keliling rumah. Kini tinggal di Keningau, Sabah.

4 komen

Jenis lobak putih ini kalau di Jepun panggil daikon.

Untuk elakkan bahagian atas hijau dan jadi rasa pahit, biasanya petani di sana akan cover dengan tanah atau mulch semasa pertumbuhannya.

Puas makan tu sepinggan.

ya betul di jepun dipanggil daikon. isi padat berbanding dgn lobak putih yang biasa tu..

DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

www.dewapk.com


EmoticonEmoticon